Wednesday, September 28, 2011

Berhenti ajelah!

Aku bukan nak mengumpat. Tapi nak meluahkan rasa tak puas hati.

Sungguh aku tak faham kenapa susah sangat nak ambil tindakan ke atas pegawai yang tidak hadir bekerja, mencuri waktu kerja dan buat pejabat tu ikut suka hati dia aje.

Hari-hari dia masuk kerja jam 8 pagi, makan-minum, pukul 9 baru mula kerja. Kemudiannya jam 12 tengah hari dah hilang entah ke mana, jam 5 petang pun belum tentu nampak muka.

Itu satu hal.

Hal-hal lain ni pula lagi best, minggu pertama Ramadhan, 3 hari je dia datang kerja. Masuk minggu ke-dua Ramadhan, kurang sikit rajinnya, cuma 2 hari aje nampak muka. Minggu ke-tiga bulan Ramadhan, lagi best alasannya, sakit pinggang sebab pindah rumah sampai seminggu tak pernah nampak muka. Penghujung minggu Ramadhan tu, cuma sehari je dia masuk pejabat.

Ingatkan lepas raya tu berubahlah, rupanya sama aje, orang naik kerja 7 Syawal, dia 9 Syawal baru nampak muka. Orang lain sibuk-sibuk pindah, dia pun kata dia nak pindah rumah, tak boleh nak buat overtime. Owh, habis tu yang masa minggu ke-tiga Ramadhan yang sampai sakit pinggang tak boleh bangun atas alasan pindah rumah tu, apa ke bendanya? Berapa kali dalam tempoh kurang sebulan nak pindah rumah?

Kerja dia? Tak usah cakaplah. Kerja aku, aku yang buat. Kerja dia pun, aku buat. Cuba kalau gaji dia pun aku dapat, kan bagus!

Kalau dah rasa tak mahu kerja, berhenti ajelah. Jangan menyusahkan orang lain. Jangan tambah dosa sendiri bagi makan anak-bini dan orang tua dengan rezeki yang tak tahu statusnya halal dan haramnya.