Tadi dapat emel berkenaan SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) tapi bukan secara keseluruhan. Just a small portion.
Aku agak setuju jugalah dengan clause tersebut. Kenalpasti pegawai atasan dan anak buahnya disetiap peringkat. Untuk apa? Iyalah, kalau anak buah bermasalah dan pegawai atasan tidak mengambil tindakan, kedua-duanya boleh dikenakan tindakan.
Sebagai contoh ye, kalau pemandu bermasalah dan ketua kerani (CC) tak ambil tindakan, kedua-duanya akan dikenakan tindakan. Kalau CC bermalasah, EO kena ambil tindakan, kalau tak dua-dua kena. Macam itulah dan seterusnya!
Oke, itu aku faham, kalau bermasalah.
Hmm, macam mana pula kalau good performance. Adakah sistem yang sama digunakan? Hehehehehe... Bermakna kalau performance anak buah cemerlang, adakah pegawainya turut dapat imbuhan?
No comments:
Post a Comment