Wednesday, December 28, 2011

Annoyed.

Adik-adik, untuk makluman, tiada perkataan 'congrates' dalam kamus berbahasa Inggeris. Sekiranya adik-adik agak poyo untuk mengucapkan tahniah di dalam bahasa Inggeris iaitu 'congratulations' tetapi kurang pandai mengeja penuh, sila gunakan ringkasan yang betul dan diterima pakai iaitu 'congrats'. Atau adik-adik juga boleh menggunapakai sistem carian Google untuk mendapatkan kepastian.

Sekian, terima kasih.



I feel annoyed when people keep on using 'congrates' instead of 'congrats'; it shows that you have no respect to other language eventhough you using it everyday.

Thursday, December 22, 2011

Wishlist Version 1.0-2012


Wishlist Cik Cah tahun depan... ke tiap-tiap tahun ni? Ahaks...


photo: http://www.wired.co.uk/news/archive/2011-01/26/ipad-2


Bukan apa, cik Cah dah boring pakai galaxy tab tu. So, inche suamiku yang paling disayangi dan dicintai, agak-agak boleh tak cik Cah pakai iPad 2 kaler putih-bersih-suci-murni ni? Cantikkan macam cik Cah juga. Pastu gebu-gebu je tengok iPad 2 kaler putih-bersih-suci-murni, macam cik Cah juga. Ah, sudah! Jangan nak perasan lebih ye cik Cah! Nanti meluat orang yang membacanya. *Eh, baca juga ke?*


photo: http://www.dailycuteness.com/cute-baby-girl.html

Ini pun akan melibatkan inche suami terchenta. Tapi nehi kabhi nehi dapat yang mata biru. opkoslah, jangan nak perasanlah kalau dah keturunan Melayu-Jawa tu nak dapat yang rambut perang & mata biru. Hahahaha... Cuma kalau dapat yang bulu mata lentik macam inche suami terchenta pun dah syukur Alhamdulillah...

Setakat ni yang terpikir, dua ini ajelah dulu. Tak adalah wishlist sangat pun. Setakat 2 aje. Nanti-nanti kalau cik Cah ingat, cik Cah tambah je buat Wishlist Version 2.0-2012 pula.


Wednesday, December 21, 2011

Spring Cleaning


Hah, amek kau! Puas hati aku! Kaler putih bersih suci murni. Bukan apa, cik Cah rasa warna merah sebelum ni membuatkan cik Cah selalu aje nak marah-marah orang. Walaupun hakikatnya memanglah wajib orang tu dimarahi.

Stress mak tau!


credit photo: http://gallery.xemanhdep.com/2008/08/cute-cat-photos/


Tuesday, December 20, 2011

Skim Bodek Pegawai Atasan


Eh?

Opppss, sorry CikCah terlaser pula pepagi buta ni...

http://www.rightattitudes.com/2010/03/08/sucking-up-isnt-a-requirement-for-success/

Entahlah nak pilih opsyen yang mana? Sign memanglah sign, tapi opsyen tu kritikal.

CUEPACS kata jangan sign dulu sehingga 22 Disember 2011. Oklah, kalau takat 22 Disember tu oke lagi. Tapi kalau dah melangkau lebih dari 22 Disember, pengsan woo... Lagipun kami diberi tempoh sehingga 27 Disember ini aje.

Adoyaii, kita ni bila skim baru aje diperkenalkan cuma nampak ganjaran. Tang kesan jangka masa panjang tu tak terpikir langsung. Gaji, kenaikan pangkat, imbuhan dan lain-lain. Kena fikir juga tu sebab kita yang nak kerja, kita yang nak kena tanggung semuanya.

Aku pun sebenarnya ada beberapa arguments tentang skim baru tu. Bukan aku aje, ada tiga empat orang member aku pun sama. Tapi nak buat macam mana, kan? Kami cuma boleh discuss antara kami aje.

Apa pun we've to choose the best for ourself!



Sunday, December 18, 2011

Jom kahwin...

Bila tengok vclip proposal dena-ariff tu, aku rasa sangat sweet. Dan tetiba nostalgia dilamar beberapa tahun lepas pun terbayang-bayang kat mata.

Hahahaha...

Kelakar bila ingat-ingat balik. Inche suami bukanlah romantik mana pun. Walaupun dah hari-hari jumpa sebab masa tu dia kerja kat area Lembah Klang, dia tak pun cakap face to face. Ye, inche suami sangat pemalu bila bab hati dan perasaan.

Dia propose over the phone tapi bukan ayat-ayat jiwang ke atau will you marry me ke... Takut kena reject agaknya. Cesss... Cik Cah bukanlah kejam pun. Cuma notty aje ;) kalau dia propose depan-depan pun Cik Cah cuma main cak-cak je dengan dia. Tapi whatever it is, yang penting memang tak romantik, oke!

*Inche Boyfie: Sayang dah kerja berapa lama?
Cik Cha: Dekat setahun kot. Kenapa?
*Inche Boyfie: Duit simpanan dah ada kan?
Cik Cha: *Eh, tetiba tanya duit simpanan aku ni. Kenapa pula dah?* Ada r sikit.
*Inche Boyfie: Cukup tak kalau kita tunang bulan 5 ni?

*masa tu belum tunang, belum kawen*

Pehhh.. simple tak?

Friday, December 16, 2011

Tak Faham!

Aku tak tahulah sama ada kumpulan pengurusan & professional (P&P) ni faham ke tidak dengan perkataan 'ARAHAN'?

Dah terang-terang, minit kat surat dari big boss kena buat pameran Ino*vasi, tapi boleh gak dia bagi excuse, we don't have enough manpower. Pehhh, melampau siut! I could give the same reason if I want too. Tapi iyalah, kita ni kumpulan pelaksana aje. Nak tak nak terpaksalah laksanakan juga. Walaupun sememangnya tak cukup orang & terpaksa import dari bahagian lain.

Dengan kederat yang cuma beberapa orang, kami pun setting lah booth pameran tu menggunakan tema yang sama, cuma tak adalah bawa barang-barang inova*si. Sudahlah dengan tempat yang tak seberapa di bawah eskelator di hujung sudut, kami redha ajelah.

Esoknya, 3rd bos pun datang dgn 4th bos & tengok pameran tu & bagi memenuhi undangan majlis. So, bos no. 3 tengok pameran & tanya kenapa tak bawa barang ino*vasi? Aku cakaplah, 2nd bos memang dah minit untuk buat pameran in*ovasi. Tapi bahagian berkenaan cakap diorang tak cukup manpower. Then dia tanya, "You tak boleh bawa ke barang-barang tu?"

Pehhhh... Kalau aku dapat authorization dari bahagian tu, confirm lah aku bawa tanpa perlu disuruh. Tapi nak minta kerjasama dengan org bahagian berkenaan pun payah & banyak alasan tau tak?

Haihhh, buat pun salah, tak buat pun salah. Kalau tau, baik tak payah buat, baru betul kena marah, kan?


Monday, December 5, 2011

O Bajet!


Tengah kira bajet untuk travel atas urusan kerja. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau cukupkanlah rezekiMu yang Kau berikan kepada hambaMu ini... Aminnnnnnn!

KL - Kedah - Terengganu - Kelantan - KL


Wednesday, November 23, 2011

Otak Udang!



Aku tak fahamlah kenapa ada orang boleh cakap ikut sedap mulut tak pakai kepala otak. Dah terlebih pandai mungkin? Atau dia terlalu bodoh? Yelah, konon-konon bijak, tapi statement yang keluar dari mulut dia tak boleh pakai langsung. Nampak sangat bodoh.

