Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati!
Eh, aku bukan nak cerita pasal cinta. Aku nak cerita pasal mata. Bukan mata siapa-siapa. Mata aku sendiri.
Aku merupakan pemilik mata sepet dan kecil. Saban hari, paling kurang aku akan mendapat teguran dan usikan seperti begini:
"Hoi! Nak tidur pergi balik rumah lah..." Cara paling tidak berhemah.
"Cahhhh ooo cahhh *bukan nama sebenar* bangunlah." Cara kakak or makcik yang menegur.
"Eh, kau ni buat kerja ke tidur wei?" Cara budak-budak *makbapak budak pun ada* yang kurang lebih sebaya aku yang menegur.
Aku buat kerja, korang kata aku tidur. Dah sah-sah nampak aku menekan papan kekunci *baku tak?* dan pegang tetikus dengan tekun. Tak kanlah aku tidur kot. Dah memang mata aku ni mata stim. Aku nak buat macam mana lagi, memang besar ni ajelah mata aku.
Bulan puasa ni, lagi parah aku kena. Adoyaiii!
Bos, aku nak tukar tempat! Tak mahu duduk mengadap orang lalu-lalang.
No comments:
Post a Comment