Saturday, July 31, 2010

Cancelled!

Flight Mim-Alif-Sim from Bintulu to Kuching is cancelled. Arghhh!!!

Korang tahu tak aku baru balik dari rumah panjang di Sg. Asap, Belaga? Adoyaiiii... macam dah nak patah pinggang dengan jalan tak rata tu. Sampai je airport *akudiepotni!*, korang boleh pula cancelled flight?

Menyampah je kan?

*Pilot kami tak sihat, dia demam*

Monday, July 26, 2010

Penat

4 hari bertugas di KUD, boleh dibilang dengan jari berapa gerai yang aku pergi. Bukan apa, simpan sakit kaki untuk shooting video kampung yang masuk bertanding ADC pula. Penat tak usah ceritalah. Tapi apa boleh buat, ini kerja.

Orang tengok, kita berjalan sakan. Sekejap di sini, sekejap di situ, sekejap di sana. Tapi diorang bukan tahu macam mana cara kerja kita. Panjat bukit, turun bukit, masuk selut, masuk kebun, bau tahi kambing, tahi lembu, kena gigit pacat dan yang paling best, kena sergah tak tentu pasal padahal dah minta izin... tapi, ada orang ambil kisah?

Diorang cuma mahu end product. Lain-lain hal diorang tak mahu ambil tahu!

Mungkin sebab itulah aku terlebih emosional.

Eh, don't blame me, blame the hormones!

Saturday, July 24, 2010

I've nothing to say...

I'm exhausted.
Emotionally. Physically.

I need a good rest.
Emotionally. Physically.

Please dear, understand me.

Thursday, July 22, 2010

Urutkan kakiku

Nak minta tolong boleh tak?

Tolonglah urutkan kaki saya. Sakit giler ni. Giler pun tak sakit macam ni. Adoyaiiii.... Kan best kalau ada yang sudi mengurutkannya secara percuma.

Esok tak nak jalan-jalan dah. Nak duduk je atas kerusi!

Yelah tu...

Wednesday, July 21, 2010

Matahari


Apakah perasaan anda keluar dari rumah untuk ke tempat kerja pada hari Rabu sebelum mentari memunculkan dirinya dan pulang dari tempat kerja ke rumah ketika matahari Khamis cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menaikkan dirinya?

Aihhhh.....

Tuesday, July 20, 2010

Bengang!

Baik duduk dalam gua kalau semua nak block. Yahoo! Mail, Facebook, Twitter, lepas ni apa lagi pun tak tahulah.

Aku rasa dalam gua pun boleh dapat line internet.

Monday, July 19, 2010

Benci!

Aku benci bila informasi penting tak sampai pada orang-orang yang sepatutnya tahu. Menyusahkan semua orang!

Saturday, July 17, 2010

Terjebak

Ala, bukan terjebak benda tak elok pun. Confirm! Kalau aku terjebak pun pada benda-benda yang elok-elok aje.

Tak percaya? Cehh... ingat aku ni jahat sangat ke?

Okeylah, tak mahu cakap banyak-banyak. Sebenarnya aku dah terjebak dengan benda alah ni... kalau rajin, silalah klik My Chookies Shop

Ibu punya pasal lah ni. Suruh aku uruskan benda alah ni. Kan dah terjebak...

Ye, ye, aku tahu bunyi tajuk tu, dramatik giler...

Friday, July 16, 2010

So how?

When I chased after money, I never had enough. When I got my life on purpose and focused on giving of myself and everything that arrived into my life, then I was prosperous
~ Wayne Dyer ~
I never chased after money, but it never enough! Denggg! So how?

Thursday, July 15, 2010

Minyak oh minyak!

Aku tak kisah pun kalau harga minyak nak naik sampai RM1 seliter pun, kalau kemudahan awam di Malaysia adalah di tahap terbaik.

Seriously.

Kawasan rumah aku ni, jangan kata kenderaan awam nak masuk, main road pun masih tak fully operation. Nak kata remote area, kawasan rumah aku ni tak sampai 15 minit ke Putrajaya (ke kiri) dan 5 minit ke Tol Puchong Selatan (ke kanan). Memang ada bas awam, tapi kena keluar JALAN KAKI yang lebih kurang SATU JAM ke Jusco Taman Equine.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 14, 2010

Kasihan dia

Kes 1:

"Inilah kali pertama saya tengok pokok terung..." Spontan kata seorang pegawai wanita, anak kepada seseorang yang berpangkat Dato' ketika mengikut kami membuat lawatan masuk kampung dan melawat kebun sayur


Kes 2:

Pegawai yang sama setelah selesai melawat sebuah kandang lembu dan berkumpul bersama panel yang lain, at the end of the day, she ask one of our colleague:

Soalan pertama: "Ada bau lembu tak saya?"

