Wednesday, November 23, 2011

Otak Udang!



Aku tak fahamlah kenapa ada orang boleh cakap ikut sedap mulut tak pakai kepala otak. Dah terlebih pandai mungkin? Atau dia terlalu bodoh? Yelah, konon-konon bijak, tapi statement yang keluar dari mulut dia tak boleh pakai langsung. Nampak sangat bodoh.

"Harga ni bukan saya yang tentukan, si CikCahComel tu yang bincang harga dengan pembekal!"

Pehhhh, kalau keluar dari mulut staff bawahan seperti yang SBPA klasifikasikan sebagai Kumpulan Pelaksana, aku boleh gak terima. Tapi statement ini dikeluarkan oleh Kumpulan Pengurusan & Professional yang berpangkat Pengarah Bahagian/Negeri.

Logik akal r, pompuan! Level aku apa kalau nak bandingkan dengan kau? Aku ni cuma Kumpulan Pelaksana aje! Tak ada kuasa nak bincang atau tentukan harga atau buat keputusan sekali pun. Cuma PELAKSANA aje! Faham?

Hello, I still remember every single words that come from your bitchful mouth on that night. Nasib baik tak rakam aje. Kalau tidak, boleh jadi bukti kukuh, tau tak? Takkan kau tak ingat, kau cakap tak ada bajet, janji grand and the sky is my limit. Kau lupa ke?

Seriously, that is the first and last time we will collabrate. Kalau dapat peluang, diberikan sejuta ringgit pun, confirm aku tak nak kerjasama lagi dengan kau! You made every single (minor and major) decision without discussing with me nor the team and yet, you put the blame on me? Siap minta barang IKEA tu apa kes?

Oh, please... lain kali kalau nak buat statement macam tu sekali pun, pastikanlah your own back-up or alibi is much more stronger than mine! Aku bukanlah nka berlagak, tapi kalau bukan aku yang buat, tentu sahaja Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar, kan? Aku tak pernah pun minta satu sen pun dari pembekal yang deal dengan aku sebab aku nak cari duit halal supaya rumah aku tu sejuk, supaya makanan yang aku makan dapat berkat, supaya setiap apa yang aku lakukan dengan duit tu dapat keberkatan dari Allah SWT.

Mungkin kau dah banyak kali terlepas, tapi kali ni kau terperangkap dan cara yang paling mudah lepaskan diri, put the blame on others. So, akulah mangsa terdekat yang kau ada. Lagipun kau memang tak berapa suka dengan aku, kan? Heck, aku sikit pun tak heran dengan kaulah, pompuan! Aku bukan kaki bodek macam beberapa orang staff kau tu (lama atau baru), and as far as I'm concern, you've nothing to do with my LNPT!

Eh, pastu aku dengar, kau ada hati pula nak saman company yang dah buat kerja tu on the ground that company have humiliate you? Eh, eh, eh.. siapa yang malukan siapa ni? Aku pun boleh saman kau kan pompuan sebab kau pun malukan aku dan rosakkan reputation aku? Tak payahlah susah-susahkan diri kau tu, selama ni company tu memang performance dia tip-top dan ada good reputation. Tapi entah mana silapnya, bila masuk je projek kau, terus kau malukan company tu. So, do you think you will win?

Haiihhh... susah betullah kalau kerja dengan Kumpulan-Pengurusan-Professional-Otak-Udang ni!


Harimau Muda

‎"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.

"We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done."

- Ketua Jurulatih Skuad Olimpik Malaysia, Ong Kim Swee.

Sumber dari News Straits Times 22/11/11


Tuesday, November 22, 2011

SBPA

Tadi dapat emel berkenaan SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) tapi bukan secara keseluruhan. Just a small portion.

Aku agak setuju jugalah dengan clause tersebut. Kenalpasti pegawai atasan dan anak buahnya disetiap peringkat. Untuk apa? Iyalah, kalau anak buah bermasalah dan pegawai atasan tidak mengambil tindakan, kedua-duanya boleh dikenakan tindakan.

Sebagai contoh ye, kalau pemandu bermasalah dan ketua kerani (CC) tak ambil tindakan, kedua-duanya akan dikenakan tindakan. Kalau CC bermalasah, EO kena ambil tindakan, kalau tak dua-dua kena. Macam itulah dan seterusnya!

Oke, itu aku faham, kalau bermasalah.

Hmm, macam mana pula kalau good performance. Adakah sistem yang sama digunakan? Hehehehehe... Bermakna kalau performance anak buah cemerlang, adakah pegawainya turut dapat imbuhan?




Wednesday, November 16, 2011

Sikit nak merajuk...

Kau letak piagam pelanggan kat tepi dinding jalan masuk pejabat depan pintu bilik mesyuarat, ada ke pelanggan kau nak tengok kat situ? Ruang tamu tu punyalah luas dindingnya, kat hujung tu juga kau letak.

Bila aku tegur & bagitahu, dia (orang tua) merajuk. Terus tinggalkan tempat tu dan balik tempat dia.

Ok. Fine!

Aku buat sendiri.

Grrr.... salah ke kalau aku tegur untuk betulkan kesalahan?

