Wednesday, September 29, 2010

Temuduga?

Kali pertama jadi panel temuduga.

Don't know what to expect & what to ask. Seriously. Perasaan sebagai penemuduga sama sahaja seperti calon yang ditemuduga. Eceh, yelah tu! Hehehe, sebenarnya adalah rasa sedikit superior sebab I've the power untuk pilih atau tidak calon tu. Tapi, semua kena ada sebab yang kukuh.

Cuma sedikit sedih dengan segelintir calon. Seperti ada di antaranya yang langsung tidak bersedia. Atau mungkin mereka jangka soalan lain tapi soalan yang lain pula yang ditanya.

So, adik-adik... jangan hafal! Tapi ambil masa untuk memahami. Lebih senang kalau kita faham tugas yang dipohon berbanding kalau kita hafal.

Wednesday, September 22, 2010

"I nak balik ni. Jom sex..."

*Tajuk kontroversi. Tapi tolong baca hingga habis!*

Tadi dengar Hot.FM. Topik menarik, salah faham dengan perkataan yang dikirim melalui SMS.

Oh, kalau setakat OMG!; BRB!; CU!; OK!; Y?; Skrg.; Kg.; Skjp.; Blh.; Korang, dan lain-lain ringkasan yang diterima oleh DBP, itu masih lagi masuk di akal.

Ini tidak. Bagi korang lah kan, cuba terjemahkan ayat di bawah ini (Ceh, macam kuiz pula ye?):

"I nak balik ni. Jom sex..."

Apakah tafsiran korang mengenai ayat tersebut? Selalunya kita akan menafsirkan sebagai; That person asking for intimate relations/Ajak lakukan hubungan kelamin. Betul tak? OMG! Apakah?!

Eh, jangan terkejut! Ianya tidak langsung berkaitan dengan hubungan kelamin. Tetapi ayat itu seharusnya di tafsirkan sebagai...

"Aku nak balik ni. Jom sekali..."

Sekali itu apabila diringkaskan... SE (dari perkataan 'sekali') X (adalah simbol bagi 'kali/darab')

Betapa kecanggihan teknologi telah mengakibatkan bahasa-bahasa yang digunakan menjadi lebih ringkas.

Wednesday, September 15, 2010

Ucapan

OK. Dah sampai masanya untuk aktif menaip kembali.

Bulan Ramadhan yang lalu telah membuatkan aku malas untuk menaip apa-apa di sini. Kemalasan aku tu, bukan sebab bulan Ramadhan. Tetapi lebih kepada perasaan sendiri. Entahlah. Tiba-tiba aje jadi malas.

Boleh gitu?

Eh, Selamat Hari Raya! Untuk yang terasa selepas membaca entry-entry mengarut aku sebelum-sebelum ini, aku mohon maaf zahir dan batin walaupun aku tidak berniat langsung untuk membuatkan korang terasa!

Wednesday, September 1, 2010

Sawang!

Good bye August! Welcome September!

Hajat hati nak tulis hari-hari. Tapi tengoklah. Dah berapa hari tak berupdate (Mesti DBP marah kalau baca ni!), dah penuh sawang blog ni.

Puhh! Puhh! Aaachumm!