"Harga ni bukan saya yang tentukan, si CikCahComel tu yang bincang harga dengan pembekal!"

Pehhhh, kalau keluar dari mulut staff bawahan seperti yang SBPA klasifikasikan sebagai Kumpulan Pelaksana, aku boleh gak terima. Tapi statement ini dikeluarkan oleh Kumpulan Pengurusan & Professional yang berpangkat Pengarah Bahagian/Negeri.

Logik akal r, pompuan! Level aku apa kalau nak bandingkan dengan kau? Aku ni cuma Kumpulan Pelaksana aje! Tak ada kuasa nak bincang atau tentukan harga atau buat keputusan sekali pun. Cuma PELAKSANA aje! Faham?

Hello, I still remember every single words that come from your bitchful mouth on that night. Nasib baik tak rakam aje. Kalau tidak, boleh jadi bukti kukuh, tau tak? Takkan kau tak ingat, kau cakap tak ada bajet, janji grand and the sky is my limit. Kau lupa ke?

Seriously, that is the first and last time we will collabrate. Kalau dapat peluang, diberikan sejuta ringgit pun, confirm aku tak nak kerjasama lagi dengan kau! You made every single (minor and major) decision without discussing with me nor the team and yet, you put the blame on me? Siap minta barang IKEA tu apa kes?

Oh, please... lain kali kalau nak buat statement macam tu sekali pun, pastikanlah your own back-up or alibi is much more stronger than mine! Aku bukanlah nka berlagak, tapi kalau bukan aku yang buat, tentu sahaja Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar, kan? Aku tak pernah pun minta satu sen pun dari pembekal yang deal dengan aku sebab aku nak cari duit halal supaya rumah aku tu sejuk, supaya makanan yang aku makan dapat berkat, supaya setiap apa yang aku lakukan dengan duit tu dapat keberkatan dari Allah SWT.

Mungkin kau dah banyak kali terlepas, tapi kali ni kau terperangkap dan cara yang paling mudah lepaskan diri, put the blame on others. So, akulah mangsa terdekat yang kau ada. Lagipun kau memang tak berapa suka dengan aku, kan? Heck, aku sikit pun tak heran dengan kaulah, pompuan! Aku bukan kaki bodek macam beberapa orang staff kau tu (lama atau baru), and as far as I'm concern, you've nothing to do with my LNPT!

Eh, pastu aku dengar, kau ada hati pula nak saman company yang dah buat kerja tu on the ground that company have humiliate you? Eh, eh, eh.. siapa yang malukan siapa ni? Aku pun boleh saman kau kan pompuan sebab kau pun malukan aku dan rosakkan reputation aku? Tak payahlah susah-susahkan diri kau tu, selama ni company tu memang performance dia tip-top dan ada good reputation. Tapi entah mana silapnya, bila masuk je projek kau, terus kau malukan company tu. So, do you think you will win?

Haiihhh... susah betullah kalau kerja dengan Kumpulan-Pengurusan-Professional-Otak-Udang ni!


Harimau Muda

‎"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.

"We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done."

- Ketua Jurulatih Skuad Olimpik Malaysia, Ong Kim Swee.

Sumber dari News Straits Times 22/11/11


Tuesday, November 22, 2011

SBPA

Tadi dapat emel berkenaan SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) tapi bukan secara keseluruhan. Just a small portion.

Aku agak setuju jugalah dengan clause tersebut. Kenalpasti pegawai atasan dan anak buahnya disetiap peringkat. Untuk apa? Iyalah, kalau anak buah bermasalah dan pegawai atasan tidak mengambil tindakan, kedua-duanya boleh dikenakan tindakan.

Sebagai contoh ye, kalau pemandu bermasalah dan ketua kerani (CC) tak ambil tindakan, kedua-duanya akan dikenakan tindakan. Kalau CC bermalasah, EO kena ambil tindakan, kalau tak dua-dua kena. Macam itulah dan seterusnya!

Oke, itu aku faham, kalau bermasalah.

Hmm, macam mana pula kalau good performance. Adakah sistem yang sama digunakan? Hehehehehe... Bermakna kalau performance anak buah cemerlang, adakah pegawainya turut dapat imbuhan?




Wednesday, November 16, 2011

Sikit nak merajuk...

Kau letak piagam pelanggan kat tepi dinding jalan masuk pejabat depan pintu bilik mesyuarat, ada ke pelanggan kau nak tengok kat situ? Ruang tamu tu punyalah luas dindingnya, kat hujung tu juga kau letak.

Bila aku tegur & bagitahu, dia (orang tua) merajuk. Terus tinggalkan tempat tu dan balik tempat dia.

Ok. Fine!

Aku buat sendiri.

Grrr.... salah ke kalau aku tegur untuk betulkan kesalahan?

Thursday, November 10, 2011

Tentang Dhia

Tentang Dhia is currently trending in twitter among Malaysian.

Ada orang kata sebab Nora Danish pakai tudung, nampak comel. Yang lain pula kata sebab kemunculan Ako Mustafa, hero yang kembali semula ke slot prime time selepas beberapa tahun. Ada juga kata sebab tajuknya sama dengan novel Tentang... Dhiya oleh Syud (refer: Jemari Seni).

Even there's a few blog/website yang aku jelajahi pun confused about this matter sebab ada yang kata the drama (Tentang Dhia) is adopted from novel. Oke, kalau betul, which novel? Nyatakan.


Aku harap drama tu; walau ejaannya berbeza, tetapi sebutannya tetap sama; walau awalnya berbeza, janganlah ada persamaan dengan novel tersebut sebab itu dah kira ciplak.

Respect others intellectual property!


Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H

Ye, aku tahu dah lambat nak wish. Tapi aku nak wish juga. Eh, aku punya pasallah. Lambat ke cepat ke, janji aku wish juga, kan? Hehehehe...

Standard lah kalau raya haji ni ramai yang buat ibadah korban dan kenduri. Bukan seorang dua, tapi ramai. Beratus, beribu, berjuta umat Islam yang berkemampuan di seluruh dunia yang melakukannya. So, tahniah kepada anda dan mereka semua yang melakukannya dengan penuh keikhlasan. Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Cuma aku nak cakap sikit (ok, intonasi dah mula tak best ni).

Orang bandar yang buat ibadah korban kat kampung ni bagus. Iyalah, at least dia tak lupa pada kampung yang telah mendewasakan dia, sedekah pada orang-orang tua kampung, orang-orang yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim dan lain-lain yang tergolong dalam 7 golongan itulah.

Tapi, tapi... (mula dah)

Biasanya kalau orang bandar ni buat kat kampung, selalunya depa buatlah kat rumah adik beradik yang masih duduk kat kampung, mak sedara, pak sedara, atuk, nenek dan entah siapa-siapa lagilah selagi ada pertalian saudaralah, kan? Iyalah, dah lama sangat berhijrah ke bandar, jadi dah tak adalah rumah kat kampung tu. Kalau ada pun tanah kebun aje. Rumahnya tak ada.

Jadinya nak dipendekkan cerita yang dah panjang berjela ni. Kalau tahu buat kat rumah orang, janganlah mengungkit. Contohnya begini:

"Laa, kan aku dah kata tinggalkan bahagian daging untuk sedara aku dari Amerika esok nak balik sini semata-mata nak amek daging korban ni, lepas tu dia fly balik Amerika."

atau begini:

"Yang kau bagi semua kat orang kampung tu kenapa? Bahagian tu aku simpan untuk adik angkat aku yang kat Kutub Selatan tu!"

atau yang begini:

"La, dah habis dagingnya? Kesianlah jiran aku yang baru balik dari Somalia tu kempunan nak makan daging korban."

Atau... dah dah, cukuplah 3 contoh tu. Dah sampai kot maksud aku. Kesimpulannya, kalau dah niat nak buat ibadah korban tu, ikhlaskanlah hati. Kalau nak simpan untuk sedara-mara, jiran tetangga atau adik-kakak-abang angkat, bagitaulah awal-awal. Tak payah dah habis kenduri baru nak bising.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!

Wednesday, November 2, 2011

Yes!

My tactic works. Walaupun lambat, at least, it works well.

Ingat tak entry pasal claim hari tu? Huhuhuhuh, ALHAMDULILLAH. Dah dapat pun semalam lewat petang. So tak jadilah nak kasi surat/kad merah pada diorang. Kalau aku buat juga semalam, memang catat rekod r kan?

Dahlah aku ni femes *gedik-gedik diva sikit* kat opis ni. Kalau kasi kad/surat merah kat diorang semalam, mahu masuk news yang lebih terkini, panas dan sensasi kat pejabat ni. Silap-silap dapat wall of fame lagi. Hahahahaha...

Bengong!

Oh, yang lagi best tu. Daripada amount RM5++ yang diorang maklumkan tempoh hari, tetiba tengok akaun dapat RM650.++ Pehhh, hebat tak hebat ayat saiko aku tu? Bukan nak riak, tapi aku tuntut aku punya hak aje. Itu pun dia tolak almost RM2++ gak lah.

Anyway, thank you!

Tuesday, November 1, 2011

Pending

Claim for September 2011 still pending. Aku tak tahu apa masalahnya. Hari ini dah 1 November 2011. Hmm, nak tunggu sampai 2012 ke baru nak selesai? Dem.

Buat claim salah, kena potong, kena surat kaler merah. Warning. Tapi boleh tak kalau aku nak kasi surat merah kat diorang sebab claim bulan September masih juga tak dapat-dapat hingga hari ini?

Fikirlah orang sikit. Sudahlah dari RM860 kena potong sampai RM5++. Pastu nak pending lagi. What the hell! Wei, dengan duit itulah aku nak buat bayaran tambahan untuk ansuran rumah aku, faham tak?

Ahh, sakit hati!

Saturday, October 29, 2011

10timesion

It's 10 times tension.

Memang patut pun sebab tuan punya kerja langsung tak amek tau pasal kerja dia and the teams pula yang TERpaksa selesaikannya. Sangat sakit hati.

Monday, October 24, 2011

Claim


To the person who cut my claims:

I, sincerely with all my heart
surrender my work/task for you to run
so I do not need to stay up and
driving alone late at night.

Thank you.

Wednesday, September 28, 2011

Berhenti ajelah!

Aku bukan nak mengumpat. Tapi nak meluahkan rasa tak puas hati.

Sungguh aku tak faham kenapa susah sangat nak ambil tindakan ke atas pegawai yang tidak hadir bekerja, mencuri waktu kerja dan buat pejabat tu ikut suka hati dia aje.

Hari-hari dia masuk kerja jam 8 pagi, makan-minum, pukul 9 baru mula kerja. Kemudiannya jam 12 tengah hari dah hilang entah ke mana, jam 5 petang pun belum tentu nampak muka.

Itu satu hal.

Hal-hal lain ni pula lagi best, minggu pertama Ramadhan, 3 hari je dia datang kerja. Masuk minggu ke-dua Ramadhan, kurang sikit rajinnya, cuma 2 hari aje nampak muka. Minggu ke-tiga bulan Ramadhan, lagi best alasannya, sakit pinggang sebab pindah rumah sampai seminggu tak pernah nampak muka. Penghujung minggu Ramadhan tu, cuma sehari je dia masuk pejabat.

Ingatkan lepas raya tu berubahlah, rupanya sama aje, orang naik kerja 7 Syawal, dia 9 Syawal baru nampak muka. Orang lain sibuk-sibuk pindah, dia pun kata dia nak pindah rumah, tak boleh nak buat overtime. Owh, habis tu yang masa minggu ke-tiga Ramadhan yang sampai sakit pinggang tak boleh bangun atas alasan pindah rumah tu, apa ke bendanya? Berapa kali dalam tempoh kurang sebulan nak pindah rumah?

Kerja dia? Tak usah cakaplah. Kerja aku, aku yang buat. Kerja dia pun, aku buat. Cuba kalau gaji dia pun aku dapat, kan bagus!

Kalau dah rasa tak mahu kerja, berhenti ajelah. Jangan menyusahkan orang lain. Jangan tambah dosa sendiri bagi makan anak-bini dan orang tua dengan rezeki yang tak tahu statusnya halal dan haramnya.




Thursday, August 4, 2011

4 Ramadhan 1432H


Semoga setiap amalan kita mendapat keredhaanNya
dan dijauhi dari api neraka.


Wednesday, August 3, 2011

3 Ramadhan 1432H


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita
dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kita.


Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan 1432H


Semoga Allah memadamkan setiap
hasad dengki yang beraja di hati kita semua.


Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H


Semoga Allah selamatkan maruah kamu yang suka
menjatuhkan reputasi orang lain...


Monday, July 25, 2011

Letih!

Dah penghujung Julai 2011. Bulan depan dah masuk bulan Ramadhan. Tiga puluh hari kemudian, Syawal pula menjelang.

Adoi, kerja macam ni juga. Tak pernah habis. Seriously, aku dah mula bosan dengan kerja aku, dengan suasana kat sini. Boleh? Sekarang ni pergi kerja semata-mata untuk paycheck. Kalau tak, rasanya dah lama aku blah dari sini.

Suasana kat pejabat ni dah tak macam dulu. Or, that just me feeling that way? Entahlah. New faces doesn't encouraged me at all. Lagi mematahkan semangat ada lah.

Ada beberapa perkara yang betul-betul membuatkan aku rasa macam give-up dengan kerja sekarang. My own boss, ok. Tapi bos-bos sekeliling ni, ada yang macam s-i-a-l. Sengaja mencari salah dan memperbesarkan isu yang tak sepatutnya. Kadang-kadang aku pun tak faham, apa yang dia dapat dengan sikap begitu.

Is there any award if you act like that? Kalau kau nak lobi naik pangkat pun, bukan dengan cara tu. Orang keliling tak kan respect dengan sikap kau yang kebudak-budakkan.

Act wisely lah supaya sepadan dengan pangkat, jawatan dan pendidikan kau tu!


Sunday, July 24, 2011

Perlis, again!

Another week in Perlis.

Sampai Penang, berhenti makan Nasi Kandar. Layan pakcik abang pilot yang tetiba gian nasi kandar. Aku and the gang, orait aje.

Sampai Perlis around 9 or 10 pm. Gila penat pinggang gua! Terasa macam orang tua pula. Ini semua gara-gara golf.

Cesss...

Saturday, July 23, 2011

Golf!


Sakit bahu dan belakang semuanya golf punya pasal!

Tidurlah... penat.
Esok nak pergi Perlis pula...

Thursday, July 7, 2011

Hidup Umpama Roda!

Orang kata, hidup ini umpama roda. Tapi jangan lupa, firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra'd ayat 11.