Thursday, November 10, 2011

Tentang Dhia

Tentang Dhia is currently trending in twitter among Malaysian.

Ada orang kata sebab Nora Danish pakai tudung, nampak comel. Yang lain pula kata sebab kemunculan Ako Mustafa, hero yang kembali semula ke slot prime time selepas beberapa tahun. Ada juga kata sebab tajuknya sama dengan novel Tentang... Dhiya oleh Syud (refer: Jemari Seni).

Even there's a few blog/website yang aku jelajahi pun confused about this matter sebab ada yang kata the drama (Tentang Dhia) is adopted from novel. Oke, kalau betul, which novel? Nyatakan.


Aku harap drama tu; walau ejaannya berbeza, tetapi sebutannya tetap sama; walau awalnya berbeza, janganlah ada persamaan dengan novel tersebut sebab itu dah kira ciplak.

Respect others intellectual property!


Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H

Ye, aku tahu dah lambat nak wish. Tapi aku nak wish juga. Eh, aku punya pasallah. Lambat ke cepat ke, janji aku wish juga, kan? Hehehehe...

Standard lah kalau raya haji ni ramai yang buat ibadah korban dan kenduri. Bukan seorang dua, tapi ramai. Beratus, beribu, berjuta umat Islam yang berkemampuan di seluruh dunia yang melakukannya. So, tahniah kepada anda dan mereka semua yang melakukannya dengan penuh keikhlasan. Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Cuma aku nak cakap sikit (ok, intonasi dah mula tak best ni).

Orang bandar yang buat ibadah korban kat kampung ni bagus. Iyalah, at least dia tak lupa pada kampung yang telah mendewasakan dia, sedekah pada orang-orang tua kampung, orang-orang yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim dan lain-lain yang tergolong dalam 7 golongan itulah.

Tapi, tapi... (mula dah)

Biasanya kalau orang bandar ni buat kat kampung, selalunya depa buatlah kat rumah adik beradik yang masih duduk kat kampung, mak sedara, pak sedara, atuk, nenek dan entah siapa-siapa lagilah selagi ada pertalian saudaralah, kan? Iyalah, dah lama sangat berhijrah ke bandar, jadi dah tak adalah rumah kat kampung tu. Kalau ada pun tanah kebun aje. Rumahnya tak ada.

Jadinya nak dipendekkan cerita yang dah panjang berjela ni. Kalau tahu buat kat rumah orang, janganlah mengungkit. Contohnya begini:

"Laa, kan aku dah kata tinggalkan bahagian daging untuk sedara aku dari Amerika esok nak balik sini semata-mata nak amek daging korban ni, lepas tu dia fly balik Amerika."

atau begini:

"Yang kau bagi semua kat orang kampung tu kenapa? Bahagian tu aku simpan untuk adik angkat aku yang kat Kutub Selatan tu!"

atau yang begini:

"La, dah habis dagingnya? Kesianlah jiran aku yang baru balik dari Somalia tu kempunan nak makan daging korban."

Atau... dah dah, cukuplah 3 contoh tu. Dah sampai kot maksud aku. Kesimpulannya, kalau dah niat nak buat ibadah korban tu, ikhlaskanlah hati. Kalau nak simpan untuk sedara-mara, jiran tetangga atau adik-kakak-abang angkat, bagitaulah awal-awal. Tak payah dah habis kenduri baru nak bising.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!

Wednesday, November 2, 2011

Yes!

My tactic works. Walaupun lambat, at least, it works well.

Ingat tak entry pasal claim hari tu? Huhuhuhuh, ALHAMDULILLAH. Dah dapat pun semalam lewat petang. So tak jadilah nak kasi surat/kad merah pada diorang. Kalau aku buat juga semalam, memang catat rekod r kan?

Dahlah aku ni femes *gedik-gedik diva sikit* kat opis ni. Kalau kasi kad/surat merah kat diorang semalam, mahu masuk news yang lebih terkini, panas dan sensasi kat pejabat ni. Silap-silap dapat wall of fame lagi. Hahahahaha...

Bengong!

Oh, yang lagi best tu. Daripada amount RM5++ yang diorang maklumkan tempoh hari, tetiba tengok akaun dapat RM650.++ Pehhh, hebat tak hebat ayat saiko aku tu? Bukan nak riak, tapi aku tuntut aku punya hak aje. Itu pun dia tolak almost RM2++ gak lah.

Anyway, thank you!

Tuesday, November 1, 2011

Pending

Claim for September 2011 still pending. Aku tak tahu apa masalahnya. Hari ini dah 1 November 2011. Hmm, nak tunggu sampai 2012 ke baru nak selesai? Dem.

Buat claim salah, kena potong, kena surat kaler merah. Warning. Tapi boleh tak kalau aku nak kasi surat merah kat diorang sebab claim bulan September masih juga tak dapat-dapat hingga hari ini?

Fikirlah orang sikit. Sudahlah dari RM860 kena potong sampai RM5++. Pastu nak pending lagi. What the hell! Wei, dengan duit itulah aku nak buat bayaran tambahan untuk ansuran rumah aku, faham tak?

Ahh, sakit hati!