Soalan kedua: "Kalau lepas ni saya tak ikut lagi boleh tak? Peninglah..."

Tuesday, July 13, 2010

Tolong kasihani aku!

Ada yang menegur, status tadi di wall facebook, seperti terlebih sudah...

Opsss, kamu perlu tahu bahawa aku kan sedang belajar mengeraskan hati dan bersikap kejam tetapi lebih mengasihani diri sendiri.

Kerana aku percaya, "Tak akan ada orang lain yang akan menolong kita melainkan diri kita sendiri. Tak akan ada orang lain yang akan mengasihani kita, melainkan diri sendiri dan dongaklah ke langit seberapa lama yang kau mahu, tapi jangan lupa kaki juga perlu berpijak pada bumi yang nyata!"

Monday, July 12, 2010

Milik Sepanyol

Korang yang lain tak usah berangan. Keputusan dah muktamad. Tak ada 'kalau-kalau' dah. Memang dah terbukti milik Sepanyol.

Ya. Piala World Cup 2010 adalah milik Sepanyol.

Sunday, July 11, 2010

3rd Place for Germany!

The result:

Three (3) goals for Germany; Two (2) goals for Uruguay.

Saturday, July 10, 2010

Travel again...

Sepanjang 3 tahun berkhidmat, dah merata tempat aku pergi. Tapi, compare dengan kawan-kawan yang sama-sama masuk dengan aku, diorang lebih banyak travel sebab diorang duduk kat Sektor Operasi.

Tapi, tak mengapalah. At least, I've completed all 14 states within a year working with this organization.

Korang dah habis ronda Malaysia ke?

Friday, July 9, 2010

8th Inches?

Semalam, status FB kawan aku mention... Anu si Ariel (Peterpan) tu panjangnya 21 cm, menurut Forensik Indonesia. Tapi polis Indonesia cakap, mungkin kurang 1 cm; so 20cm.

Gila, it's about 8 inches.

Damn! It's too big for Asean man lah.

No wonderlah dia bikin video tu...


Thursday, July 8, 2010

Angkara sotong

"Sayang, hari ini abang nak makan Sotong Goreng sebab geram Jerman kalah! Sotong kurita tu jahat!"

Bagi yang tidak peka tentang World Cup 2010, mesti tertanya-tanya, apa kena mengena sotong kurita dengan sotong goreng?

Nasihat aku, pergi buka suratkhabar atau internet.

Sekian, terima kasih!

Wednesday, July 7, 2010

Mengadap karenah birokrasi ciptaan manusia..

Put a fake smiley face, dragging my feet into the office...

Ready... 1... 2... 3... Go~


Tuesday, July 6, 2010

Sialan!

Aku manusia yang punya hati dan perasaan. Walaupun saban hari korang tengok aku ketawa, tapi I do have feelings. It's plural, meaning I've many mixed feeling. Aku boleh ketawa dan menangis dalam satu waktu yang sama. Eh, semua perempuan normal pun boleh buat macam tu, kan?! Hikss...

Sekarang ni kat dalam hati aku, semua rasa tu ada. Marah. Menangis. Geram. Sakit Hati. Putus Asa. Berdarah. Bengang. Tekanan Perasaan. Somehow, that news broke my heart into pieces. Kepala otak aku ni dok fikir, kenapa, kenapa, kenapa, kenapa...

Tapi ustazah aku pesan dulu, jangan tanya banyak sangat kenapa, nanti kita akan cepat jadi gila sebab sifat manusia ni tak pernah puas. Biar berjuta alasan yang diberikan, kita tetap akan rasa tak puas hati.

Iyalah. Apa salah aku pada dia? Aku tak pernah kacau hidup dia. Kenapa dia benci sangat dengan aku? I never interfere with her works. What for? Kerja dia bukan kerja aku. Memang kerja dia ada kepentingan untuk aku.

Aku buat maklumbalas; jawapan untuk semua aduan, pertanyaan. Memang kerja aku untuk selalu bertanya dan ambil tahu. That doesn't mean aku ni busybody. I must and have to know. That is my work nature!

