Showing posts with label services. Show all posts
Showing posts with label services. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Good Job Hospital Sg, Buloh!

Mak (my MIL) masuk hospital.

Puncanya, cincin tersekat di jari tengah merebak ke seluruh tangan bengkaknya.

Kata mak, abah bawa pergi klinik. Doktor tu inject tangan mak. Tak tahu ubat apa. Balik tu terus sebelah tangan mak yang luka itu bengkak, merah-merah dan gatal-gatal. Mak ada kencing manis & darah tinggi.

Keesokan harinya, tangan yang bengkak, merah dan gatal-gatal itu ada gelembung-gelembung air. Blister. Dah macam tercurah air panas pula rupanya.

Abah bawa mak pergi klinik lain. Doktor klinik tu tak berani buat apa kecuali bagi ubat tahan sakit dan reference letter to the nearest hospital. Malangnya malam raya Haji (jam 10 mlm; 17 Nov. 2011) tiada doktor yang bertugas. Hanya ubat antibiotik (Cloxacillin), tahan sakit (Papase) dan panadol.

"Lepas 3 hari kalau tak baik, makcik datang sini balik ye?"

Itu sahaja pesanan petugas Unit Kecemasan, Hospital berkenaan. Abah & Mak balik ke rumah semula. By the time, kami (me & hubby) pun dah sampai di rumah abah & mak. Masa tu tangan mak tak berapa bengkak sangat.

Esoknya, tangan mak bertambah bengkak & berair, juga terdapat warna kekuningan di dalam air tersebut. Mungkin nanah. Mak kata ok. Cuma berdenyut-denyut sahaja. Kami tukar ubat mak. Risau dengan antibiotik tu sebab inche suami resistance to Cloxacillin, begitu juga dengan adiknya (angah). Jadi, adik (Ayin) beli antibiotik lain selain dalam bentuk tablet.

Lepas tukar ubat, nampak perubahan ketara. Gelembung air semakin berkurangan dan ada yang pecah sendiri. Progress sangat lambat. Jadi pagi Sabtu itu, kami ambil keputusan hantar mak ke Hospital Sungai Buloh (bukan hospital yang suruh mak balik sebab tak ada doktor tu).

Pukul 9 pagi Sabtu minta mak bersiap untuk ke Hospital Sungai Buloh. Pukul 10.30 baru siap sebab mak pesan macam-macam kat cucu-cucunya. Kes tak sampai hati tinggalkan rumah dan cucu-cucu.

Pukul 11.50 pagi daftar masuk. Nurse kat wad kecemasan cakap, mungkin, doktor yang pertama tu suntik ATT (anti-tetanus toxoid). Ok. Fine. Tapi kenapa sampai merah, gatal-gatal & timbul gelembung air tu pada tangan mak? Macam tercurah air panas aje rupanya.

Pukul 5 petang admitted dan doktor pecahkan gelembung-gelembung air yang mengandungi nanah tu. Kemudian doktor potong kulit-kulit yang dah rosak tu. Doktor kata, kalau terlambat boleh kena potong jari. Nasiblah hantar mak cepat ke hospital.

Dan hari ini, tak sampai dua hari mak di hospital, mak di bedah untuk buang nanah yang dah bertakung di jari tengahnya melalui tapak tangannya. Alhamdulillah semuanya selamat. Pukul 7.30 malam masuk wad bedah, pukul 10.30 malam keluar.

Kesian tengok mak yang merintih kesakitan. Tapi tak apalah mak, asalkan bukan jari yang dipotong. Eh, siapa cakap kalau pergi hospital Kerajaan lambat ambil tindakan? Ya, mungkin ada sesetengah hospital yang kita sudah sedia maklum mengenai senarai pesakit yang menunggu dan juga bergantung kepada jenis penyakit.

Bak kata doktor yang merawat mak, "Kalau boleh diselamatkan, tentu sahaja pihak hospital ambil tindakan pantas. Tapi kebanyakkan pesakit tidak memberi banyak pilihan kepada petugas hospital. Ramai yang datang ke hospital hanya apabila keadaan sudah melarat dan sukar di ubati."

Thank you to all doctors & nurses of ward 5D Sungai Buloh Hospital!

Ye, bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?

Monday, August 2, 2010

See you in court!

Inche-puan Mim-Alif-Sim,

Korang ni memang cari pasalkan? Hari tu korang cancelled flight from Bintulu to Kuching. Okelah. Kitorang mengalah naik competitors korang yang membuat kitorang jalan bukan main jauh, turun naik tangga dengan beg sebeban. Tapi tu tak apalah. At least we could reached Kuching in time. Thank you to them.

Sekarang ni, korang cancelled pula nama kitorang dari flyback from Kuching to KLIA. Apakejadahnya? Itulah. Aku dah cakap, jangan ambil budak sengal kerja dengan korang. Tapi nak juga ambil budak sengal. Hah, sekarang dah jadi masalah kat korang.

Adoyaiiii. Nasib baiklah dapat juga kitorang balik jumpa family yang telah hampir 11 hari di tinggalkan. Kalau tidak...

SEE YOU IN COURT!

Saturday, July 31, 2010

Cancelled!

Flight Mim-Alif-Sim from Bintulu to Kuching is cancelled. Arghhh!!!

Korang tahu tak aku baru balik dari rumah panjang di Sg. Asap, Belaga? Adoyaiiii... macam dah nak patah pinggang dengan jalan tak rata tu. Sampai je airport *akudiepotni!*, korang boleh pula cancelled flight?

Menyampah je kan?

*Pilot kami tak sihat, dia demam*

Sunday, July 4, 2010

MAXIS Broadband or BERUKBEN?

Cautions: Explicit used of hatred words. *I am & still mad at their customer service's service!*

Is it hard to inform your customer it is a MUST to register & log-in online for billing service instead of telling us to wait for the 1st billing? Kami ni pengguna internet, bukannya bodoh sangat sampai tak tahu log-in into your lousy online services.

Bila bil tak bayar, senang-senang je nak cut-off service. Tapi diorang ni tak sedar salah sendiri. Bukannya tak pernah pergi service centre, everytime we pay a visit, they ask us to wait for the 1st billing; never-ever ask us to log-in www.mylaunchpad.com.my to register online and check for the bills there. Yet, still they blame & charge us for late payment. Bahalol!

En. Suren from MAXIS nowhere *I cannot tell you where, its a PROCEDURE!* please control your temper. Mungkin ini kali pertama dia berhadapan dengan customer yang sgt kerek & stubborn macam aku. What do you expect? A customer that will always follow your stupid-idiot procedure? Ah, pergi mampos dengan prosedur korang! Sikit-sikit prosedur, semuanya prosedur. When something happen out of the procedure, what would you do?

Aku bukannya nak menyusahkan korang kalau korang tak menyusahkan hidup aku! Aku tak hingin pun nak susahkan hidup korang kalau hidup aku tak susah sebab korang. But, your stupid-idiot procedure is making my life miserable.

Kalau betul ikut prosedur, kenapa tak suruh your sales & marketing staff to inform your customer to log-in into www.mylaunchpad.com.my? Susah sangat ke?

Kenapa tak ikut style P1? They will send an email & sms to us every month. A phone line provider does not have an effort to send sms? What a SHAME!

-------
Current update on 7.34 pm, July 5th 2010: Still cannot log-on into www.mylaunchpad.com.my with status "USER NOT FOUND IN KENAN". Just shut-down your page, if it is not active anymore!