Tuesday, November 9, 2010

Mana result aku?!

Dear kakak kaki-kipas-susah-mati,

Mana result KPSL aku? Kenapa budak yang tak lulus paper undang-undang tu, kau boleh keluarkan result. Tapi aku punya, kau tahan. Apa masalah kau dengan aku ye?

Aku tak pernah cari pasal dengan kau, tapi kenapa kau cari pasal dengan aku? Kau takut ye aku lulus & jadi bos kau?

Atau kau memang busuk hati?

Sekian, terima kasih.

Monday, November 8, 2010

Mana duit aku?!

To whom it may concern,

Duit claim aku untuk bulan Julai & Ogos mana? Dah 3 bulan aku tunggu ni...

Sekian.

Wednesday, November 3, 2010

Buku Perkhidmatan

Dear MakCik Stoken yang terchenta,

Sekarang ini sudah hampir ke penghujung tahun 2010, adakah buku perkhidmatan saya telah pun dikemaskini sehingga hari ini? Kalau belum, tolonglah kemaskini buku perkhidmatan saya tu. Tak payahlah sibuk nak bergossip di belakang tiang tu. Tak ada faedahnya.

Sekian, terima kasih.



*Setiap kakitangan gomen, pada hari pertama dia melapor diri, dia telah pun ada buku perkhidmatan yang mencatat segala sukaduka eh... perjalanan kerjaya seseorang penjawat awam. Selain itu ianya digunakan untuk urusan rekod perkhidmatan, kenaikan pangkat, pemberian ganjaran (APC & Pencen) dan lain-lain urusan yang berkaitan.