Pegang dan pilihlah di mana kau mahu berada pada roda tersebut. Kalau kau mahu terus berada di atas, usaha! Tapi jangan sampai menggadai maruah diri dan orang lain.

Saturday, July 2, 2011

Nasihat (i)


Biar bodoh tapi masih boleh di ajar.
Jangan sombong tak boleh di tegur!


Friday, July 1, 2011

Portrait (i)

I don't why but I like to take face & expression photo.
Below are samples of my work.

I named this photo as 'Peniaga Cilik' or simple translation in English is 'Little Trader'. This photo was taken during my honeymoon trip in Bali, Indonesia. It is a common view to see this little trader in Bali, Indonesia as can find them almost everywhere trying to sell their craft product.

They (kids) seems happy and enjoy their life despite of their hard life.



My husband's nephew, Nur Adria Karina. Photo taken during 'Majlis Cukur Jambul' or as simple as Shaving For Babies Ceremony.


Thursday, June 30, 2011

Sendiri mau ingat

Aku tahu kau syok buat 'kerja' tu. Apa tak naknya, poket pun masyukkkk, kan? Baguslah, bagi anak bini kau makan 'duit' cenggitu.

Duit punya pasal, sampai gelap mata.

Sekali dua kau buat, bolehlah lepas. Masuk tiga-empat kali, sendiri mau ingatlah. Pelanduk selalu lupa diri bila nampak pucuk muda sampai boleh lupakan jerat. Tapi jerat tak pernah pun lupakan pelanduk.


Wednesday, June 29, 2011

Duit oh Duit!

Masuk macam siput.
Keluar macam air.
Kejap je dah habis.
Tak dan rasa panas kat tangan.
Tau-tau dah tak ada.

Kalaulah sekali masuk tu, masyukkk...
Bagus juga.
Ini tidak, banyak tu jelah.
Tahan setahun.
Kalau bertahun-tahun gaji banyak tu aje...
Mampus berak cair le jawabnya...

Adoi, duit o duit.
Macam mana nak bagi ko beranak pinak?

Tuesday, June 21, 2011

Tak boleh blah!

Seriously!
They didn't know that Red Velvet Cupcakes is in trend!
Oh, c'mon man!

Monday, June 20, 2011

Need new environment

Working in a less multicultural department somehow make me realize that my world become smaller each day. Ya, hanya berkisar-kisar tentang itu, di situ. I don't have friends to share my favorite tv series such as Grey's Anatomy, White Collar, Lie To Me, Bones, Desperate Housewives, Covert Affairs, Private Practice, etc, etc, etc. Their world is basically focusing on national television & series.

Maaf. Aku bukan kutuk atau berniat untuk mengutuk rancangan televisyen di Malaysia yang banyak menayangkan kisah hantu, cari hantu, buru hantu, kena kejar hantu, hantu, hantu, hantu dan hantu. Bosan!

Atau paling tidak Sinetron dari seberang. Dah lah keluar pergi mana pun asyik nampak muka Indon je kat Malaysia ni. Nak juga tengok sinetron yang anti-klimaks tu. Penat!

Life is not about hantu (ghost) or sinetron at all.

Kalau ada pun yang boleh aku cerita dengan mereka cuma Maharaja Lawak, Nora Elena (eh, rindu r kat abang Seth Tan) itu pun terjebak sebab adaptasi dari novel.

Haiyoooo... nasib baiklah ada kawan-kawan luar yang sekepala boleh layan tv series yang aku minat.



Friday, June 17, 2011

LAW OF CONTINUITY (I)


"Ada pegawai yang dengki dengan anak buah yang pandai bekerja sebab takut tersingkir"

Tuesday, June 14, 2011

My Playground, My Rules!

This is my playground and I control my own rules. If you trying to play hanky-panky with me, please... don't bother to come & play my game!

Monday, June 13, 2011

Ada orang makan cili

Bila aku post entry Integriti tu dalam note's Facebook, ada orang melenting tak tentu pasal. Siap cakap nak samanlah, tuduh tanpa buktilah, itulah, inilah. Tapi ada ke aku mention nama siapa-siapa dalam entry tu?

Kwang-kwang-kwang....

By the way, entry dalam FB adalah tanpa perenggan paling bawah.

Tuesday, June 7, 2011

Tak patut betullah!

Gila babeng betullah. Ada ke patut ASTRO nak naikkan monthly charges. Dahlah membebankan pengguna pada 6% on govt. tax. Bongok betul!

Well, this is my personal view on why ASTRO shouldn't increase their monthly charges:

1. Govt. Service Tax
Apabila di tanya, kenapa mesti bebankan pengguna di atas GST? Jawapannya, tanyalah kerajaan. Adoyaiii, habis tu yang kami bayar bulan-bulan atas servis korang tu, pandai-pandailah bayar pada gomen. Korang yang bekalkan servis, koranglah bayar. Dah untung nak lagi untung.

Alahai, kalau ASTRO bayar 3% dan consumer pun dikenakan 3% (profit sharing), aku rasa pengguna tak adalah bising sangat kot. Korang (ASTRO) ni kan, nama je company gergasi (hikss, nak enterprem gak r!), tapi strategy hancussss! Pergi belajar balik marketing strategy atau buka balik kitab ekonomi.

2. Signal Macam Haram!
Ini lagi satu yang buat pengguna temper. Hujan tak dak, baru sat angin kencang, siaran pun cam biskut. Do somethinglah. Tak kanlah engineer korang yang berlambak tu tak jumpa solution lagi? Itulah gomen galakkan budaya inovasi, hang pa tak mau ikut. Tang tax tu hang ikut pulak...

Aku rasa korang patut pakai motto nilah... Improve your services first; increase charges later!

3. Cerita Ulangan
Tayang cerita berulang-ulang kali, 7 kali seminggu. Boleh buat orang muntah hijau tengok cerita yang sama selama seminggu. Kekadang tu minggu depan pun ada lagi cerita yang sama. Bukan tak boleh, tapi berpada-padalah.

Siapa yang keluar duit tak mahu untungkan? Kalau dah hari-hari keluar cerita yang sama, tension tau! Macam mana produktiviti nak bertambah?

4. Tak Guna Wujudkan Siaran Baru
Kebanyakkan siaran baru yang diwujudkan adalah untuk mengulang cerita yang sama dan lama. Rujuk #3.

5. Iklan.
Walaupun siaran tv berbayar, tapi pengguna kena tengok iklan. Wei, baper kali korang nak lipat untung ni? Pengguna kena charge, iklan pun korang collect bayaran.

Aku selalu tengok kat certain kedai ada badge 'Kedai Harga Patut'. Dan aku rasa dah sampai masanya Kerajaan perkenalkan badge 'Harga Melampau' atau 'Mahal Giler' atau 'Suka-suka naikkan harga' pada syarikat-syarikat yang terbabit dalam kenaikan harga melampau ni.

Amacam?

Sunday, June 5, 2011

Integriti

Integriti adalah apabila anda tetap mematuhi peraturan walaupun pada ketika tiada siapa yang melihat.

Itu adalah definisi mudah. Simple definition but yet hard to follow by many of us.

Apa perasaan anda, apabila seorang yang lebih berpangkat sedikit dari anda di dalam sesebuah organisasi cuba mencerobohi laptop milik anda? Tidak kiralah sama ada dia sendiri yang cuba untuk menceroboh atau dia menyuruh orang lain untuk melakukannya. Sedangkan dia tahu laptop itu adalah milik peribadi dan bukannya hak milik organisasi tersebut.

