Mak (my MIL) masuk hospital.
Puncanya, cincin tersekat di jari tengah merebak ke seluruh tangan bengkaknya.
Kata mak, abah bawa pergi klinik. Doktor tu inject tangan mak. Tak tahu ubat apa. Balik tu terus sebelah tangan mak yang luka itu bengkak, merah-merah dan gatal-gatal. Mak ada kencing manis & darah tinggi.
Keesokan harinya, tangan yang bengkak, merah dan gatal-gatal itu ada gelembung-gelembung air. Blister. Dah macam tercurah air panas pula rupanya.
Abah bawa mak pergi klinik lain. Doktor klinik tu tak berani buat apa kecuali bagi ubat tahan sakit dan reference letter to the nearest hospital. Malangnya malam raya Haji (jam 10 mlm; 17 Nov. 2011) tiada doktor yang bertugas. Hanya ubat antibiotik (Cloxacillin), tahan sakit (Papase) dan panadol.
"Lepas 3 hari kalau tak baik, makcik datang sini balik ye?"
Itu sahaja pesanan petugas Unit Kecemasan, Hospital berkenaan. Abah & Mak balik ke rumah semula. By the time, kami (me & hubby) pun dah sampai di rumah abah & mak. Masa tu tangan mak tak berapa bengkak sangat.
Esoknya, tangan mak bertambah bengkak & berair, juga terdapat warna kekuningan di dalam air tersebut. Mungkin nanah. Mak kata ok. Cuma berdenyut-denyut sahaja. Kami tukar ubat mak. Risau dengan antibiotik tu sebab inche suami resistance to Cloxacillin, begitu juga dengan adiknya (angah). Jadi, adik (Ayin) beli antibiotik lain selain dalam bentuk tablet.
Lepas tukar ubat, nampak perubahan ketara. Gelembung air semakin berkurangan dan ada yang pecah sendiri. Progress sangat lambat. Jadi pagi Sabtu itu, kami ambil keputusan hantar mak ke Hospital Sungai Buloh (bukan hospital yang suruh mak balik sebab tak ada doktor tu).
Pukul 9 pagi Sabtu minta mak bersiap untuk ke Hospital Sungai Buloh. Pukul 10.30 baru siap sebab mak pesan macam-macam kat cucu-cucunya. Kes tak sampai hati tinggalkan rumah dan cucu-cucu.
Pukul 11.50 pagi daftar masuk. Nurse kat wad kecemasan cakap, mungkin, doktor yang pertama tu suntik ATT (anti-tetanus toxoid). Ok. Fine. Tapi kenapa sampai merah, gatal-gatal & timbul gelembung air tu pada tangan mak? Macam tercurah air panas aje rupanya.
Pukul 5 petang admitted dan doktor pecahkan gelembung-gelembung air yang mengandungi nanah tu. Kemudian doktor potong kulit-kulit yang dah rosak tu. Doktor kata, kalau terlambat boleh kena potong jari. Nasiblah hantar mak cepat ke hospital.
Dan hari ini, tak sampai dua hari mak di hospital, mak di bedah untuk buang nanah yang dah bertakung di jari tengahnya melalui tapak tangannya. Alhamdulillah semuanya selamat. Pukul 7.30 malam masuk wad bedah, pukul 10.30 malam keluar.
Kesian tengok mak yang merintih kesakitan. Tapi tak apalah mak, asalkan bukan jari yang dipotong. Eh, siapa cakap kalau pergi hospital Kerajaan lambat ambil tindakan? Ya, mungkin ada sesetengah hospital yang kita sudah sedia maklum mengenai senarai pesakit yang menunggu dan juga bergantung kepada jenis penyakit.
Bak kata doktor yang merawat mak, "Kalau boleh diselamatkan, tentu sahaja pihak hospital ambil tindakan pantas. Tapi kebanyakkan pesakit tidak memberi banyak pilihan kepada petugas hospital. Ramai yang datang ke hospital hanya apabila keadaan sudah melarat dan sukar di ubati."
Thank you to all doctors & nurses of ward 5D Sungai Buloh Hospital!
Ye, bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?