Thursday, May 26, 2011

Bakat.

Ramai kata aku ada bakat menulis. Did I?

Entahlah. Kadang-kadang berangan juga alangkah bagusnya kalau aku ada sebuah buku atau novel yang tertera namaku sebagai penulisnya.Tentu seronokkan? Ada peminat berkerumun keliling meja setiap kali Pesta Buku di anjurkan. Hmm, boleh juga autograph buku yang ditulis. Itu pun kalau buku tu jadi bestseller. Kalau tidak...

Harapan ajelah!

Bohonglah kalau aku kata yang aku tak pernah cuba untuk menulis novel. Pernah. Banyak kali. Tapi setiap kali itulah aku tidak pernah menemui penghujungnya. Aku takut. Bimbang. Risau. Kalau-kalau penghujung kisah itu tidak seperti yang diharapkan atau kata orang tidak ada umph!

Tapi, kata orang jadi penulis tidak boleh takut. Tidak boleh bimbang. Tidak boleh risau. Akan pendapat orang. Akan penerimaan orang. Kerana kita kena ingat, pendapat dan penerimaan orang ini ibarat syiling yang punya dua sisi berlainan. Kalau ada orang suka, mesti akan ada orang benci. Kalau ada yang memuji, pasti akan ada yang mengeji.

Baik mana pun hasilnya. Bagus mana pun kandungannya. Indah nian pun bahasanya. Citarasa manusia tidak pernah sama.

Ok. Kalau macam tu, malam ini juga aku siapkan manuskrip yang tidak berpenghujung itu!



MODE: Berangan sakan.

Monday, May 23, 2011

Sibu, here I come!

Safely arrived at Sibu Airport on 8.40 a.m.



Monday, May 16, 2011

Nostalgia Hari Guru - Cikgu Mazlan

Waktu sekolah rendah dulu, aku ada seorang guru muzik yang sangat baik hati. Nama cikgu tu cikgu Mazlan. Sayangnya, aku tak ingat nama penuh dia.

Cikgu Mazlan ni kurus, tinggi, berkulit cerah. Rambut dia kerinting, tapi sentiasa pendek dan kemas. Aku agak kalau dia biarkan rambutnya panjang, mungkin rupa dia seperti Manan Ngah (Penulis Lirik/Lagu/Komposer) tu. Sampaikan satu ketika (bila dah besar sikit dan kenal siapa itu Manan Ngah), aku terfikir entah-entah cikgu Mazlan ni sebenarnya Manan Ngah kot. Atau mungkin diorang ni ada bau-bau bacang.

Entahlah. Teori itu tidak dapat dipastikan pula.

Cikgu Mazlan berpindah ke sekolah lain ketika kami menginjak ke darjah 4 dan diganti dengan cikgu Nancy yang comel dan sentiasa bergaya. Cikgu Nancy ni walaupun bukan berketurunan Melayu tapi bahasa Melayunya sangat lancar dan penggunaan bahasanya pun tepat.

Tapi aku bukan nak cerita pasal cikgu Nancy. Aku nak cerita pasal cikgu Mazlan.

Apa yang membuatkan aku ingat dan suka sangat pasal cikgu Mazlan ni? Hmm, sebab aku ingat lagi dia dukung aku keliling kelas masa dalam kelas muzik. Hahahaha, comelkan? Yelah, tak dinafikan aku ni agak nakal juga. Masa kelas muzik, setiap kali cikgu Mazlan petik jejari muzik pada papan piano, aku pun turut sama duduk sebelah dia menekan-nekan jejari muzik tersebut. Tapi bukan mengikut seperti yang cikgu Mazlan tu main, aku tekan ikut suka. Jadi sumbang-mambanglah lagu yang cikgu Mazlan tu main.

Juga, setiap kali cikgu Mazlan mengajar di depan dan mengarahkan kami menyalin nota-nota muzik tersebut, setiap kali itulah sebaik selesai aje aku menyalin nota-nota tersebut, aku akan duduk di depan piano tu dan mula menekan-nekan jejari muzik pada papan piano ikut suka dan sedap pada pendengaran telingaku. Maka setiap kali itulah cikgu Mazlan akan datang ke tempat piano tu dan menunjukkan cara yang betul kepadaku.

Bear in mind, aku tak pandai langsung main piano. Berangan nak jadi pemain piano tu selalulah. Hehehe...

Satu hari tu, cikgu Mazlan suruh kami nyanyi (tak ingat lagu apa) dan di iringi dengan petikan pianonya, aku pun mulalah mengikut cikgu Mazlan tu berjalan ke tempat pianonya. Entah, mungkin dia geram dengan tindakanku, dia terus dukung dan mengangkatku di bahunya lantas membawa aku keliling kelas muzik tersebut. Boleh dikatakan semua rakan sekelas yang sedang menyanyi ketika itu menyaksikan peristiwa tersebut bersorak dan bertepuk tangan. Adoyaiii, merah-padam muka aku menahan malu! Nasib baiklah masa tu saiz badan aku tak besar macam sekarang ni. Mampulah dia nak dukung keliling kelas tiga-empat kali pun.

Tapi itulah antara kenangan yang masih kekal terpahat di ingatanku. Kat mana agaknya cikgu Mazlan hari ni? Kalaulah aku jumpa dia dan ceritakan mengenai perkara ini, terkejut agaknya dia tengok saiz aku sekarang ni. Hahahaha...



p/s: Dulu-dulu, aku ni comel, kurus dan tinggi. Sekarang ni comel, besar dan gebu!

Tuesday, May 10, 2011

Extra Charges For Check In at Counter

Yes fellow friends...

Starting next month, Air*Asia will be impose an extra charges of RM10 for late check-in (less than 1 hour; at counter). Seriously.

Gila. Semua mahu caj. Lepas ni agaknya, nak guna toilet dlm flight Air*Asia pun kena caj. Paling-paling tidak pun RM5 sebab kat udara. Kan?

Eh, agak-agak boleh guna alasan ni tak untuk naik gaji? Hahahahahah...

Wednesday, May 4, 2011

Angry Bird

People were asking, why I like to play Angry Bird. And this is why...

*pictures : www.letmedefine.com

Look at the subject. The green color subject.
Whenever I can't hit them, I could use BABI without any guilt.