Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H

Ye, aku tahu dah lambat nak wish. Tapi aku nak wish juga. Eh, aku punya pasallah. Lambat ke cepat ke, janji aku wish juga, kan? Hehehehe...

Standard lah kalau raya haji ni ramai yang buat ibadah korban dan kenduri. Bukan seorang dua, tapi ramai. Beratus, beribu, berjuta umat Islam yang berkemampuan di seluruh dunia yang melakukannya. So, tahniah kepada anda dan mereka semua yang melakukannya dengan penuh keikhlasan. Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Cuma aku nak cakap sikit (ok, intonasi dah mula tak best ni).

Orang bandar yang buat ibadah korban kat kampung ni bagus. Iyalah, at least dia tak lupa pada kampung yang telah mendewasakan dia, sedekah pada orang-orang tua kampung, orang-orang yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim dan lain-lain yang tergolong dalam 7 golongan itulah.

Tapi, tapi... (mula dah)

Biasanya kalau orang bandar ni buat kat kampung, selalunya depa buatlah kat rumah adik beradik yang masih duduk kat kampung, mak sedara, pak sedara, atuk, nenek dan entah siapa-siapa lagilah selagi ada pertalian saudaralah, kan? Iyalah, dah lama sangat berhijrah ke bandar, jadi dah tak adalah rumah kat kampung tu. Kalau ada pun tanah kebun aje. Rumahnya tak ada.

Jadinya nak dipendekkan cerita yang dah panjang berjela ni. Kalau tahu buat kat rumah orang, janganlah mengungkit. Contohnya begini:

"Laa, kan aku dah kata tinggalkan bahagian daging untuk sedara aku dari Amerika esok nak balik sini semata-mata nak amek daging korban ni, lepas tu dia fly balik Amerika."

atau begini:

"Yang kau bagi semua kat orang kampung tu kenapa? Bahagian tu aku simpan untuk adik angkat aku yang kat Kutub Selatan tu!"

atau yang begini:

"La, dah habis dagingnya? Kesianlah jiran aku yang baru balik dari Somalia tu kempunan nak makan daging korban."

Atau... dah dah, cukuplah 3 contoh tu. Dah sampai kot maksud aku. Kesimpulannya, kalau dah niat nak buat ibadah korban tu, ikhlaskanlah hati. Kalau nak simpan untuk sedara-mara, jiran tetangga atau adik-kakak-abang angkat, bagitaulah awal-awal. Tak payah dah habis kenduri baru nak bising.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!

No comments: