Gila babeng betullah. Ada ke patut ASTRO nak naikkan monthly charges. Dahlah membebankan pengguna pada 6% on govt. tax. Bongok betul!
Well, this is my personal view on why ASTRO shouldn't increase their monthly charges:
1. Govt. Service Tax
Apabila di tanya, kenapa mesti bebankan pengguna di atas GST? Jawapannya, tanyalah kerajaan. Adoyaiii, habis tu yang kami bayar bulan-bulan atas servis korang tu, pandai-pandailah bayar pada gomen. Korang yang bekalkan servis, koranglah bayar. Dah untung nak lagi untung.
Alahai, kalau ASTRO bayar 3% dan consumer pun dikenakan 3% (profit sharing), aku rasa pengguna tak adalah bising sangat kot. Korang (ASTRO) ni kan, nama je company gergasi (hikss, nak enterprem gak r!), tapi strategy hancussss! Pergi belajar balik marketing strategy atau buka balik kitab ekonomi.
2. Signal Macam Haram!
Ini lagi satu yang buat pengguna temper. Hujan tak dak, baru sat angin kencang, siaran pun cam biskut. Do somethinglah. Tak kanlah engineer korang yang berlambak tu tak jumpa solution lagi? Itulah gomen galakkan budaya inovasi, hang pa tak mau ikut. Tang tax tu hang ikut pulak...
Aku rasa korang patut pakai motto nilah... Improve your services first; increase charges later!
3. Cerita Ulangan
Tayang cerita berulang-ulang kali, 7 kali seminggu. Boleh buat orang muntah hijau tengok cerita yang sama selama seminggu. Kekadang tu minggu depan pun ada lagi cerita yang sama. Bukan tak boleh, tapi berpada-padalah.
Siapa yang keluar duit tak mahu untungkan? Kalau dah hari-hari keluar cerita yang sama, tension tau! Macam mana produktiviti nak bertambah?
4. Tak Guna Wujudkan Siaran Baru
Kebanyakkan siaran baru yang diwujudkan adalah untuk mengulang cerita yang sama dan lama. Rujuk #3.
5. Iklan.
Walaupun siaran tv berbayar, tapi pengguna kena tengok iklan. Wei, baper kali korang nak lipat untung ni? Pengguna kena charge, iklan pun korang collect bayaran.
Aku selalu tengok kat certain kedai ada badge 'Kedai Harga Patut'. Dan aku rasa dah sampai masanya Kerajaan perkenalkan badge 'Harga Melampau' atau 'Mahal Giler' atau 'Suka-suka naikkan harga' pada syarikat-syarikat yang terbabit dalam kenaikan harga melampau ni.
Amacam?
No comments:
Post a Comment