Sunday, June 5, 2011

Integriti

Integriti adalah apabila anda tetap mematuhi peraturan walaupun pada ketika tiada siapa yang melihat.

Itu adalah definisi mudah. Simple definition but yet hard to follow by many of us.

Apa perasaan anda, apabila seorang yang lebih berpangkat sedikit dari anda di dalam sesebuah organisasi cuba mencerobohi laptop milik anda? Tidak kiralah sama ada dia sendiri yang cuba untuk menceroboh atau dia menyuruh orang lain untuk melakukannya. Sedangkan dia tahu laptop itu adalah milik peribadi dan bukannya hak milik organisasi tersebut.

Marah? Kecewa? Sakit hati? Dendam?

Apa hak dia untuk menceroboh laptop peribadi tersebut? Apa yang dia mahu dari laptop tersebut?

Patutkah dia berbuat demikian? Perlukah perbuatannya dilaporkan ke peringkat lebih tinggi? Atau perlukah perkara ini melibatkan undang-undang? Apakah kapasiti perundangan di dalam hal ini? Perlukah kami mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang dia dari terus memfitnah kami?

We (me & hubby) knows he (the devilish boss) need something (an important information/system) from that laptop. A new system that my husband develop and refuse to give him a copy. Tapi apa hak dia? It is my my husband's intellectual property. Jadi, perlukah suami saya berkongsi dengan seseorang yang hanya tahu mengambil kesempatan?

Kamu tak pernah dengarkah peribahasa orang putih, once bitten, twice shy? Maksudnya, sekali terkena, selamanya beringat!

I know and my husband knows that he didn't have any legitimate/appropriate education background on System Analysis or Computer Science (Software Engineering). Tapi tak cukupkah bukti dan usaha dia selama ini bahawa dia mampu membangunkan satu sistem started from zero yang memudahkan urusan? Is there a restriction on someone from English Literature (TOEFL) and Business Administration background to create an analytical system? Kalau ada, beritahu kami undang-undang mana yang menghalangnya?

Dan apabila dia tidak berjaya menceroboh laptop tersebut untuk mendapatkan maklumat yang dimahukannya, dia menggunakan helah lama. Memburukkan reputasi suami saya kepada orang yang in the higher position. As usual. Itu sahajalah usahanya. Itu sahajalah cara yang dia tahu kerana fitnah itu lebih mudah keluar dari mulut seorang yang cetek akal fikirannya.

Duit jadi mainannya. Menabur fitnah bahawa kononnya suami saya lebih mementingkan wang ringgit berbanding segala-galanya. Saya ada soalan kepada si penabur fitnah, pernahkah suami saya menuntut sesuatu yang bukannya haknya selama ini sedangkan tuntutan yang dibolehkan pun ditolak? Jadi kenapa tiba-tiba soal wang ringgit jadi permainan? Kamu mahu berkongsi untungkah?

Selepas ini apa pula fitnah yang cuba ditaburnya?

Kelulusan sudah. Duit juga sudah. Keikhlasan? Juga sudah dimainkan isu tersebut.

Oh, dari mana suami saya tahu laptopnya cuba dicerobohi? Senang aje, laptop suami saya boleh diakses dengan 3 cara sahaja. Satu, password. Kedua, finger print. Ketiga, face detection. Disebabkan ketika kejadian, suami saya tiada di tempatnya, maka cara kedua dan ketiga digugurkan secara automatik. Yup, he try to access my husband's laptop using a password. Sekiranya dia memasukkan kata laluan yang salah berkali-kali, secara automatik laptop tersebut akan jadi perlahan (slow loading) apabila di akses kemudiannya oleh suami saya. Untuk ianya beroperasi semua pada kapasiti kelajuan asal, laptop tersebut perlu diformat semula.

Untuk orang tersebut, fikirlah sebelum bertindak. Timbangkan baik buruknya tindakan tersebut dari sudut agama, perundangan dan integriti. Ingatlah, orang memandang tinggi kerana kedudukan & pangkat kamu. Tapi tindakan kamu itu adalah sesuatu yang diluar batasan & tidak boleh dimaafkan.

Kalau suami saya mahu kaya, sudah lama dia terima tawaran dari pihak lawan. Tak perlulah dia bersabar menanti janji-janji yang kelihatannya amat sukar untuk ditepati sehingga hari ini. Ada sahaja dolak-dalik dan alasan yang adakalanya tak masuk dek akal diberikan oleh kamu.

Kalau kamu tidak suka, cakap sahaja. Mudah. Senang. Jimat. Mudah kerana tidak perlu cari alasan. Senang kerana tidak perlu dia menunggu. Jimat pahala kamu kerana tidak perlu menipu dan membohong. Jadinya masing-masing boleh teruskan hidup.

Kamu boleh teruskan melatih orang baru dari zero sepertimana dia mulakan usahanya dahulu. Takkan kamu lupa bagaimana susahnya dia untuk mencipta sistem tersebut? Ketika itu tidak ada sesiapa membantu. Ketika itu tidak ada sesiapa yang memberi tunjuk ajar. Ketika itu tidak ada sesiapa yang sanggup menolong.

Dan dia boleh teruskan urusan seperti sebelumnya mengenali kamu. Mudahkan?

Betullah kiasan orang dahulu;

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.

Dah lama sangat bercakap bohong dengan orang keliling, tiba masanya dia cuba pula mencuri hak orang. To that particular man, ZMatZ... try harder next time!

2 comments:

KinG KonG said...

bakarrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. bakarrrrrrrrrrrr.. orang tu ati busuk.. jaaaatttt..

Cik Cah said...

muka baik. sopan jek.
tapi hati banyak hitam wooo...