Monday, August 16, 2010

Dungu.

Aku tak paham dengan budak-budak zaman sekarang ini.

Seriously!

Diorang mahu mengajar, tetapi diorang sendiri tidak mahu belajar. Masalah apa sebenarnya dengan budak-budak sekarang ini? Beberapa hari ini, aku layankan sahaja setiap pertanyaan bodoh dan bangang dari mereka-mereka yang tidak mahu mengambil tahu.

Telah jelas dan terang kandungan iklan yang dipaparkan, tapi mereka masih bertanyakan soalan yang sama berulang kali. Soalan yang telah ada jawapan pada iklan tersebut. Borang mahu hantar di mana? Perlukah salinan sijil disahkan? Di mana boleh dapatkan alamat?

Ya. Aku tahu menjawab soalan-soalan mereka adalah sebahagian dari tugas aku. Tapi perlukah bertanyakan soalan yang telah tersedia jawapannya di hadapan mata? Perlukah bertanyakan soalan yang sama berkali-kali sedangkan orang lain telah bertanyakan soalan yang sama? Tidak bolehkah menjadi rajin sedikit dengan melihat dan merujuk kepada posting terdahulu?

Aku pelik. Semakin pelik dengan sikap mereka. Nama sahaja graduate. Ada diploma itu, ada degree ini, ada sijil entah apa-apa, tapi makin bodoh pula jadinya. Adakah sijil tersebut hanya sebahagian daripada koleksi yang beratus-ratus itu? Atau ianya satu peluang untuk menggatal dan bertemu jodoh?

Entah ye. Aku juga belajar di Malaysia. Mendapat pendidikan melalui sistem yang sama. Begitu juga dengan teman-teman yang lain. Tapi, bagaimana sistem persekolahan di Malaysia yang telah kami lalui satu ketika dulu dan pernah melahirkan ramai cendiakawan, tetapi telah melahirkan manusia dungu seperti mereka? Adakah suasana kompetitif ketika ini tidak membuka dan mencelikkan mata mereka?

Kasihan anak-anak masa depan sekiranya mendapat guru-guru seperti mereka ini. Mahu mengajar, tetapi tidak mahu belajar. Samalah seperti MAHU DUIT TAPI TAK MAHU KERJA!

Maaf. Terdapat perkataan yang digunakan adakalanya terlalu kasar untuk diterima. Tapi itulah hakikatnya.

No comments: