Showing posts with label hate-work. Show all posts
Showing posts with label hate-work. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Berasap - I

Sejak kebelakangan ini, Cik Cah tertekan dengan orang-orang keliling di pejabat. Eh, bukan orang-orang. Tapi to that particular person yang entah kenapa dia tak puas hati dengan Cik Cah.

Kalau nak ikutkan, dah lama Cik Cah terasa dengan perangai dia. Seriously, starting from the first day Cik Cah lapor diri. Eh, jap. Masa Cik Cah lapor diri tu, dia ada tak? Hmm, tak ingat. Okey, let me rephrase that. Since the first day we started to chat. Ada saja yang tak kena.

Cik Cah terima masa tu sebab Cik Cah ni budak baru. Dia dah setahun kerja walaupun kalau ikutkan pangkat, Cik Cah lebih tinggi sikit lah dari dia. Tapi sebab Cik Cah tak pernah berkira soal pangkat dan kerja, so what the hell! Lagipun ibu Cik Cah selalu pesan, apalah yang ada pada pangkat dan darjat. Mati kang dok dalam tanah gak.

So, I just let it be sebabnya Cik Cah ni memanglah tak pandai nak bergaduh atau bermasam muka, unless someone is REALLY hurting me. Lagipun kekadang tu dia macam bergurau. Jadi tak ada lah terasa sangatkan. Biarkan. Budak lagi pun. Lelaki pula tu. Memang nature lelaki kan kasar. And I do consider all the factors.

TAPI...

Makin lama, makin melampau. Makin diam, makin menjadi-jadi.

Part dia mengata Cik Cah tu, tak usah ceritalah. I heard so many things and I hurt so many times. But then, still, I let it be. Budak Cik Cah, tak payahlah peduli sangat. Lama-lama nanti bila dia penat, dia senyaplah. Tup-tup dari hari ke hari makin dahsyatlah pula cerita yang dia bawa pada orang-orang tertentu, especially to bosses and to his clan. Yup, kat pejabat tu macam berpuak-puak pun ye gak. Dia ada group/clan yang terdiri dari lelaki-lelaki di pejabat tu yang akan spent time together, holiday and all. Like doing all the men stuff/things.

Yang tak bestnya, dia jaja cerita pada clan dia. Eh, kalau tak puas hati dengan Cik Cah, tell me directly. Tak payah susah-susah cerita kat orang lain and in the end Cik Cah dapat tahu juga. Penat tau! Letih sebab dapat tahu dari orang lain, tak sikit, banyak, mesti ada penambahan cerita. 

Arghhhhhhh!!!!


Wednesday, January 18, 2012

Life Lesson #4/2012


Walaupun kau tak suka dengan dia, tapi kau kena berbuat baik dengannya untuk memudahkan urusan kerja. Bukan bodek, tapi sekadar berbaik-baik. Tak perlu nak bodek sebab kalau kita buat kerja dengan ikhlas lama-lama orang lain tahu juga.
Working life has taught me how to be a good pretender. So, don't blame me, blame the working life!!


Monday, January 16, 2012

Life Lesson #3/2011


“Peristiwa itu buat saya sedar yang tak semua orang suka tengok kita lebih sikit daripada mereka..." Petikan temubual bersama Abon, Mingguan Malaysia, 14 Januari 2011.
Aku setuju sangat. Ada sesetengah bos / kawan-kawan yang tak suka tengok kejayaan yang kita capai lebih daripada dia. Takut kena overshadow. Dan aku tahu, atas sebab-sebab inilah seseorang yang dengan dengan aku 'terkena' dengan teruk sekali. Bukan dengan kawan-kawan, tapi dengan pegawai yang ada kuasa sebab dia kumpulan Pengurusan & Professional, sebab dia lupa bahawa rezeki itu hak Allah, sebab dia ingat dia paling berkuasa di situ.

Pada dia, istilah 'kawan' hanya apabila dia dalam kesusahan kerana istilah pegawai atasan itu lebih berkuasa dari nilai perikemanusiaan dan persahabatan!

Pesan saya untuk kawan-kawan yang tahu, hati-hatilah sebelum perkara sama berulang ke atas diri kamu. Tidak salah untuk kita sentiasa berwaspada sebab kita tak akan tahu siapa 'kawan' yang berani tikam kita dari depan atau belakang.

Friday, January 13, 2012

Life Lesson #2/2012


"Jangan percaya dengan cakap orang yang baik dengan bos especially bila dia mulakan kutuk-mengutuk bos sendiri sebab bila kita ikut sama mengutuk bos dia, tak pasal je cerita tu sampai kat telinga bos. (Eh, macam ramai je yang dah terkena, kan?)"
Kalau nak bekerja dengan aman damai, jangan cerita apa-apa pun pada sesiapa pun, jangan kutuk sesiapa pun pada sesiapa pun.

Faham?

Lantaklah orang nak kata kau sombong ke nak kata kau kera sumbang ke nak kata kau tak bermasyarakat ke kau tak bersosial ke... tak payah nak kisah sangatlah. Tak ada kawan yang macam tu pun tak apa. Tak semak kepala kau nak melayan kerenah diorang tu!


Thursday, January 12, 2012

Life Lesson #1/2012


"Walau sebaik mana pun kita dengan sesiapa pun (especially bosses) di pejabat, jangan nampak sangat kita pro orang itu, kita pro orang ini sebab in the end, we don't know who will stab us from behind. Sama ada kawan-kawan kita atau sesiapa sahaja."

Take this note seriously kalau kau nak main politik pejabat. Yes, politik pejabat sama kotornya dengan mana-mana politik yang ada di dunia ini. Kalau kau pandai main politik pejabat, no doubt you can be a successful politician. Tapi kalau kau rasa, what you've is enough, jangan berani-berani terjebak sebab sekali kau terjebak, kau kena selalu berhati-hati.

Monday, January 9, 2012

Bosan!

Pagi-pagi dah membebel! Pejabat ni, kau seorang aje ke yang berkuasa, orang lain yang lebih bos daripada kau, tak boleh buat keputusan? Kau aje yang boleh buat keputusan & tanpa bincang dengan orang lain pun kau punya pasal, kan? Kami ni kena ikut je cakap kau, macam tu?

Kau nak tegur, aku tak kisah. Kalau tak suka, buka aje balik. Senang. Tak payahlah nak membebel-bebel. Ini tidak, kalau dah tak kena tak payahlah nak kaitkan dengan orang lain. Siap gunakan nama bos. Apa kau ingat aku kisah ke?

Susah kerja dengan orang tua yang suka susahkan kerja mudah. Sakit hati. Sakit telinga. Sakit kepala!

Arwah nenek aku selalu pesan, bangun awal pagi tu bagus, buka pintu rezeki. Tapi kalau awal-awal pagi dah membebel, confirm, rezeki tu lari ikut tingkap, ikut pintu!

Wednesday, November 23, 2011

Otak Udang!



Aku tak fahamlah kenapa ada orang boleh cakap ikut sedap mulut tak pakai kepala otak. Dah terlebih pandai mungkin? Atau dia terlalu bodoh? Yelah, konon-konon bijak, tapi statement yang keluar dari mulut dia tak boleh pakai langsung. Nampak sangat bodoh.

"Harga ni bukan saya yang tentukan, si CikCahComel tu yang bincang harga dengan pembekal!"

Pehhhh, kalau keluar dari mulut staff bawahan seperti yang SBPA klasifikasikan sebagai Kumpulan Pelaksana, aku boleh gak terima. Tapi statement ini dikeluarkan oleh Kumpulan Pengurusan & Professional yang berpangkat Pengarah Bahagian/Negeri.

Logik akal r, pompuan! Level aku apa kalau nak bandingkan dengan kau? Aku ni cuma Kumpulan Pelaksana aje! Tak ada kuasa nak bincang atau tentukan harga atau buat keputusan sekali pun. Cuma PELAKSANA aje! Faham?

Hello, I still remember every single words that come from your bitchful mouth on that night. Nasib baik tak rakam aje. Kalau tidak, boleh jadi bukti kukuh, tau tak? Takkan kau tak ingat, kau cakap tak ada bajet, janji grand and the sky is my limit. Kau lupa ke?