Marah? Kecewa? Sakit hati? Dendam?

Apa hak dia untuk menceroboh laptop peribadi tersebut? Apa yang dia mahu dari laptop tersebut?

Patutkah dia berbuat demikian? Perlukah perbuatannya dilaporkan ke peringkat lebih tinggi? Atau perlukah perkara ini melibatkan undang-undang? Apakah kapasiti perundangan di dalam hal ini? Perlukah kami mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang dia dari terus memfitnah kami?

We (me & hubby) knows he (the devilish boss) need something (an important information/system) from that laptop. A new system that my husband develop and refuse to give him a copy. Tapi apa hak dia? It is my my husband's intellectual property. Jadi, perlukah suami saya berkongsi dengan seseorang yang hanya tahu mengambil kesempatan?

Kamu tak pernah dengarkah peribahasa orang putih, once bitten, twice shy? Maksudnya, sekali terkena, selamanya beringat!

I know and my husband knows that he didn't have any legitimate/appropriate education background on System Analysis or Computer Science (Software Engineering). Tapi tak cukupkah bukti dan usaha dia selama ini bahawa dia mampu membangunkan satu sistem started from zero yang memudahkan urusan? Is there a restriction on someone from English Literature (TOEFL) and Business Administration background to create an analytical system? Kalau ada, beritahu kami undang-undang mana yang menghalangnya?

Dan apabila dia tidak berjaya menceroboh laptop tersebut untuk mendapatkan maklumat yang dimahukannya, dia menggunakan helah lama. Memburukkan reputasi suami saya kepada orang yang in the higher position. As usual. Itu sahajalah usahanya. Itu sahajalah cara yang dia tahu kerana fitnah itu lebih mudah keluar dari mulut seorang yang cetek akal fikirannya.

Duit jadi mainannya. Menabur fitnah bahawa kononnya suami saya lebih mementingkan wang ringgit berbanding segala-galanya. Saya ada soalan kepada si penabur fitnah, pernahkah suami saya menuntut sesuatu yang bukannya haknya selama ini sedangkan tuntutan yang dibolehkan pun ditolak? Jadi kenapa tiba-tiba soal wang ringgit jadi permainan? Kamu mahu berkongsi untungkah?

Selepas ini apa pula fitnah yang cuba ditaburnya?

Kelulusan sudah. Duit juga sudah. Keikhlasan? Juga sudah dimainkan isu tersebut.

Oh, dari mana suami saya tahu laptopnya cuba dicerobohi? Senang aje, laptop suami saya boleh diakses dengan 3 cara sahaja. Satu, password. Kedua, finger print. Ketiga, face detection. Disebabkan ketika kejadian, suami saya tiada di tempatnya, maka cara kedua dan ketiga digugurkan secara automatik. Yup, he try to access my husband's laptop using a password. Sekiranya dia memasukkan kata laluan yang salah berkali-kali, secara automatik laptop tersebut akan jadi perlahan (slow loading) apabila di akses kemudiannya oleh suami saya. Untuk ianya beroperasi semua pada kapasiti kelajuan asal, laptop tersebut perlu diformat semula.

Untuk orang tersebut, fikirlah sebelum bertindak. Timbangkan baik buruknya tindakan tersebut dari sudut agama, perundangan dan integriti. Ingatlah, orang memandang tinggi kerana kedudukan & pangkat kamu. Tapi tindakan kamu itu adalah sesuatu yang diluar batasan & tidak boleh dimaafkan.

Kalau suami saya mahu kaya, sudah lama dia terima tawaran dari pihak lawan. Tak perlulah dia bersabar menanti janji-janji yang kelihatannya amat sukar untuk ditepati sehingga hari ini. Ada sahaja dolak-dalik dan alasan yang adakalanya tak masuk dek akal diberikan oleh kamu.

Kalau kamu tidak suka, cakap sahaja. Mudah. Senang. Jimat. Mudah kerana tidak perlu cari alasan. Senang kerana tidak perlu dia menunggu. Jimat pahala kamu kerana tidak perlu menipu dan membohong. Jadinya masing-masing boleh teruskan hidup.

Kamu boleh teruskan melatih orang baru dari zero sepertimana dia mulakan usahanya dahulu. Takkan kamu lupa bagaimana susahnya dia untuk mencipta sistem tersebut? Ketika itu tidak ada sesiapa membantu. Ketika itu tidak ada sesiapa yang memberi tunjuk ajar. Ketika itu tidak ada sesiapa yang sanggup menolong.

Dan dia boleh teruskan urusan seperti sebelumnya mengenali kamu. Mudahkan?

Betullah kiasan orang dahulu;

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.

Dah lama sangat bercakap bohong dengan orang keliling, tiba masanya dia cuba pula mencuri hak orang. To that particular man, ZMatZ... try harder next time!

Thursday, May 26, 2011

Bakat.

Ramai kata aku ada bakat menulis. Did I?

Entahlah. Kadang-kadang berangan juga alangkah bagusnya kalau aku ada sebuah buku atau novel yang tertera namaku sebagai penulisnya.Tentu seronokkan? Ada peminat berkerumun keliling meja setiap kali Pesta Buku di anjurkan. Hmm, boleh juga autograph buku yang ditulis. Itu pun kalau buku tu jadi bestseller. Kalau tidak...

Harapan ajelah!

Bohonglah kalau aku kata yang aku tak pernah cuba untuk menulis novel. Pernah. Banyak kali. Tapi setiap kali itulah aku tidak pernah menemui penghujungnya. Aku takut. Bimbang. Risau. Kalau-kalau penghujung kisah itu tidak seperti yang diharapkan atau kata orang tidak ada umph!

Tapi, kata orang jadi penulis tidak boleh takut. Tidak boleh bimbang. Tidak boleh risau. Akan pendapat orang. Akan penerimaan orang. Kerana kita kena ingat, pendapat dan penerimaan orang ini ibarat syiling yang punya dua sisi berlainan. Kalau ada orang suka, mesti akan ada orang benci. Kalau ada yang memuji, pasti akan ada yang mengeji.

Baik mana pun hasilnya. Bagus mana pun kandungannya. Indah nian pun bahasanya. Citarasa manusia tidak pernah sama.

Ok. Kalau macam tu, malam ini juga aku siapkan manuskrip yang tidak berpenghujung itu!



MODE: Berangan sakan.

Monday, May 23, 2011

Sibu, here I come!

Safely arrived at Sibu Airport on 8.40 a.m.



Monday, May 16, 2011

Nostalgia Hari Guru - Cikgu Mazlan

Waktu sekolah rendah dulu, aku ada seorang guru muzik yang sangat baik hati. Nama cikgu tu cikgu Mazlan. Sayangnya, aku tak ingat nama penuh dia.

Cikgu Mazlan ni kurus, tinggi, berkulit cerah. Rambut dia kerinting, tapi sentiasa pendek dan kemas. Aku agak kalau dia biarkan rambutnya panjang, mungkin rupa dia seperti Manan Ngah (Penulis Lirik/Lagu/Komposer) tu. Sampaikan satu ketika (bila dah besar sikit dan kenal siapa itu Manan Ngah), aku terfikir entah-entah cikgu Mazlan ni sebenarnya Manan Ngah kot. Atau mungkin diorang ni ada bau-bau bacang.

Entahlah. Teori itu tidak dapat dipastikan pula.

Cikgu Mazlan berpindah ke sekolah lain ketika kami menginjak ke darjah 4 dan diganti dengan cikgu Nancy yang comel dan sentiasa bergaya. Cikgu Nancy ni walaupun bukan berketurunan Melayu tapi bahasa Melayunya sangat lancar dan penggunaan bahasanya pun tepat.

Tapi aku bukan nak cerita pasal cikgu Nancy. Aku nak cerita pasal cikgu Mazlan.

Apa yang membuatkan aku ingat dan suka sangat pasal cikgu Mazlan ni? Hmm, sebab aku ingat lagi dia dukung aku keliling kelas masa dalam kelas muzik. Hahahaha, comelkan? Yelah, tak dinafikan aku ni agak nakal juga. Masa kelas muzik, setiap kali cikgu Mazlan petik jejari muzik pada papan piano, aku pun turut sama duduk sebelah dia menekan-nekan jejari muzik tersebut. Tapi bukan mengikut seperti yang cikgu Mazlan tu main, aku tekan ikut suka. Jadi sumbang-mambanglah lagu yang cikgu Mazlan tu main.

Juga, setiap kali cikgu Mazlan mengajar di depan dan mengarahkan kami menyalin nota-nota muzik tersebut, setiap kali itulah sebaik selesai aje aku menyalin nota-nota tersebut, aku akan duduk di depan piano tu dan mula menekan-nekan jejari muzik pada papan piano ikut suka dan sedap pada pendengaran telingaku. Maka setiap kali itulah cikgu Mazlan akan datang ke tempat piano tu dan menunjukkan cara yang betul kepadaku.

Bear in mind, aku tak pandai langsung main piano. Berangan nak jadi pemain piano tu selalulah. Hehehe...

Satu hari tu, cikgu Mazlan suruh kami nyanyi (tak ingat lagu apa) dan di iringi dengan petikan pianonya, aku pun mulalah mengikut cikgu Mazlan tu berjalan ke tempat pianonya. Entah, mungkin dia geram dengan tindakanku, dia terus dukung dan mengangkatku di bahunya lantas membawa aku keliling kelas muzik tersebut. Boleh dikatakan semua rakan sekelas yang sedang menyanyi ketika itu menyaksikan peristiwa tersebut bersorak dan bertepuk tangan. Adoyaiii, merah-padam muka aku menahan malu! Nasib baiklah masa tu saiz badan aku tak besar macam sekarang ni. Mampulah dia nak dukung keliling kelas tiga-empat kali pun.

Tapi itulah antara kenangan yang masih kekal terpahat di ingatanku. Kat mana agaknya cikgu Mazlan hari ni? Kalaulah aku jumpa dia dan ceritakan mengenai perkara ini, terkejut agaknya dia tengok saiz aku sekarang ni. Hahahaha...



p/s: Dulu-dulu, aku ni comel, kurus dan tinggi. Sekarang ni comel, besar dan gebu!

Tuesday, May 10, 2011

Extra Charges For Check In at Counter

Yes fellow friends...

Starting next month, Air*Asia will be impose an extra charges of RM10 for late check-in (less than 1 hour; at counter). Seriously.

Gila. Semua mahu caj. Lepas ni agaknya, nak guna toilet dlm flight Air*Asia pun kena caj. Paling-paling tidak pun RM5 sebab kat udara. Kan?

Eh, agak-agak boleh guna alasan ni tak untuk naik gaji? Hahahahahah...

Wednesday, May 4, 2011

Angry Bird

People were asking, why I like to play Angry Bird. And this is why...

*pictures : www.letmedefine.com

Look at the subject. The green color subject.
Whenever I can't hit them, I could use BABI without any guilt.

Monday, April 18, 2011

Us


He hates most of the food that I love.
:)

Friday, April 15, 2011

Roti Goreng

Yummmehhhh!

Tuesday, April 12, 2011

Ikan Patin RM13K

Barangkali ini mungkin dialog yang berlaku ketika terima bil tersebut:
  1. "Err, bos kad kredit boleh ka?"
  2. "Bos, kalau kad kredit tak boleh. Ansuran bulanan tanpa interest boleh ka?"
  3. "Cek terima tak bos?"
  4. "Celaka! Kau jual emas ke buka restoren ni?"

-------

Ok. First of all, aku tak terkejut harga ikan patin harga sebegitu rupa. As it has been in the news for few times because of the unbelievable charges by the seller.

Tapi, korang pernah makan tak sepotong ikan PARI (panjang: 4 inci; lebar: 2 inci; tebal; 1.5 inci) masak asam pedas harga RM95?

Gila? Nope, this is reality. My mum pesan kat kawan dia minta tolong belikan sebab dah teringin & she come back with the bil of RM95. And FYI, restoren tu milik sedara-mara kawan dia tu. Entah-entah bil tu harga dia mentekedarah kat restoren tu and ask my mum to pay.

Dua kali gak my mum tanya, betul ke resit ni and she say yes. GILA! Sumpah seranah dalam hati je lah.

If I was at my mum place, confirm tak bayar dah.

Monday, April 11, 2011

You Design We Made

Yes. That's the motto.
While this is our new product for you to peek & pick.


It's a mini-girly-bag!
Each one of it, is custom-made for our customer.
Why custom-made?
Well, it is horrified enough to share the same design bag, right?
So, this is a chance for you to design a bag that meet your requirement and purposes.
Then ask us to make it for you!
All are at reasonable price.

For further information please do contact MY Chookies Shop
We are home-based bussiness in Seri Kembangan, near Jusco Taman Equine / Pasar Borong Selangor / Putrajaya / Universiti Putra Malaysia (UPM) / Puchong / McDonald Taman Equine / KFC Taman Equine / Giant Bandar Putra Permai

Remember!
YOU DESIGN WE MADE!!!

Sunday, April 10, 2011

Mr. Roni The White Cat



Handsome boy, right?
Meow.. Meow....

Saturday, April 9, 2011

Sindrom (I)

Entahlah, kadang-kadang aku berharap sangat yang aku ni bukan tergolong dalam kumpulan yang gila gadjet atau terlalu bergantung dengan teknologi.

Atau paling tidak, letaklah aku kat remote area dalam Malaysia ni supaya aku tak terbuka sangat dengan dunia luar yang terlalu pantas bergerak.

Benci.

Sindrom Duit Gaji Tak Cukup!

Thursday, April 7, 2011

Cukup ke?

Dulu-dulu masa zaman naif. Aku ingat, gaji RM2.5k tu dah cukup. Siyes ok. Rasa dah macam banyak gila kalau dapat gaji banyak tu.

Tapi, bila dah mula kerja. Dah pandai nak macam-macam. Dah pandai tengok macam-macam. Dah pandai beli macam-macam. Hmm, RM2.5k tu boleh habis sekelip mata aje.

Iyalah. Dunia sekarang ni dipenuhi dengan gadjet dan macam-macam benda yang buat kita rasa ketinggalan kalau tak ada.

Hmm, hari-hari keluar dalam suratkhabar & tv, promosi itu dan ini. Internet lagilah jahat. Banyak sangat dah web/blog shopping online sekarang ni. Maklumlah dunia dihujung jari.

Tuesday, April 5, 2011

Bulu Mata Palsu.

Pendapat temanlah. Sesiapa yang mampu pakai bulu mata palsu semata-mata nak cantik masa pergi kerja ni, gigih orangnya.

Huh, apahal plak? Kome pernah pakai bulu mata palsu tak? Hah, kalau tak pernah. Teman galakkkan kome mcuba.

