Thursday, May 26, 2011

Bakat.

Ramai kata aku ada bakat menulis. Did I?

Entahlah. Kadang-kadang berangan juga alangkah bagusnya kalau aku ada sebuah buku atau novel yang tertera namaku sebagai penulisnya.Tentu seronokkan? Ada peminat berkerumun keliling meja setiap kali Pesta Buku di anjurkan. Hmm, boleh juga autograph buku yang ditulis. Itu pun kalau buku tu jadi bestseller. Kalau tidak...

Harapan ajelah!

Bohonglah kalau aku kata yang aku tak pernah cuba untuk menulis novel. Pernah. Banyak kali. Tapi setiap kali itulah aku tidak pernah menemui penghujungnya. Aku takut. Bimbang. Risau. Kalau-kalau penghujung kisah itu tidak seperti yang diharapkan atau kata orang tidak ada umph!

Tapi, kata orang jadi penulis tidak boleh takut. Tidak boleh bimbang. Tidak boleh risau. Akan pendapat orang. Akan penerimaan orang. Kerana kita kena ingat, pendapat dan penerimaan orang ini ibarat syiling yang punya dua sisi berlainan. Kalau ada orang suka, mesti akan ada orang benci. Kalau ada yang memuji, pasti akan ada yang mengeji.

Baik mana pun hasilnya. Bagus mana pun kandungannya. Indah nian pun bahasanya. Citarasa manusia tidak pernah sama.

Ok. Kalau macam tu, malam ini juga aku siapkan manuskrip yang tidak berpenghujung itu!



MODE: Berangan sakan.

No comments: