Thursday, April 22, 2010

Menembak

Sibuk.

Shooting.

Eh, aku bukan pengarah. Aku yang di arah.

Aku bukan penerbit kerana tidak punya banyak duit.

Aku bukan penulis skrip sebab aku tulis cerita tak pernah siap.

Aku bukan pelakon. Cukuplah. Dah ramai sangat pelakon di pentas realiti.

Moody

Cacamarba.

Unpredictable.

Swing.

Macam cuaca hari ini.

Eh, cuaca pula?

Tuesday, April 20, 2010

Changing Strategy

There is a new cybercafe open near to ours. They’ve Streamyx line for internet with air-conditioner fixed to their shop. Their location are more strategic than ours. And they charge their service, same as ours.

We’re pioneer cybercafe without Streamyx line for internet (because of our telephone line being stolen by irresponsible people). But we use Maxis Broadband for substitute. A normal shop without air-conditioner.

Our sales being dropped for almost 1/2 than normal. And we know if we’re going to fix the air-conditioner, is not going to help much. So, in order to increase our sales back to normal, we’ve to change our strategy.

Lower the price.

So, good luck competitor!

Kempen

Orang lain kempen, dia pun ikut kempen.

Orang lain kempen raih undi, dia kempen bubar kerajaan negeri Perak.

Adoyaiii, bilalah nak sedar diri?


P/S: Aku cuma nak naikkan rating blog je sebab tu tulis pasal isu pilihanraya Hulu Selangor. Strategi beb, mudah-mudahan, encik NuffNang tu bertambah le incomenya…

Monday, April 19, 2010

Yummy!


Cubaan untuk melaparkan semua orang.

Sedap tak?

Sunday, April 18, 2010

Sweet 1

Dia jalan ke rak buku bertajuk COMPUTER kemudian menarik satu buku di rak tersebut dan cari port untuk duduk bersila.

Aku pergi ke rak buku bertajuk FICTION, tarik satu buku dan duduk bersila di hadapannya.

It’s our (me & Mr. Hubby) new thing. Lepaking in a bookstores.

Sweet.

Saturday, April 17, 2010

Hey, stranger! You made my day...

Semalam petang (lebih kurang jam 5.15), saya dalam keadaan kelam kabut dari tingkat 2 ke tingkat 3 untuk mengemas beg dan pulang. I was rushing into the lift without noticing that its actually going down. Dalam lift tu ada seorang lelaki di kiri dan seorang perempuan di kanan.

“Hey, you!” Tiba-tiba lelaki yang berdiri dibelakangku menegur. Aku menoleh dengan mengerutkan dahi. “Lama betul I tak nampak you.”

Aku kerut dahi. Err, siapa lelaki ni? Aku pernah jumpa dia ke? Aku pernah borak dengan dia ke? “Me?” Soalku kembali seakan tidak percaya. Biar betul mamat ni…

“Yelah. You.” Dia senyum. Manis.

“Err…” Aku garu kepala.

“Lama betulkan kita tak jumpa.” Eh, eh, eh… macam selalu jumpa je. Tapi serious, aku memang tak pernah ingat dia. Kotak memori aku memang tak boleh recall tentang dia.

“Hmm..” Aku garu kepala. Rasa tak selesa sebab dia beriya-iya macam kenal aku. Tapi aku langsung tak ingat dia.

“Before this tak pakai tudung, kan?” Aku senyum malu-malu. “Betulkan? You tak…”

Mamat ni buat aku blushing. Betullah tu. Dulu. Sekarang ni dah pakai tudung. “Ha’ah.” Jawabku teragak-agak. Stalker ke apa ni?

“You nampak, hmmm..”

“Lain?”

Dia geleng. “Hmm… tak. Makin cantik sejak pakai tudung.”

Rasa macam muka aku kena simbah dengan minyak cap kapak. Panas. Aku toleh kat perempuan yang menjadi pendengar dan pemerhati tu, dia senyum. Aku blurr. Serious blurr ni. Mamat ni siapa?

Tingg! Yes, saved by the bell! Aku rasa 2 minit tu macam lama sangat. Aku senyum dan keluar dari lift. Dia senyum balik. Perempuan pun ikut sama.

“Err, okay. Bye.” Ucapku. Rasa debar dalam dada hilang begitu sahaja sebaik pintu lift tersebut tertutup.

But, hey stranger! You made my day…

Friday, April 16, 2010

My other passion


The Adorable Adriana!

Camera loves her so much. Is not a challenge to take her photo, but a challenge to pick her favorite photo!

Thursday, April 15, 2010

Ini bukan cobaan!

Hi there!

I’m looking for a part time job. Seriously. Around Putrajaya/Cyberjaya/Equine Park/Serdang. Week days; starting from 6pm - 12am.

If you need a part timer, please drop your contact details into my inbox at nur[dot]aiysah[at]yahoo[dot]com.

Thank you!

Wednesday, April 14, 2010

Bacalah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta.
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia yang mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya
Petikan Tafsir: Surat al-‘Alaq (96: 1-5)

Susah sangat ke hendak membaca? Susah sangat ke nak amalkan sikap untuk mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita? Bukannya suruh busy body, tapi hanya untuk pengetahuan kita.

Kerja-kerja yang aku lakukan sekarang ini jelas membuktikan bahawa terdapat ramai dikalangan kita yang tidak mahu membaca, mungkin kerana mereka mengamalkan sikap tidak mahu ambil tahu, tidak mahu ambil kisah, tidak mahu ambil berat, biarlah nak jadi apa sekali pun asal tidak terjadi pada mereka.

Tidakkah mereka sedar bahawa sikap ignorance yang mereka amalkan itulah sebenarnya yang akan menjerumuskan mereka mengulangi kesilapan yang telah orang lain lakukan.

Sorry to say, but I’m not sorry for what I’m saying here… Orang kita (Melayu) memang malas membaca, malas untuk ambil tahu, malas untuk ambil kisah. Ya, aku tahu akan ada nanti orang yang mengutuk dan menyalahkan aku kerana merendahkan bangsa sendiri.

Tapi inilah realiti!

Kalau mereka membaca, aku rasa tidak akan berulang perkara baru anak gadis kita (Melayu Malaysia) lari mengikut lelaki Lombok! Hari-hari kita disogokkan dengan cerita baru mengenai anak gadis Melayu Malaysia tanpa segan silu, kononnya berkorban atas nama cinta suci, lari meninggalkan keluarga dan kemudiannya kesal dengan sikap membabi buta berkorban atas nama CINTA!

Kalau mereka membaca, aku rasa tidak akan berulang kisah-kisah sadis ibu-ibu (layakkah mereka dipanggil ibu?) muda yang melahirkan bayi-bayi mereka dan kemudiannya bayi-bayi ini dibuang, dibakar, dicampak, dihumban di tempat pembuangan sampah, di surau, di masjid, depan rumah orang, dalam sungai dan entah di mana-mana lagi (hanya Allah yang Maha Mengetahui).

Kalau mereka membaca, tentu sahaja kes-kes penderaan anak kecil hingga mati tidak akan berulang lagi. Tidak kasihankah kita, atau sudah hilangkah rasa kemanusiaan kita apabila mendengar anak kecil menjerit, menangis, melolong seolah-olah meminta tolong?

Hey, hey… untuk apa aku penat-penat menulis kalau sudah tahu tidak akan ada sesiapa yang membacanya? Hey, kamu yang masih mahu membaca, mahu mengambil kisah, mahu mengambil tahu… tolonglah ubah sikap generasi-generasi masa kini dan masa depan kamu untuk menjadikan membaca itu sebagai amalan yang perlu dilakukan saban hari, mengambil tahu dan mengambil kisah itu sebagai sikap terpuji yang perlu ada dalam diri mereka.

Tentu sahaja kamu tidak mahu anak cucu cicit kamu mengulangi sejarah kelukaan yang sama, bukan?