Seriously, that is the first and last time we will collabrate. Kalau dapat peluang, diberikan sejuta ringgit pun, confirm aku tak nak kerjasama lagi dengan kau! You made every single (minor and major) decision without discussing with me nor the team and yet, you put the blame on me? Siap minta barang IKEA tu apa kes?

Oh, please... lain kali kalau nak buat statement macam tu sekali pun, pastikanlah your own back-up or alibi is much more stronger than mine! Aku bukanlah nka berlagak, tapi kalau bukan aku yang buat, tentu sahaja Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar, kan? Aku tak pernah pun minta satu sen pun dari pembekal yang deal dengan aku sebab aku nak cari duit halal supaya rumah aku tu sejuk, supaya makanan yang aku makan dapat berkat, supaya setiap apa yang aku lakukan dengan duit tu dapat keberkatan dari Allah SWT.

Mungkin kau dah banyak kali terlepas, tapi kali ni kau terperangkap dan cara yang paling mudah lepaskan diri, put the blame on others. So, akulah mangsa terdekat yang kau ada. Lagipun kau memang tak berapa suka dengan aku, kan? Heck, aku sikit pun tak heran dengan kaulah, pompuan! Aku bukan kaki bodek macam beberapa orang staff kau tu (lama atau baru), and as far as I'm concern, you've nothing to do with my LNPT!

Eh, pastu aku dengar, kau ada hati pula nak saman company yang dah buat kerja tu on the ground that company have humiliate you? Eh, eh, eh.. siapa yang malukan siapa ni? Aku pun boleh saman kau kan pompuan sebab kau pun malukan aku dan rosakkan reputation aku? Tak payahlah susah-susahkan diri kau tu, selama ni company tu memang performance dia tip-top dan ada good reputation. Tapi entah mana silapnya, bila masuk je projek kau, terus kau malukan company tu. So, do you think you will win?

Haiihhh... susah betullah kalau kerja dengan Kumpulan-Pengurusan-Professional-Otak-Udang ni!


Wednesday, November 16, 2011

Sikit nak merajuk...

Kau letak piagam pelanggan kat tepi dinding jalan masuk pejabat depan pintu bilik mesyuarat, ada ke pelanggan kau nak tengok kat situ? Ruang tamu tu punyalah luas dindingnya, kat hujung tu juga kau letak.

Bila aku tegur & bagitahu, dia (orang tua) merajuk. Terus tinggalkan tempat tu dan balik tempat dia.

Ok. Fine!

Aku buat sendiri.

Grrr.... salah ke kalau aku tegur untuk betulkan kesalahan?

Wednesday, November 2, 2011

Yes!

My tactic works. Walaupun lambat, at least, it works well.

Ingat tak entry pasal claim hari tu? Huhuhuhuh, ALHAMDULILLAH. Dah dapat pun semalam lewat petang. So tak jadilah nak kasi surat/kad merah pada diorang. Kalau aku buat juga semalam, memang catat rekod r kan?

Dahlah aku ni femes *gedik-gedik diva sikit* kat opis ni. Kalau kasi kad/surat merah kat diorang semalam, mahu masuk news yang lebih terkini, panas dan sensasi kat pejabat ni. Silap-silap dapat wall of fame lagi. Hahahahaha...

Bengong!

Oh, yang lagi best tu. Daripada amount RM5++ yang diorang maklumkan tempoh hari, tetiba tengok akaun dapat RM650.++ Pehhh, hebat tak hebat ayat saiko aku tu? Bukan nak riak, tapi aku tuntut aku punya hak aje. Itu pun dia tolak almost RM2++ gak lah.

Anyway, thank you!

Tuesday, November 1, 2011

Pending

Claim for September 2011 still pending. Aku tak tahu apa masalahnya. Hari ini dah 1 November 2011. Hmm, nak tunggu sampai 2012 ke baru nak selesai? Dem.

Buat claim salah, kena potong, kena surat kaler merah. Warning. Tapi boleh tak kalau aku nak kasi surat merah kat diorang sebab claim bulan September masih juga tak dapat-dapat hingga hari ini?

Fikirlah orang sikit. Sudahlah dari RM860 kena potong sampai RM5++. Pastu nak pending lagi. What the hell! Wei, dengan duit itulah aku nak buat bayaran tambahan untuk ansuran rumah aku, faham tak?

Ahh, sakit hati!

Wednesday, September 28, 2011

Berhenti ajelah!

Aku bukan nak mengumpat. Tapi nak meluahkan rasa tak puas hati.

Sungguh aku tak faham kenapa susah sangat nak ambil tindakan ke atas pegawai yang tidak hadir bekerja, mencuri waktu kerja dan buat pejabat tu ikut suka hati dia aje.

Hari-hari dia masuk kerja jam 8 pagi, makan-minum, pukul 9 baru mula kerja. Kemudiannya jam 12 tengah hari dah hilang entah ke mana, jam 5 petang pun belum tentu nampak muka.

Itu satu hal.

Hal-hal lain ni pula lagi best, minggu pertama Ramadhan, 3 hari je dia datang kerja. Masuk minggu ke-dua Ramadhan, kurang sikit rajinnya, cuma 2 hari aje nampak muka. Minggu ke-tiga bulan Ramadhan, lagi best alasannya, sakit pinggang sebab pindah rumah sampai seminggu tak pernah nampak muka. Penghujung minggu Ramadhan tu, cuma sehari je dia masuk pejabat.

Ingatkan lepas raya tu berubahlah, rupanya sama aje, orang naik kerja 7 Syawal, dia 9 Syawal baru nampak muka. Orang lain sibuk-sibuk pindah, dia pun kata dia nak pindah rumah, tak boleh nak buat overtime. Owh, habis tu yang masa minggu ke-tiga Ramadhan yang sampai sakit pinggang tak boleh bangun atas alasan pindah rumah tu, apa ke bendanya? Berapa kali dalam tempoh kurang sebulan nak pindah rumah?

Kerja dia? Tak usah cakaplah. Kerja aku, aku yang buat. Kerja dia pun, aku buat. Cuba kalau gaji dia pun aku dapat, kan bagus!

Kalau dah rasa tak mahu kerja, berhenti ajelah. Jangan menyusahkan orang lain. Jangan tambah dosa sendiri bagi makan anak-bini dan orang tua dengan rezeki yang tak tahu statusnya halal dan haramnya.




Friday, June 17, 2011

LAW OF CONTINUITY (I)


"Ada pegawai yang dengki dengan anak buah yang pandai bekerja sebab takut tersingkir"

Sunday, June 5, 2011

Integriti

Integriti adalah apabila anda tetap mematuhi peraturan walaupun pada ketika tiada siapa yang melihat.

Itu adalah definisi mudah. Simple definition but yet hard to follow by many of us.

Apa perasaan anda, apabila seorang yang lebih berpangkat sedikit dari anda di dalam sesebuah organisasi cuba mencerobohi laptop milik anda? Tidak kiralah sama ada dia sendiri yang cuba untuk menceroboh atau dia menyuruh orang lain untuk melakukannya. Sedangkan dia tahu laptop itu adalah milik peribadi dan bukannya hak milik organisasi tersebut.

Marah? Kecewa? Sakit hati? Dendam?

Apa hak dia untuk menceroboh laptop peribadi tersebut? Apa yang dia mahu dari laptop tersebut?

Patutkah dia berbuat demikian? Perlukah perbuatannya dilaporkan ke peringkat lebih tinggi? Atau perlukah perkara ini melibatkan undang-undang? Apakah kapasiti perundangan di dalam hal ini? Perlukah kami mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang dia dari terus memfitnah kami?

We (me & hubby) knows he (the devilish boss) need something (an important information/system) from that laptop. A new system that my husband develop and refuse to give him a copy. Tapi apa hak dia? It is my my husband's intellectual property. Jadi, perlukah suami saya berkongsi dengan seseorang yang hanya tahu mengambil kesempatan?

Kamu tak pernah dengarkah peribahasa orang putih, once bitten, twice shy? Maksudnya, sekali terkena, selamanya beringat!