Time tu baru kome tau langit tu tinggi rendah. Eh, silap. Time tu r baru kome tau mata kome tu straight ke senget ke tinggi sebelah ke besar sebelah ke? Silap-silap haribulan, boleh juling biji mata.

Gila kau! Kalau kome tak pandai balance.... confirm! Tak sampai 5 minit kome pakai, dah jatuh berciciran. Siyes ni wei. Gelak plak.

Teman dah kena tau. Time majlis kawen. Sudahlah teman ni tak pandai make-up. Depa dok tempek sana, tonyoh sini, kaler situ, tampal sinun. Last-last, hah, amek kau! Tak sampai 5 minit majlis akad nikah nak mula.

Ferrr.... Dia gugur daaaaaa.... Kelam-kabut mak andam teman membetulkannya.

"Gam, gam... Cepat!" Dia jerit kat assistant.

"Budak ni, kamu pakai gam Gajah pun tak lekat. Tak boleh dok diam..." Eh, datang satu suara plak mencelah.

Habis tu, teman dan kabor, teman tak pandai pakai bulu mata palsu ni. Dia tak mau percaya *Percayalahhhh...*

Hikhikhikhikhikhikhikhikhik....

Monday, April 4, 2011

Usop Wilcha

Memang tak sangka dengan kemunculan Usop Wilcha.
Sangat menggamatkan suasana.
Aku yang dah hampir tertidur pun.
Boleh terang mata tengok kemunculan Usop Wilcha.

Ok, team ABPBH, you'all rocks!
Gimik menjadi.

Hmm...
Aku rasa lepas ni mesti AF9 pun gunakan gimik yang sama.
Yelah, rugi woo kalau tak guna gimik Usop Wilcha.
Maklumle, Usop Wilcha kan bekas penari kebudayaan.
Banyak kali buat persembahan kat oversea.
Hehehehe...

Abang Usop, you simply the best!!!

Sunday, April 3, 2011

Panas.


Hati tengah panas.
Consider yourself lucky if I ever answer a call right now!

Ketabahan kamu.

Kak,
Aku kagum.
Ketabahan kamu menerima segalanya.
Ketentuan Illahi yang memisahkan kalian berdua.

Kak,
Tiada kata yang boleh meredakan gelodak hatimu.
Tiada pujukan yang boleh meredakan rindumu.
Tiada bicara yang kurasakan sesuai untuk kamu.

Kuatlah. Sabarlah.
UjianNya hanya untuk kamu yang mampu bertahan.

Wednesday, March 30, 2011

So stupid to think you really want to help...


If I have a gun, I shoot you sharply on your chest through your heart, you dumb-ass!
And stop appear in front of me with your not-so-sweet-face and not-so-sweet-talk!



Monday, March 28, 2011

Bumps.

"Politic is some sort of dangerous adventure." As one of my beloved friend said to me when I ask about something terrible that happen to my hubby beberapa minggu kebelakangan ini.

Ya. Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Terlalu banyak. Each one of it beri kesan terhadap perjalanan hidup kami (me & hubby); mengubah persepsi terhadap orang-orang yang berada di sekeliling kami.

Along that, I've lost trust & respect towards certain people. Orang kita ingatkan selama ini yang menyokong dan ingin membantu. But, apparently his intention was... to used others as his stepping stones.

Betul-betul tak sangka!

Sampaikan aku rasa sangat bersalah terhadap my husband. Iyalah, if it is not me who ask him to help, tentu dia bahagia kat tempat lama dia. Tentu perkara-perkara seperti sekarang ini tidak berlaku. For sure we don't have to face this kind of problem; masalah yang telah memburukkan reputasi dan kredebiliti dia.

I didn't foresee that. Or maybe, I just couldn't believe what others has told me until it really happened to us. And it happened.

Lesson learned. Pengajaran yang telah merobek reputasi, kredibiliti dan maruah dia. Pengajaran yang telah mengkucar-kacirkan perjalanan hidup kami. Pengajaran yang telah mengganggu-gugat emosi kami. No, it is not about third party in our lovely-marriage life. Sumpah. Lillahi-Ta'ala.

Ianya berkenaan sesuatu yang tidak boleh dinyatakan di sini. Cukuplah kalau hanya aku tahu, kami tahu, kamu tahu, Allah tahu.

And abang, I'm sorry. I didn't think that, that man could do so much damaged on you, psychologically & emotionally. Sabar dan yakinlah bahawa Allah sedang merencanakan sesuatu untuk kita, insya-Allah. Amin.




Word of wisdom:
People never lie so much as after a hunt, during a war or before an election.


Saturday, March 26, 2011

Wonder

A dear friend ask:
What should he do if his boss is actually a backstabber who tried to kill his career.

Another dear friend suggest:
Resign ASAP or ask for transfer. But, govt. sector doesn't give u so much choice, don't they?

What say you?

Monday, March 21, 2011

Gerak Hati

Tiba-tiba aku rasa seperti aku dah tak pandai menulis. Eh, mengarang sebenarnya. Penggunaan bahasa yang betul. Hihihihi... tiba-tiba!

Mungkin sebab dah lama kot aku tak menggunakan gerak hati. Atau aku semakin tidak pandai mendengar suara hati sendiri?

Sunday, March 6, 2011

BN Menang!

Congratulations to all candidates.

Yes. The majority has increase. A lot! But, that doesn't mean the winner takes all.

Still. N27 representative have to tackle more than 1,700 voters. Mostly Chinese voters.

As for N28 representative, he have to deal with Malay voters.

Friday, March 4, 2011

For his own good.

Kami capai kata sepakat.
Demi kebaikan.
Walau dengan separuh hati.
Si dia kembali semula ke daerah.

Sunyi?
Mahu tidak.
Tiada lagi kawan makan.
Tiada lagi kawan gaduh.
Tiada lagi kawan tidur.

Hampir 3 tahun.
Hanya 10 bulan.
Selebihnya.
Dia di sana.
Aku di sini.

Doakan terbaik untuk kami.

Thursday, February 24, 2011

Kecoh

Ya.
Dah meletup baru kecoh.
Dulu buat tak kisah.
Cakap apa pun.
Tak peduli.

Kali ini.
Dah kecoh kat media sosial.
Baru nak ambil tahu.
Hah, rasakanlah.

Sekarang ni.
Cari salah siapa.
Kau?
Dia?
Aku?
Siapa?

Saturday, February 19, 2011

Minggu ini

Minggu ini.
Si taurus ke kiri.
Si aquarius ke kanan.

Dia ke Melaka.
Aku di Putrajaya.

Dia k Keerdau.
Aku masih di Putrajaya.

Dia ke KL.
Aku ke Melaka.

Minggu depan.
Dia ke Sarawak.
Aku ke KL.

Ooo... bila masa kami bertemu?

Thursday, February 10, 2011

Ak/aq is not an acronym/abbreviation for 'aku'

Seriously, aku semakin tak faham dengan akronim budak-budak sekarang.

Perkataan 'aku' itu cuma 3 huruf. TIGA! Kalau nak ringkas sangat, it is better for you to use 'ku'. Daripada menggunakan 'ak'.

Hey, korang tahu tak...

'Ak' is an abbreviation for 'anak kepada'? And everytime I read your msg, I keep on translate 'Ak' as 'anak kepada'. Dan maksud msg tersebut akan jadi absurb!

Paling menarik, 'Ak' dalam bahasa Jagoi (suku kaum Bidayuh) adalah KAHAK.