Salah aku juga ke? Ingat aku suka ambil tahu urusan yang tak penting untuk aku? Oh, sorry! Aku masih waras & tahu dosa-pahala.

Cuma apa yang kau buat kat aku sekarang ini, rasanya seksa. Menikam jiwa dan merobek semangat aku. Aku percaya pada janji Allah s.w.t. dan aku juga tak doakan yang buruk-buruk untuk kau. Tapi, ingatlah...

Hidup ini tak selamanya menongkat langit!

Siaran blog

Tulis blog kena komited.

Walau apa pun yang terjadi. Ribut taufan melanda. Tapi entry blog mesti ada. Kalau tidak nanti orang akan bosan. Tunggu macam buah tak gugur, tapi entry tak ada juga.

Selain radio & televisyen, blog juga dah jadi macam sumber hiburan. Macam TV & Radio hari-hari kena ada siaran.

Kalau dah tak ada cerita, buat-buatlah ada cerita. Macam aku sekarang ni. Hahahahahaha...

Monday, July 5, 2010

I need a lawyer!

Saya mahu mendapatkan khidmat nasihat dan menyaman sebuah bank di Malaysia kerana seorang kakitangannya telah melakukan ugutan dan ancaman yang berbahaya ke atas harta kepunyaan saya.

Oleh itu, saya menyeru kepada En. atau Pn. Peguam/Lawyer yang berminat, sila hubungi saya di nur.eisya@gmail[dot]com dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

Sunday, July 4, 2010

MAXIS Broadband or BERUKBEN?

Cautions: Explicit used of hatred words. *I am & still mad at their customer service's service!*

Is it hard to inform your customer it is a MUST to register & log-in online for billing service instead of telling us to wait for the 1st billing? Kami ni pengguna internet, bukannya bodoh sangat sampai tak tahu log-in into your lousy online services.

Bila bil tak bayar, senang-senang je nak cut-off service. Tapi diorang ni tak sedar salah sendiri. Bukannya tak pernah pergi service centre, everytime we pay a visit, they ask us to wait for the 1st billing; never-ever ask us to log-in www.mylaunchpad.com.my to register online and check for the bills there. Yet, still they blame & charge us for late payment. Bahalol!

En. Suren from MAXIS nowhere *I cannot tell you where, its a PROCEDURE!* please control your temper. Mungkin ini kali pertama dia berhadapan dengan customer yang sgt kerek & stubborn macam aku. What do you expect? A customer that will always follow your stupid-idiot procedure? Ah, pergi mampos dengan prosedur korang! Sikit-sikit prosedur, semuanya prosedur. When something happen out of the procedure, what would you do?

Aku bukannya nak menyusahkan korang kalau korang tak menyusahkan hidup aku! Aku tak hingin pun nak susahkan hidup korang kalau hidup aku tak susah sebab korang. But, your stupid-idiot procedure is making my life miserable.

Kalau betul ikut prosedur, kenapa tak suruh your sales & marketing staff to inform your customer to log-in into www.mylaunchpad.com.my? Susah sangat ke?

Kenapa tak ikut style P1? They will send an email & sms to us every month. A phone line provider does not have an effort to send sms? What a SHAME!

-------
Current update on 7.34 pm, July 5th 2010: Still cannot log-on into www.mylaunchpad.com.my with status "USER NOT FOUND IN KENAN". Just shut-down your page, if it is not active anymore!

Saturday, July 3, 2010

Dayang Senandung

Baru balik dari berpoya-poya (baca: KERJA).

Semua tegur, kenapa kulit hitam macam Dayang Senandung? Sendiri mau ingatlah. Kalau dah namanya shooting tengah panas, jawabnya terbakarlah kulit.

Adoyai! Aku bukan artis beb, pakai make-up or losyen or yang seangkatan dengannya. Tak peduli dah dengan matahari ke mata hati, eh...

Friday, July 2, 2010

Sedap

"Abang, tak kesian ke tengok sayang kena gigit dengan pacat? Habis kaki ni semua ada kesan gigitan." Saja nak manja-manja dengan Mr. Hubby selepas beberapa hari kerja luar.

"Itulah, siapa suruh sayang tu SEDAP sangat..." Dengan wajah selambanya.

Errr, patut tak aku jatuh cinta dengan Mr. Hubby berkali-kali?