Thursday, October 28, 2010

Ketahui Hak Anda - Polis

Ye betul. Sekarang ni banyak sangat kes penipuan yang berlaku. Ini petikan dari laman sosial Facebook Jabatan Penerangan di bahagian NOTES. Untuk maklumat lanjut, silalah klik link NOTES tersebut.

Thank you!

APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

Pakaian:
Sekiranya tidak Berpakaian Seragam - Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan;

“Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

Sekiranya Berpakaian Seragam - Perhatikan Nama & ID
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.


Kad Kuasa Polis

Merah
Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Biru
Berpangkat Inspektor dan ke atas.

Kuning
Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.

Putih
Polis Simpanan

*Sila ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.


Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan

Tuesday, October 26, 2010

Ferrrr... Extreme Cheesy 6


Satu je komen aku!
Seriously, heaven!
You guys should try it.

Monday, October 25, 2010

Menulis atau Menaip?

Menulis sudah tidak relevan lagi.
Sekarang ini zaman teknologi.
Komputer, internet, smartphone...

MENAIP lebih sesuai!

Wednesday, October 20, 2010

Kena Tinggal!

Inche suami kena pergi Sandakan pula for 2 days. Tinggallah aku sorang-sorang. Selalu aku tinggalkan dia jalan-jalan, kali ni dia pula jalan-jalan tinggalkan aku.

Kesian, kan?

Wednesday, October 6, 2010

Nak ke tidak?

Hari ini, October 6, 2010 - Burger Kings ada offer.

With every purchase of carbonated drink, you will get to purchase Whopper for RM1. Uhh, sound tempting. Tapi... tapi...

Oh, no! I've to be in studio in Subang 2... *Kat mana Burger King paling dekat ek?*

Tuesday, October 5, 2010

Pemandu-lelaki-konon-macho-tapi-bodoh-nak-mampus

Bengong dan bangang!

Jalan Sungai Buloh, Bandar Pinggiran Subang (lebih dikenali sebagai Subang 2) ada 4 lane. Simpang masuk ke Jalan Kosmos ada 2 lane dan jalan terus ada 2 lane. Kereta aku kebetulan berada di lane ke 2 untuk masuk ke kanan ketika lampu trafik berwarna merah. Apabila lampu trafik bertukar hijau untuk jalan terus, ada seorang pemandu lelaki-konon-macho-tapi-bodoh-nak-mampus dari arah belakang memotong dan membunyikan hon, siap buka tingkap dan mengangkat-angkat tangan dengan muka marah sebab kononnya aku duduk di lane yang salah.

Hello! Tolong tengok anak panah sikit. Lane yang kau berhenti dari tadi tu memang untuk masuk ke kanan. Itulah, bangga sangat jadi lelaki-bodoh-nak-mampus! Ego tak bertempat!!!

Pergi mampuslah dengan ego dan kereta kau tu!


*Tak puas hati punya pasal, aku sanggup ambil gambar. Hah! Amek kau, tengok betul-betul. Anak panah di lane ke-2 tu tunjuk arah ke kanan, kan? Bodoh punya jantan!