Wednesday, April 14, 2010

Bacalah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta.
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia yang mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya
Petikan Tafsir: Surat al-‘Alaq (96: 1-5)

Susah sangat ke hendak membaca? Susah sangat ke nak amalkan sikap untuk mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita? Bukannya suruh busy body, tapi hanya untuk pengetahuan kita.

Kerja-kerja yang aku lakukan sekarang ini jelas membuktikan bahawa terdapat ramai dikalangan kita yang tidak mahu membaca, mungkin kerana mereka mengamalkan sikap tidak mahu ambil tahu, tidak mahu ambil kisah, tidak mahu ambil berat, biarlah nak jadi apa sekali pun asal tidak terjadi pada mereka.

Tidakkah mereka sedar bahawa sikap ignorance yang mereka amalkan itulah sebenarnya yang akan menjerumuskan mereka mengulangi kesilapan yang telah orang lain lakukan.

Sorry to say, but I’m not sorry for what I’m saying here… Orang kita (Melayu) memang malas membaca, malas untuk ambil tahu, malas untuk ambil kisah. Ya, aku tahu akan ada nanti orang yang mengutuk dan menyalahkan aku kerana merendahkan bangsa sendiri.

Tapi inilah realiti!

Kalau mereka membaca, aku rasa tidak akan berulang perkara baru anak gadis kita (Melayu Malaysia) lari mengikut lelaki Lombok! Hari-hari kita disogokkan dengan cerita baru mengenai anak gadis Melayu Malaysia tanpa segan silu, kononnya berkorban atas nama cinta suci, lari meninggalkan keluarga dan kemudiannya kesal dengan sikap membabi buta berkorban atas nama CINTA!

Kalau mereka membaca, aku rasa tidak akan berulang kisah-kisah sadis ibu-ibu (layakkah mereka dipanggil ibu?) muda yang melahirkan bayi-bayi mereka dan kemudiannya bayi-bayi ini dibuang, dibakar, dicampak, dihumban di tempat pembuangan sampah, di surau, di masjid, depan rumah orang, dalam sungai dan entah di mana-mana lagi (hanya Allah yang Maha Mengetahui).

Kalau mereka membaca, tentu sahaja kes-kes penderaan anak kecil hingga mati tidak akan berulang lagi. Tidak kasihankah kita, atau sudah hilangkah rasa kemanusiaan kita apabila mendengar anak kecil menjerit, menangis, melolong seolah-olah meminta tolong?

Hey, hey… untuk apa aku penat-penat menulis kalau sudah tahu tidak akan ada sesiapa yang membacanya? Hey, kamu yang masih mahu membaca, mahu mengambil kisah, mahu mengambil tahu… tolonglah ubah sikap generasi-generasi masa kini dan masa depan kamu untuk menjadikan membaca itu sebagai amalan yang perlu dilakukan saban hari, mengambil tahu dan mengambil kisah itu sebagai sikap terpuji yang perlu ada dalam diri mereka.

Tentu sahaja kamu tidak mahu anak cucu cicit kamu mengulangi sejarah kelukaan yang sama, bukan?

No comments: