Thursday, February 3, 2011

Hutang

Siapa berani jawab soalan berikut..

Siapa yang tidak pernah berhutang?
Siapa yang tidak ada hutang?

Tanyalah soalan itu kepada sesiapa sahaja sekarang ini. Pasti tidak ada siapa yang berani mahu mengaku.

Hidup di dunia yang serba memerlukan duit ini, mahu tidak mahu, memang kita perlu berhutang. Ya, berhutang apabila perlu.

Hutang Belajar.
Belum habis belajar dah terbeban dengan hutang. Tak kisahlah dengan PTPTipuN atau MARA atau apa sahaja bentuk kredit yang diterima sewaktu belajar dulu.

Nota kaki: Berkat ke ilmu yang dapat ini kalau masih berhutang?

Hutang Kereta.
Kereta bukan lagi lambang kemewahan (opps, lainlah kalau korang pakai Mercedes ke BMW ke Alphard ke Porshe ke Mini Cooper ke Lamborghini ke Ferrari ke). Tapi kereta sudah jadi keperluan. Kebergantungan kepada kenderaan awam adalah amat mustahil bagi mereka-mereka yang duduk di kawasan perumahan baru atau pinggir bandar.

Nota kaki: Berkat ke perjalanan yang dilakukan kalau kenderaan yang digunakan masih lagi berhutang? Mungkin ini adalah salah satu faktor penyumbang kepada kemalangan di jalan raya.

Hutang Rumah.
Rumahku Syurgaku. Nak beli rumah pun kena berhutang sekarang ini. Gila ke nak beli rumah cash? Tak pasal je kena kejar dengan LHDN.

Nota kaki: Rumah yang dibeli secara berhutang, adakah ianya faktor penyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan?

Hutang Kad Kredit.
Hahaha, ini memang cari bala. Macam aku. Masa dapat bukan main syok lagi. Sedap aje swap sana, swap sini, tarik sana, tarik sini. Bila dapat bil. Hah?! Amek kau!

Nota kaki: Kalau beli barang makanan atau pakaian pun cara berhutang, mana nak dapat keberkatannya?

Hutang Pinjaman Peribadi.
Ini pun bala juga ni. Maklum le baru-baru kerja, tiba-tiba banyak pula bank dok telefon suruh ambil pinjaman itulah, inilah. Macam-macam jenis pinjaman di tawarkan. Mulalah rasa bangga diri kejap. Berangan gaji besar. Hakikatnya, sendiri mau ingatlah brader!

Nota kaki: Ramai terperangkap dengan pelbagai tawaran pinjaman peribadi sehingga menjerat diri. Sekejap-sekejap buat refinance. Haihhh, sampai bilalah hutang nak habis kalau macam tu?


Alahai, sebenarnya ada bermacam-macam jenis hutang yang ada. Cuma malas nak highlight je. Korang fikirlah sendiri hutang jenis apa lagi yang korang buat.

No comments: