Thursday, June 30, 2011

Sendiri mau ingat

Aku tahu kau syok buat 'kerja' tu. Apa tak naknya, poket pun masyukkkk, kan? Baguslah, bagi anak bini kau makan 'duit' cenggitu.

Duit punya pasal, sampai gelap mata.

Sekali dua kau buat, bolehlah lepas. Masuk tiga-empat kali, sendiri mau ingatlah. Pelanduk selalu lupa diri bila nampak pucuk muda sampai boleh lupakan jerat. Tapi jerat tak pernah pun lupakan pelanduk.


Wednesday, June 29, 2011

Duit oh Duit!

Masuk macam siput.
Keluar macam air.
Kejap je dah habis.
Tak dan rasa panas kat tangan.
Tau-tau dah tak ada.

Kalaulah sekali masuk tu, masyukkk...
Bagus juga.
Ini tidak, banyak tu jelah.
Tahan setahun.
Kalau bertahun-tahun gaji banyak tu aje...
Mampus berak cair le jawabnya...

Adoi, duit o duit.
Macam mana nak bagi ko beranak pinak?

Tuesday, June 21, 2011

Tak boleh blah!

Seriously!
They didn't know that Red Velvet Cupcakes is in trend!
Oh, c'mon man!

Monday, June 20, 2011

Need new environment

Working in a less multicultural department somehow make me realize that my world become smaller each day. Ya, hanya berkisar-kisar tentang itu, di situ. I don't have friends to share my favorite tv series such as Grey's Anatomy, White Collar, Lie To Me, Bones, Desperate Housewives, Covert Affairs, Private Practice, etc, etc, etc. Their world is basically focusing on national television & series.

Maaf. Aku bukan kutuk atau berniat untuk mengutuk rancangan televisyen di Malaysia yang banyak menayangkan kisah hantu, cari hantu, buru hantu, kena kejar hantu, hantu, hantu, hantu dan hantu. Bosan!

Atau paling tidak Sinetron dari seberang. Dah lah keluar pergi mana pun asyik nampak muka Indon je kat Malaysia ni. Nak juga tengok sinetron yang anti-klimaks tu. Penat!

Life is not about hantu (ghost) or sinetron at all.

Kalau ada pun yang boleh aku cerita dengan mereka cuma Maharaja Lawak, Nora Elena (eh, rindu r kat abang Seth Tan) itu pun terjebak sebab adaptasi dari novel.

Haiyoooo... nasib baiklah ada kawan-kawan luar yang sekepala boleh layan tv series yang aku minat.



Friday, June 17, 2011

LAW OF CONTINUITY (I)


"Ada pegawai yang dengki dengan anak buah yang pandai bekerja sebab takut tersingkir"

Tuesday, June 14, 2011

My Playground, My Rules!

This is my playground and I control my own rules. If you trying to play hanky-panky with me, please... don't bother to come & play my game!

Monday, June 13, 2011

Ada orang makan cili

Bila aku post entry Integriti tu dalam note's Facebook, ada orang melenting tak tentu pasal. Siap cakap nak samanlah, tuduh tanpa buktilah, itulah, inilah. Tapi ada ke aku mention nama siapa-siapa dalam entry tu?

Kwang-kwang-kwang....

By the way, entry dalam FB adalah tanpa perenggan paling bawah.

Tuesday, June 7, 2011

Tak patut betullah!

Gila babeng betullah. Ada ke patut ASTRO nak naikkan monthly charges. Dahlah membebankan pengguna pada 6% on govt. tax. Bongok betul!

Well, this is my personal view on why ASTRO shouldn't increase their monthly charges:

1. Govt. Service Tax
Apabila di tanya, kenapa mesti bebankan pengguna di atas GST? Jawapannya, tanyalah kerajaan. Adoyaiii, habis tu yang kami bayar bulan-bulan atas servis korang tu, pandai-pandailah bayar pada gomen. Korang yang bekalkan servis, koranglah bayar. Dah untung nak lagi untung.

Alahai, kalau ASTRO bayar 3% dan consumer pun dikenakan 3% (profit sharing), aku rasa pengguna tak adalah bising sangat kot. Korang (ASTRO) ni kan, nama je company gergasi (hikss, nak enterprem gak r!), tapi strategy hancussss! Pergi belajar balik marketing strategy atau buka balik kitab ekonomi.

2. Signal Macam Haram!
Ini lagi satu yang buat pengguna temper. Hujan tak dak, baru sat angin kencang, siaran pun cam biskut. Do somethinglah. Tak kanlah engineer korang yang berlambak tu tak jumpa solution lagi? Itulah gomen galakkan budaya inovasi, hang pa tak mau ikut. Tang tax tu hang ikut pulak...

Aku rasa korang patut pakai motto nilah... Improve your services first; increase charges later!

3. Cerita Ulangan
Tayang cerita berulang-ulang kali, 7 kali seminggu. Boleh buat orang muntah hijau tengok cerita yang sama selama seminggu. Kekadang tu minggu depan pun ada lagi cerita yang sama. Bukan tak boleh, tapi berpada-padalah.

Siapa yang keluar duit tak mahu untungkan? Kalau dah hari-hari keluar cerita yang sama, tension tau! Macam mana produktiviti nak bertambah?

4. Tak Guna Wujudkan Siaran Baru
Kebanyakkan siaran baru yang diwujudkan adalah untuk mengulang cerita yang sama dan lama. Rujuk #3.

5. Iklan.
Walaupun siaran tv berbayar, tapi pengguna kena tengok iklan. Wei, baper kali korang nak lipat untung ni? Pengguna kena charge, iklan pun korang collect bayaran.

Aku selalu tengok kat certain kedai ada badge 'Kedai Harga Patut'. Dan aku rasa dah sampai masanya Kerajaan perkenalkan badge 'Harga Melampau' atau 'Mahal Giler' atau 'Suka-suka naikkan harga' pada syarikat-syarikat yang terbabit dalam kenaikan harga melampau ni.

Amacam?

Sunday, June 5, 2011

Integriti

Integriti adalah apabila anda tetap mematuhi peraturan walaupun pada ketika tiada siapa yang melihat.

Itu adalah definisi mudah. Simple definition but yet hard to follow by many of us.

Apa perasaan anda, apabila seorang yang lebih berpangkat sedikit dari anda di dalam sesebuah organisasi cuba mencerobohi laptop milik anda? Tidak kiralah sama ada dia sendiri yang cuba untuk menceroboh atau dia menyuruh orang lain untuk melakukannya. Sedangkan dia tahu laptop itu adalah milik peribadi dan bukannya hak milik organisasi tersebut.

Marah? Kecewa? Sakit hati? Dendam?

Apa hak dia untuk menceroboh laptop peribadi tersebut? Apa yang dia mahu dari laptop tersebut?

Patutkah dia berbuat demikian? Perlukah perbuatannya dilaporkan ke peringkat lebih tinggi? Atau perlukah perkara ini melibatkan undang-undang? Apakah kapasiti perundangan di dalam hal ini? Perlukah kami mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang dia dari terus memfitnah kami?

We (me & hubby) knows he (the devilish boss) need something (an important information/system) from that laptop. A new system that my husband develop and refuse to give him a copy. Tapi apa hak dia? It is my my husband's intellectual property. Jadi, perlukah suami saya berkongsi dengan seseorang yang hanya tahu mengambil kesempatan?

Kamu tak pernah dengarkah peribahasa orang putih, once bitten, twice shy? Maksudnya, sekali terkena, selamanya beringat!

I know and my husband knows that he didn't have any legitimate/appropriate education background on System Analysis or Computer Science (Software Engineering). Tapi tak cukupkah bukti dan usaha dia selama ini bahawa dia mampu membangunkan satu sistem started from zero yang memudahkan urusan? Is there a restriction on someone from English Literature (TOEFL) and Business Administration background to create an analytical system? Kalau ada, beritahu kami undang-undang mana yang menghalangnya?

Dan apabila dia tidak berjaya menceroboh laptop tersebut untuk mendapatkan maklumat yang dimahukannya, dia menggunakan helah lama. Memburukkan reputasi suami saya kepada orang yang in the higher position. As usual. Itu sahajalah usahanya. Itu sahajalah cara yang dia tahu kerana fitnah itu lebih mudah keluar dari mulut seorang yang cetek akal fikirannya.

Duit jadi mainannya. Menabur fitnah bahawa kononnya suami saya lebih mementingkan wang ringgit berbanding segala-galanya. Saya ada soalan kepada si penabur fitnah, pernahkah suami saya menuntut sesuatu yang bukannya haknya selama ini sedangkan tuntutan yang dibolehkan pun ditolak? Jadi kenapa tiba-tiba soal wang ringgit jadi permainan? Kamu mahu berkongsi untungkah?

Selepas ini apa pula fitnah yang cuba ditaburnya?

Kelulusan sudah. Duit juga sudah. Keikhlasan? Juga sudah dimainkan isu tersebut.

Oh, dari mana suami saya tahu laptopnya cuba dicerobohi? Senang aje, laptop suami saya boleh diakses dengan 3 cara sahaja. Satu, password. Kedua, finger print. Ketiga, face detection. Disebabkan ketika kejadian, suami saya tiada di tempatnya, maka cara kedua dan ketiga digugurkan secara automatik. Yup, he try to access my husband's laptop using a password. Sekiranya dia memasukkan kata laluan yang salah berkali-kali, secara automatik laptop tersebut akan jadi perlahan (slow loading) apabila di akses kemudiannya oleh suami saya. Untuk ianya beroperasi semua pada kapasiti kelajuan asal, laptop tersebut perlu diformat semula.

Untuk orang tersebut, fikirlah sebelum bertindak. Timbangkan baik buruknya tindakan tersebut dari sudut agama, perundangan dan integriti. Ingatlah, orang memandang tinggi kerana kedudukan & pangkat kamu. Tapi tindakan kamu itu adalah sesuatu yang diluar batasan & tidak boleh dimaafkan.

Kalau suami saya mahu kaya, sudah lama dia terima tawaran dari pihak lawan. Tak perlulah dia bersabar menanti janji-janji yang kelihatannya amat sukar untuk ditepati sehingga hari ini. Ada sahaja dolak-dalik dan alasan yang adakalanya tak masuk dek akal diberikan oleh kamu.

Kalau kamu tidak suka, cakap sahaja. Mudah. Senang. Jimat. Mudah kerana tidak perlu cari alasan. Senang kerana tidak perlu dia menunggu. Jimat pahala kamu kerana tidak perlu menipu dan membohong. Jadinya masing-masing boleh teruskan hidup.

Kamu boleh teruskan melatih orang baru dari zero sepertimana dia mulakan usahanya dahulu. Takkan kamu lupa bagaimana susahnya dia untuk mencipta sistem tersebut? Ketika itu tidak ada sesiapa membantu. Ketika itu tidak ada sesiapa yang memberi tunjuk ajar. Ketika itu tidak ada sesiapa yang sanggup menolong.

Dan dia boleh teruskan urusan seperti sebelumnya mengenali kamu. Mudahkan?

Betullah kiasan orang dahulu;

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.

Dah lama sangat bercakap bohong dengan orang keliling, tiba masanya dia cuba pula mencuri hak orang. To that particular man, ZMatZ... try harder next time!