Hah, rasakan kau!

Monday, February 7, 2011

Melaka oh Melaka

Esok ke Melaka.
Mesyuarat Pengarah-Pengarah.
Babai semua!

Saturday, February 5, 2011

Usaha


Berusaha untuk merealisasikan impian.
Doakan aku berjaya.
Terima kasih!

Friday, February 4, 2011

Mesir

Antara nyawa dan peluang.
Nyawa diri yang perlu dipertahankan.
Tangisan ibu yang perlu diredakan.
Kata abah yang mahu lihat anaknya pulang.

Atau peluang melihat revolusi.
Alami rasa cemas diserang.
Hidup dalam keadaan huru-hara.
Survival skills.
Perjuangan!

Ramai pilih nyawa.
Ibu senyum.
Abah gembira.

Selamat tinggal Mesir!
Selamat tinggal Hosni Mubarak!

Thursday, February 3, 2011

Hutang

Siapa berani jawab soalan berikut..

Siapa yang tidak pernah berhutang?
Siapa yang tidak ada hutang?

Tanyalah soalan itu kepada sesiapa sahaja sekarang ini. Pasti tidak ada siapa yang berani mahu mengaku.

Hidup di dunia yang serba memerlukan duit ini, mahu tidak mahu, memang kita perlu berhutang. Ya, berhutang apabila perlu.

Hutang Belajar.
Belum habis belajar dah terbeban dengan hutang. Tak kisahlah dengan PTPTipuN atau MARA atau apa sahaja bentuk kredit yang diterima sewaktu belajar dulu.

Nota kaki: Berkat ke ilmu yang dapat ini kalau masih berhutang?

Hutang Kereta.
Kereta bukan lagi lambang kemewahan (opps, lainlah kalau korang pakai Mercedes ke BMW ke Alphard ke Porshe ke Mini Cooper ke Lamborghini ke Ferrari ke). Tapi kereta sudah jadi keperluan. Kebergantungan kepada kenderaan awam adalah amat mustahil bagi mereka-mereka yang duduk di kawasan perumahan baru atau pinggir bandar.

Nota kaki: Berkat ke perjalanan yang dilakukan kalau kenderaan yang digunakan masih lagi berhutang? Mungkin ini adalah salah satu faktor penyumbang kepada kemalangan di jalan raya.

Hutang Rumah.
Rumahku Syurgaku. Nak beli rumah pun kena berhutang sekarang ini. Gila ke nak beli rumah cash? Tak pasal je kena kejar dengan LHDN.

Nota kaki: Rumah yang dibeli secara berhutang, adakah ianya faktor penyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan?

Hutang Kad Kredit.
Hahaha, ini memang cari bala. Macam aku. Masa dapat bukan main syok lagi. Sedap aje swap sana, swap sini, tarik sana, tarik sini. Bila dapat bil. Hah?! Amek kau!

Nota kaki: Kalau beli barang makanan atau pakaian pun cara berhutang, mana nak dapat keberkatannya?

Hutang Pinjaman Peribadi.
Ini pun bala juga ni. Maklum le baru-baru kerja, tiba-tiba banyak pula bank dok telefon suruh ambil pinjaman itulah, inilah. Macam-macam jenis pinjaman di tawarkan. Mulalah rasa bangga diri kejap. Berangan gaji besar. Hakikatnya, sendiri mau ingatlah brader!

Nota kaki: Ramai terperangkap dengan pelbagai tawaran pinjaman peribadi sehingga menjerat diri. Sekejap-sekejap buat refinance. Haihhh, sampai bilalah hutang nak habis kalau macam tu?


Alahai, sebenarnya ada bermacam-macam jenis hutang yang ada. Cuma malas nak highlight je. Korang fikirlah sendiri hutang jenis apa lagi yang korang buat.

Wednesday, February 2, 2011

Kutu

Ok. Tajuk tak boleh blah!
Tapi cuba fikirkan....

"Main kutu itu serupa seperti memberi hutang dan berhutang."

Fikir-fikirkanlah & selamat beramal!

Sunday, January 30, 2011

Bless


They say, I looked like a 24 years old girl.

Happy 30th Birthday To Me!

Friday, January 28, 2011

Gundah!

Hanya kerana dia seorang teman baik dan seorang wanita yang mengembara bersendirian dari Malaysia ke tanah Inggeris. Aku doakan keselamatan kamu.

Good bye & safe journey to my dearest friend! Ya, semoga semuanya selamat.

Semoga perjalanan kali ini memberi sejuta kemanisan untuk kamu. Aku tahu kamu sangat perlukannya untuk lihat sisi lain dunia yang cuma kita kenali melalui tetingkap televisyen dan jendela komputer.

Juga semoganya ianya mampu memberikan inspirasi baru buat kamu.

Sayang kamu selamanya~


Thursday, January 27, 2011

Tenang

Ini hanya persoalan oleh yang keliru. Tidak ada kena-mengena dengan hidup atau mati atau meninggal dunia atau pengsan atau koma.


Kalau BULAN yang bertanding, kenapa ROKET yang kelihatan?

Oh! BULAN kan jauh di angkasa. Jadinya, kalau nak jumpa BULAN kenalah guna ROKET. Lagipun, di bumi, BULAN cuma muncul di malam hari. So, ROKETLAH yang sepatutnya kelihatan.

Oke. Logik?

Habis tu, si PUNGG UK ONG tu nak letak mana?


Wednesday, January 26, 2011

Money cannot grow on a tree...

But it is definitely can grows on NUFFNANG.
Nice huh?


Please help me to grow more money on NUFFNANG by clicking right banner.
Thank you!

Monday, January 24, 2011

Pokok duit...


Can money grows on a tree?!

Sunday, January 23, 2011

Lasagna


I've been craving for lasagna for more than a week.
So, to make it worth wait, I decide to make my own lasagna.
*sorry guys, no pictures!*

Saturday, January 22, 2011

Monday, January 17, 2011

Kecoh

Haihhhh...
Kecohlah korang ni!
Aku pergi Langkawi, big boss bayarkan pun nak kecoh ke?
Kena bayar baliklah. Kalau free, lainlah cerita...

Blahlah!
Kecoh betullah korang ni!

Wednesday, January 12, 2011

Pesan

Depa dok pesan macam-macam. Suruh beli cokelat itu, cokelat ini.

Kalau boleh nak suruh bawa balik Hj. Ismail Group tu ke pejabat supaya senang nak pilih cokelat.

Tapi yang jadi masalahnya, kalau masing-masing reti bagi duit, aku tak heran sangatlahkan. Bukan takat Hj. Ismail Group tu aku bawa balik, dengan Coco Valley pun aku boleh angkut.

Kalau dah takat pesan guna air liur, alamatnya... aku bawa balik air liur je lah.

Thank u!

Tuesday, January 11, 2011

Langkawi


Langkawi, here I comeeeeeeeeeeeeeeee!
Will be in The Lanai Beach Resort starting 12 - 14 Jan. 2011.

Sunday, January 2, 2011

Unwritten

I still haven't write my last year summary.

What I've achieved & what I've not.
What I've won & what I've loss.
What I've done & what I've saw.
Where I've been & where I shouldn't be.
Sweet, sour, love, hate, happy, sad, hurt..
feeling, memories...

Oh, too many things to remember!

Saturday, January 1, 2011

2011

New hope.
New dream.
New wish.
New determination.
New expectation.

What about old hope, old dream, old wish, old determination & old expectation that still pending?