Tuesday, November 30, 2010

Why?

Kenapa apabila orang MELAYU mahu memperjuangkan nasib orang-orangnya, ada pertikaian yang mengatakan ianya RACISM?

Tidakkah di Pulau Pinang itu lebih RACISM apabila kerajaan negerinya cuba menghapuskan hak milik tanah orang Melayu?

Wednesday, November 24, 2010

Bengang!

Ya.
Sangat.
Dengan Kakak-Kipas-Susah-Mati & Penyu-Tapir-Spender-Hijau!

Tuesday, November 23, 2010

Malangnya Melayu


Malangnya Melayu itu kuat bersorak.
Terlalu ghairah pesta temasya.
Sedangkan kampung telah tergadai.
Sawah sejalur tinggal sejengkal.
Tanah sebidang mudah terjual.
Meski telah memiliki telaga.
Tangan masih memegang tali.
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang 3 kali


USMAN AWANG
Sasterawan Negara


Kamu, yang bijak pandai, yang hebat berdebat, yang gagah perkasa... fikir-fikirkanlah pesanan di atas itu...

Monday, November 22, 2010

Good Job Hospital Sg, Buloh!

Mak (my MIL) masuk hospital.

Puncanya, cincin tersekat di jari tengah merebak ke seluruh tangan bengkaknya.

Kata mak, abah bawa pergi klinik. Doktor tu inject tangan mak. Tak tahu ubat apa. Balik tu terus sebelah tangan mak yang luka itu bengkak, merah-merah dan gatal-gatal. Mak ada kencing manis & darah tinggi.

Keesokan harinya, tangan yang bengkak, merah dan gatal-gatal itu ada gelembung-gelembung air. Blister. Dah macam tercurah air panas pula rupanya.

Abah bawa mak pergi klinik lain. Doktor klinik tu tak berani buat apa kecuali bagi ubat tahan sakit dan reference letter to the nearest hospital. Malangnya malam raya Haji (jam 10 mlm; 17 Nov. 2011) tiada doktor yang bertugas. Hanya ubat antibiotik (Cloxacillin), tahan sakit (Papase) dan panadol.

"Lepas 3 hari kalau tak baik, makcik datang sini balik ye?"

Itu sahaja pesanan petugas Unit Kecemasan, Hospital berkenaan. Abah & Mak balik ke rumah semula. By the time, kami (me & hubby) pun dah sampai di rumah abah & mak. Masa tu tangan mak tak berapa bengkak sangat.

Esoknya, tangan mak bertambah bengkak & berair, juga terdapat warna kekuningan di dalam air tersebut. Mungkin nanah. Mak kata ok. Cuma berdenyut-denyut sahaja. Kami tukar ubat mak. Risau dengan antibiotik tu sebab inche suami resistance to Cloxacillin, begitu juga dengan adiknya (angah). Jadi, adik (Ayin) beli antibiotik lain selain dalam bentuk tablet.

Lepas tukar ubat, nampak perubahan ketara. Gelembung air semakin berkurangan dan ada yang pecah sendiri. Progress sangat lambat. Jadi pagi Sabtu itu, kami ambil keputusan hantar mak ke Hospital Sungai Buloh (bukan hospital yang suruh mak balik sebab tak ada doktor tu).

Pukul 9 pagi Sabtu minta mak bersiap untuk ke Hospital Sungai Buloh. Pukul 10.30 baru siap sebab mak pesan macam-macam kat cucu-cucunya. Kes tak sampai hati tinggalkan rumah dan cucu-cucu.

Pukul 11.50 pagi daftar masuk. Nurse kat wad kecemasan cakap, mungkin, doktor yang pertama tu suntik ATT (anti-tetanus toxoid). Ok. Fine. Tapi kenapa sampai merah, gatal-gatal & timbul gelembung air tu pada tangan mak? Macam tercurah air panas aje rupanya.

Pukul 5 petang admitted dan doktor pecahkan gelembung-gelembung air yang mengandungi nanah tu. Kemudian doktor potong kulit-kulit yang dah rosak tu. Doktor kata, kalau terlambat boleh kena potong jari. Nasiblah hantar mak cepat ke hospital.