I know and my husband knows that he didn't have any legitimate/appropriate education background on System Analysis or Computer Science (Software Engineering). Tapi tak cukupkah bukti dan usaha dia selama ini bahawa dia mampu membangunkan satu sistem started from zero yang memudahkan urusan? Is there a restriction on someone from English Literature (TOEFL) and Business Administration background to create an analytical system? Kalau ada, beritahu kami undang-undang mana yang menghalangnya?

Dan apabila dia tidak berjaya menceroboh laptop tersebut untuk mendapatkan maklumat yang dimahukannya, dia menggunakan helah lama. Memburukkan reputasi suami saya kepada orang yang in the higher position. As usual. Itu sahajalah usahanya. Itu sahajalah cara yang dia tahu kerana fitnah itu lebih mudah keluar dari mulut seorang yang cetek akal fikirannya.

Duit jadi mainannya. Menabur fitnah bahawa kononnya suami saya lebih mementingkan wang ringgit berbanding segala-galanya. Saya ada soalan kepada si penabur fitnah, pernahkah suami saya menuntut sesuatu yang bukannya haknya selama ini sedangkan tuntutan yang dibolehkan pun ditolak? Jadi kenapa tiba-tiba soal wang ringgit jadi permainan? Kamu mahu berkongsi untungkah?

Selepas ini apa pula fitnah yang cuba ditaburnya?

Kelulusan sudah. Duit juga sudah. Keikhlasan? Juga sudah dimainkan isu tersebut.

Oh, dari mana suami saya tahu laptopnya cuba dicerobohi? Senang aje, laptop suami saya boleh diakses dengan 3 cara sahaja. Satu, password. Kedua, finger print. Ketiga, face detection. Disebabkan ketika kejadian, suami saya tiada di tempatnya, maka cara kedua dan ketiga digugurkan secara automatik. Yup, he try to access my husband's laptop using a password. Sekiranya dia memasukkan kata laluan yang salah berkali-kali, secara automatik laptop tersebut akan jadi perlahan (slow loading) apabila di akses kemudiannya oleh suami saya. Untuk ianya beroperasi semua pada kapasiti kelajuan asal, laptop tersebut perlu diformat semula.

Untuk orang tersebut, fikirlah sebelum bertindak. Timbangkan baik buruknya tindakan tersebut dari sudut agama, perundangan dan integriti. Ingatlah, orang memandang tinggi kerana kedudukan & pangkat kamu. Tapi tindakan kamu itu adalah sesuatu yang diluar batasan & tidak boleh dimaafkan.

Kalau suami saya mahu kaya, sudah lama dia terima tawaran dari pihak lawan. Tak perlulah dia bersabar menanti janji-janji yang kelihatannya amat sukar untuk ditepati sehingga hari ini. Ada sahaja dolak-dalik dan alasan yang adakalanya tak masuk dek akal diberikan oleh kamu.

Kalau kamu tidak suka, cakap sahaja. Mudah. Senang. Jimat. Mudah kerana tidak perlu cari alasan. Senang kerana tidak perlu dia menunggu. Jimat pahala kamu kerana tidak perlu menipu dan membohong. Jadinya masing-masing boleh teruskan hidup.

Kamu boleh teruskan melatih orang baru dari zero sepertimana dia mulakan usahanya dahulu. Takkan kamu lupa bagaimana susahnya dia untuk mencipta sistem tersebut? Ketika itu tidak ada sesiapa membantu. Ketika itu tidak ada sesiapa yang memberi tunjuk ajar. Ketika itu tidak ada sesiapa yang sanggup menolong.

Dan dia boleh teruskan urusan seperti sebelumnya mengenali kamu. Mudahkan?

Betullah kiasan orang dahulu;

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.

Dah lama sangat bercakap bohong dengan orang keliling, tiba masanya dia cuba pula mencuri hak orang. To that particular man, ZMatZ... try harder next time!

Saturday, April 9, 2011

Sindrom (I)

Entahlah, kadang-kadang aku berharap sangat yang aku ni bukan tergolong dalam kumpulan yang gila gadjet atau terlalu bergantung dengan teknologi.

Atau paling tidak, letaklah aku kat remote area dalam Malaysia ni supaya aku tak terbuka sangat dengan dunia luar yang terlalu pantas bergerak.

