Wednesday, December 28, 2011

Annoyed.

Adik-adik, untuk makluman, tiada perkataan 'congrates' dalam kamus berbahasa Inggeris. Sekiranya adik-adik agak poyo untuk mengucapkan tahniah di dalam bahasa Inggeris iaitu 'congratulations' tetapi kurang pandai mengeja penuh, sila gunakan ringkasan yang betul dan diterima pakai iaitu 'congrats'. Atau adik-adik juga boleh menggunapakai sistem carian Google untuk mendapatkan kepastian.

Sekian, terima kasih.



I feel annoyed when people keep on using 'congrates' instead of 'congrats'; it shows that you have no respect to other language eventhough you using it everyday.

Thursday, December 22, 2011

Wishlist Version 1.0-2012


Wishlist Cik Cah tahun depan... ke tiap-tiap tahun ni? Ahaks...


photo: http://www.wired.co.uk/news/archive/2011-01/26/ipad-2


Bukan apa, cik Cah dah boring pakai galaxy tab tu. So, inche suamiku yang paling disayangi dan dicintai, agak-agak boleh tak cik Cah pakai iPad 2 kaler putih-bersih-suci-murni ni? Cantikkan macam cik Cah juga. Pastu gebu-gebu je tengok iPad 2 kaler putih-bersih-suci-murni, macam cik Cah juga. Ah, sudah! Jangan nak perasan lebih ye cik Cah! Nanti meluat orang yang membacanya. *Eh, baca juga ke?*


photo: http://www.dailycuteness.com/cute-baby-girl.html

Ini pun akan melibatkan inche suami terchenta. Tapi nehi kabhi nehi dapat yang mata biru. opkoslah, jangan nak perasanlah kalau dah keturunan Melayu-Jawa tu nak dapat yang rambut perang & mata biru. Hahahaha... Cuma kalau dapat yang bulu mata lentik macam inche suami terchenta pun dah syukur Alhamdulillah...

Setakat ni yang terpikir, dua ini ajelah dulu. Tak adalah wishlist sangat pun. Setakat 2 aje. Nanti-nanti kalau cik Cah ingat, cik Cah tambah je buat Wishlist Version 2.0-2012 pula.


Wednesday, December 21, 2011

Spring Cleaning


Hah, amek kau! Puas hati aku! Kaler putih bersih suci murni. Bukan apa, cik Cah rasa warna merah sebelum ni membuatkan cik Cah selalu aje nak marah-marah orang. Walaupun hakikatnya memanglah wajib orang tu dimarahi.

Stress mak tau!


credit photo: http://gallery.xemanhdep.com/2008/08/cute-cat-photos/


Tuesday, December 20, 2011

Skim Bodek Pegawai Atasan


Eh?

Opppss, sorry CikCah terlaser pula pepagi buta ni...

http://www.rightattitudes.com/2010/03/08/sucking-up-isnt-a-requirement-for-success/

Entahlah nak pilih opsyen yang mana? Sign memanglah sign, tapi opsyen tu kritikal.

CUEPACS kata jangan sign dulu sehingga 22 Disember 2011. Oklah, kalau takat 22 Disember tu oke lagi. Tapi kalau dah melangkau lebih dari 22 Disember, pengsan woo... Lagipun kami diberi tempoh sehingga 27 Disember ini aje.

Adoyaii, kita ni bila skim baru aje diperkenalkan cuma nampak ganjaran. Tang kesan jangka masa panjang tu tak terpikir langsung. Gaji, kenaikan pangkat, imbuhan dan lain-lain. Kena fikir juga tu sebab kita yang nak kerja, kita yang nak kena tanggung semuanya.

Aku pun sebenarnya ada beberapa arguments tentang skim baru tu. Bukan aku aje, ada tiga empat orang member aku pun sama. Tapi nak buat macam mana, kan? Kami cuma boleh discuss antara kami aje.

Apa pun we've to choose the best for ourself!



Sunday, December 18, 2011

Jom kahwin...

Bila tengok vclip proposal dena-ariff tu, aku rasa sangat sweet. Dan tetiba nostalgia dilamar beberapa tahun lepas pun terbayang-bayang kat mata.

Hahahaha...

Kelakar bila ingat-ingat balik. Inche suami bukanlah romantik mana pun. Walaupun dah hari-hari jumpa sebab masa tu dia kerja kat area Lembah Klang, dia tak pun cakap face to face. Ye, inche suami sangat pemalu bila bab hati dan perasaan.

Dia propose over the phone tapi bukan ayat-ayat jiwang ke atau will you marry me ke... Takut kena reject agaknya. Cesss... Cik Cah bukanlah kejam pun. Cuma notty aje ;) kalau dia propose depan-depan pun Cik Cah cuma main cak-cak je dengan dia. Tapi whatever it is, yang penting memang tak romantik, oke!

*Inche Boyfie: Sayang dah kerja berapa lama?
Cik Cha: Dekat setahun kot. Kenapa?
*Inche Boyfie: Duit simpanan dah ada kan?
Cik Cha: *Eh, tetiba tanya duit simpanan aku ni. Kenapa pula dah?* Ada r sikit.
*Inche Boyfie: Cukup tak kalau kita tunang bulan 5 ni?

*masa tu belum tunang, belum kawen*

Pehhh.. simple tak?

Friday, December 16, 2011

Tak Faham!

Aku tak tahulah sama ada kumpulan pengurusan & professional (P&P) ni faham ke tidak dengan perkataan 'ARAHAN'?

Dah terang-terang, minit kat surat dari big boss kena buat pameran Ino*vasi, tapi boleh gak dia bagi excuse, we don't have enough manpower. Pehhh, melampau siut! I could give the same reason if I want too. Tapi iyalah, kita ni kumpulan pelaksana aje. Nak tak nak terpaksalah laksanakan juga. Walaupun sememangnya tak cukup orang & terpaksa import dari bahagian lain.

Dengan kederat yang cuma beberapa orang, kami pun setting lah booth pameran tu menggunakan tema yang sama, cuma tak adalah bawa barang-barang inova*si. Sudahlah dengan tempat yang tak seberapa di bawah eskelator di hujung sudut, kami redha ajelah.

Esoknya, 3rd bos pun datang dgn 4th bos & tengok pameran tu & bagi memenuhi undangan majlis. So, bos no. 3 tengok pameran & tanya kenapa tak bawa barang ino*vasi? Aku cakaplah, 2nd bos memang dah minit untuk buat pameran in*ovasi. Tapi bahagian berkenaan cakap diorang tak cukup manpower. Then dia tanya, "You tak boleh bawa ke barang-barang tu?"

Pehhhh... Kalau aku dapat authorization dari bahagian tu, confirm lah aku bawa tanpa perlu disuruh. Tapi nak minta kerjasama dengan org bahagian berkenaan pun payah & banyak alasan tau tak?

Haihhh, buat pun salah, tak buat pun salah. Kalau tau, baik tak payah buat, baru betul kena marah, kan?


Monday, December 5, 2011

O Bajet!


Tengah kira bajet untuk travel atas urusan kerja. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau cukupkanlah rezekiMu yang Kau berikan kepada hambaMu ini... Aminnnnnnn!

KL - Kedah - Terengganu - Kelantan - KL