Dan hari ini, tak sampai dua hari mak di hospital, mak di bedah untuk buang nanah yang dah bertakung di jari tengahnya melalui tapak tangannya. Alhamdulillah semuanya selamat. Pukul 7.30 malam masuk wad bedah, pukul 10.30 malam keluar.

Kesian tengok mak yang merintih kesakitan. Tapi tak apalah mak, asalkan bukan jari yang dipotong. Eh, siapa cakap kalau pergi hospital Kerajaan lambat ambil tindakan? Ya, mungkin ada sesetengah hospital yang kita sudah sedia maklum mengenai senarai pesakit yang menunggu dan juga bergantung kepada jenis penyakit.

Bak kata doktor yang merawat mak, "Kalau boleh diselamatkan, tentu sahaja pihak hospital ambil tindakan pantas. Tapi kebanyakkan pesakit tidak memberi banyak pilihan kepada petugas hospital. Ramai yang datang ke hospital hanya apabila keadaan sudah melarat dan sukar di ubati."

Thank you to all doctors & nurses of ward 5D Sungai Buloh Hospital!

Ye, bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?

Monday, November 15, 2010

Terima kasih!

Kakak Datin,

Terima kasih kerana berusaha mendapatkan maklumat mengenai status bayaran elaun saya! Maaflah masa kakak datin datang saya tiada di tempat. Tengah buka dokumen tender. Apa pun, terima kasih banyak-banyak ye kakak datin...

Friday, November 12, 2010

Thank You Dato'

Semalam Mesyuarat Pengurusan.

Berita best, aduan aku di ambil tindakan oleh orang atasan. Good to know that. At least kebajikan kami terjaga. Tidaklah orang-orang tertentu itu mengambil tindakan sesuka hati sesedap rasa dia aje. Dah ramai sangat teraniaya di sebabkan tindakan mereka.

Yes. I've been heard about them for so long. Everybody is complaining about them but no one has the guts/balls to take further action. Well you have to know dear-kakak-kipas-susah-mati, you mess with a wrong person! I'm not like the others.

The first time kau cari pasal, aku diam aje. But not a second time! Kali ni silap kau cari pasal dengan aku, I lodged a formal report/complaints about your unethical actions.


Thank you, Dato'!

Thursday, November 11, 2010

Cintai Bahasa Malaysia

Outreach Department translated as Unit DAKWAH & TARBIYAH.

Tuesday, November 9, 2010

Mana result aku?!

Dear kakak kaki-kipas-susah-mati,

Mana result KPSL aku? Kenapa budak yang tak lulus paper undang-undang tu, kau boleh keluarkan result. Tapi aku punya, kau tahan. Apa masalah kau dengan aku ye?

Aku tak pernah cari pasal dengan kau, tapi kenapa kau cari pasal dengan aku? Kau takut ye aku lulus & jadi bos kau?

Atau kau memang busuk hati?

Sekian, terima kasih.

Monday, November 8, 2010

Mana duit aku?!

To whom it may concern,

Duit claim aku untuk bulan Julai & Ogos mana? Dah 3 bulan aku tunggu ni...

Sekian.

Wednesday, November 3, 2010

Buku Perkhidmatan

Dear MakCik Stoken yang terchenta,

Sekarang ini sudah hampir ke penghujung tahun 2010, adakah buku perkhidmatan saya telah pun dikemaskini sehingga hari ini? Kalau belum, tolonglah kemaskini buku perkhidmatan saya tu. Tak payahlah sibuk nak bergossip di belakang tiang tu. Tak ada faedahnya.

Sekian, terima kasih.



*Setiap kakitangan gomen, pada hari pertama dia melapor diri, dia telah pun ada buku perkhidmatan yang mencatat segala sukaduka eh... perjalanan kerjaya seseorang penjawat awam. Selain itu ianya digunakan untuk urusan rekod perkhidmatan, kenaikan pangkat, pemberian ganjaran (APC & Pencen) dan lain-lain urusan yang berkaitan.