Benci.

Sindrom Duit Gaji Tak Cukup!

Thursday, April 7, 2011

Cukup ke?

Dulu-dulu masa zaman naif. Aku ingat, gaji RM2.5k tu dah cukup. Siyes ok. Rasa dah macam banyak gila kalau dapat gaji banyak tu.

Tapi, bila dah mula kerja. Dah pandai nak macam-macam. Dah pandai tengok macam-macam. Dah pandai beli macam-macam. Hmm, RM2.5k tu boleh habis sekelip mata aje.

Iyalah. Dunia sekarang ni dipenuhi dengan gadjet dan macam-macam benda yang buat kita rasa ketinggalan kalau tak ada.

Hmm, hari-hari keluar dalam suratkhabar & tv, promosi itu dan ini. Internet lagilah jahat. Banyak sangat dah web/blog shopping online sekarang ni. Maklumlah dunia dihujung jari.

Wednesday, March 30, 2011

So stupid to think you really want to help...


If I have a gun, I shoot you sharply on your chest through your heart, you dumb-ass!
And stop appear in front of me with your not-so-sweet-face and not-so-sweet-talk!



Monday, March 28, 2011

Bumps.

"Politic is some sort of dangerous adventure." As one of my beloved friend said to me when I ask about something terrible that happen to my hubby beberapa minggu kebelakangan ini.

Ya. Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Terlalu banyak. Each one of it beri kesan terhadap perjalanan hidup kami (me & hubby); mengubah persepsi terhadap orang-orang yang berada di sekeliling kami.

Along that, I've lost trust & respect towards certain people. Orang kita ingatkan selama ini yang menyokong dan ingin membantu. But, apparently his intention was... to used others as his stepping stones.

Betul-betul tak sangka!

Sampaikan aku rasa sangat bersalah terhadap my husband. Iyalah, if it is not me who ask him to help, tentu dia bahagia kat tempat lama dia. Tentu perkara-perkara seperti sekarang ini tidak berlaku. For sure we don't have to face this kind of problem; masalah yang telah memburukkan reputasi dan kredebiliti dia.

I didn't foresee that. Or maybe, I just couldn't believe what others has told me until it really happened to us. And it happened.

Lesson learned. Pengajaran yang telah merobek reputasi, kredibiliti dan maruah dia. Pengajaran yang telah mengkucar-kacirkan perjalanan hidup kami. Pengajaran yang telah mengganggu-gugat emosi kami. No, it is not about third party in our lovely-marriage life. Sumpah. Lillahi-Ta'ala.

Ianya berkenaan sesuatu yang tidak boleh dinyatakan di sini. Cukuplah kalau hanya aku tahu, kami tahu, kamu tahu, Allah tahu.

And abang, I'm sorry. I didn't think that, that man could do so much damaged on you, psychologically & emotionally. Sabar dan yakinlah bahawa Allah sedang merencanakan sesuatu untuk kita, insya-Allah. Amin.




Word of wisdom:
People never lie so much as after a hunt, during a war or before an election.


Saturday, March 26, 2011

Wonder

A dear friend ask:
What should he do if his boss is actually a backstabber who tried to kill his career.

Another dear friend suggest:
Resign ASAP or ask for transfer. But, govt. sector doesn't give u so much choice, don't they?

What say you?

Friday, March 4, 2011

For his own good.

Kami capai kata sepakat.
Demi kebaikan.
Walau dengan separuh hati.
Si dia kembali semula ke daerah.

Sunyi?
Mahu tidak.
Tiada lagi kawan makan.
Tiada lagi kawan gaduh.
Tiada lagi kawan tidur.

Hampir 3 tahun.
Hanya 10 bulan.
Selebihnya.
Dia di sana.
Aku di sini.

Doakan terbaik untuk kami.

Thursday, February 24, 2011

Kecoh

Ya.
Dah meletup baru kecoh.
Dulu buat tak kisah.
Cakap apa pun.
Tak peduli.

Kali ini.
Dah kecoh kat media sosial.
Baru nak ambil tahu.
Hah, rasakanlah.

Sekarang ni.
Cari salah siapa.
Kau?
Dia?
Aku?
Siapa?