Tuesday, November 27, 2012

Salahku juak...


Iyalah. Semua aku yang salah.

Orang sana kena, aku salah. Orang sini kena, aku salah. Orang situ kena, aku salah. Orang sinun kenak, salahku juak.

Selama ni aku simpan semua perkara yang berlaku, sikit pun kau tak pernah nak hargai. Aku bukan minta kau sanjung ke puja ke, at least a simple gratitude - a 'thank you' would be nice to hear. Tapi TAK ADA - NIL - ZERO!

Fikirlah, selama mana aku nak simpan semuanya? Sampai bila aku nak tanggung beban yang kau tinggalkan? Apabila semua benda aku kena buat dan 'TOLONG', itu namanya mengambil kesempatan!

Enough is enough.

Orang tak duduk tempat aku tak pernah tau apa yang berlaku. Orang tak duduk tempat aku, tak akan rasa apa yang aku rasa. Kau tak rasa macam mana perasaan gementar, takut dan seram-sejuk apabila untuk mengadap bos-bos dan disoal macam-macam perkara.

Gementar sebab selama ini banyak benda aku simpan sendiri dan orang lain tak pernah tahu. Takut sebab aku bimbang salah cakap dan akhirnya  membuatkan bos-bos tersebut salah faham. Seram-sejuk sebab semua yang soal aku bukan calang-calang orang. Kau pernah rasa semua tu?

Akhirnya, orang akan nampak aku yang jahat; aku yang tak bertimbang rasa; aku yang kejam; aku yang dipersalahkan atas kesilapan yang kau lakukan; aku yang dipandang serong oleh 'kawan-kawan' kita.

Tapi semua tu lumrah. Aku dah pernah hadapi lebih teruk dari apa yang berlaku sekarang. 'Kawan-kawan' kita pun bukan sekali dua mencemuh aku, banyak kali dah aku diumpat dan dikeji. Ada tinggal kudis kat aku? Sikit pun tak berbekas.

So, suka hati kaulah kalau kau masih nak cakap aku yang salah. Sikit pun aku tak kisah. Go and tell everybody, I don't mind at all!

Cuma ini pesan aku, acapkalilah lihat dan pandang diri sendiri, nilaikan setiap perkara yang kau lakukan dan hargailah semua orang yang hadir disepanjang perjalanan hidup kau.

Wednesday, September 26, 2012

Takut atau Taksub?

Bila kita bercerita tentang sesuatu perkara, pernah tak kita terfikir orang yang terlibat dalam sesuatu perkara itu juga boleh bercerita dari sudut pandangan dia? 

 Don't pretend to be that naive or I rather say, stupido. 

Kita boleh dan mampu bercerita kisah yang sama kepada lebih 100 maybe 1,000,000 orang sekalipun berdasarkan apa yang kita suka. Tapi, kenapa bila orang yang terlibat dengan cerita tersebut, mula bercerita kisah dia dari sudut pandangan mata dan pengalamannya, dia dihalang untuk bercerita? 

Idealnya, bila kita bercerita dari sudut pandangan dan pengalaman kita dan kita anggap orang yang terlibat dalam kisah kita tidak akan bercerita. Atau kita berharap orang yang terlibat itu akan bercerita seperti cerita kita. 

Ironinya, kita ini manusia yang mempunyai pandangan dan pengalaman hidup yang berbeza-beza. Kita bercerita. Orang yang mendengar akan menilai berdasarkan pandangan dan pengalaman hidup mereka pula. 

Saya tidak hidup dalam dunia yang ideal. Saya hidup dalam dunia realiti. Pahit. Manis. Payau. Masin. Jatuh. Bangun. Sepak. Teranjang. Ditindas. Menindas. Suka. Duka. Itu realiti dalam kehidupan ini. 

 Be an open book. You'll be surprised on what people can actually do & tell you. Seriously! 

Selama bertahun-tahun saya biarkan kamu bercerita apa sahaja yang kamu mahu dari sudut pengalaman dan pandangan mata kamu. Tidak pernah sekalipun saya menghalangnya. Saya biarkan cerita-cerita kamu mengalir bagai air. Tidak disekat dan tidak dihalang. 

Don't act surprised. People really do tell others about secret things.

Kenapa tidak kamu memberi peluang saya bercerita mengenai kisah saya dari sudut dan pandangan mata saya? Kenapa apabila saya mula bercerita, kamu perlu menggunakan semua kuasa yang kamu ada untuk menghalangnya? Kamu takut dengan cerita saya, atau kamu taksub dengan kuasa yang kamu ada? 

Kisah saya. Cerita saya. Tidak akan tamat selagi saya masih bernafas. Ya, saya mungkin tidak mempunyai kuasa; ajaib atau magis atau autoriti dalam sesuatu perkara. Ya, saya juga tidak mempunyai pangkat atau darjat di hadapan atau dibelakang nama saya. 

Tapi saya mempunyai huruf dan perkataan. Bukankah bijak pandai pernah berkata, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!

Friday, July 20, 2012

Sarcastic, I am!

To whom it may concern,

 Alhamdulillah. Thank you for always questioning what I am doing here. Do I actually do any work? Do I've any job specification?

Well, for your information, I'm not just simply doing any work / job but I'm trying to make new history everyday. And today, for another 50 years or 100 years, my name will be on the history book (insya-Allah).

And you; who always questions my work and my existence here, what do you do other than questioning my work? Have you accomplish many things in life? :)

Thursday, July 19, 2012

Peah, Awek CBR


"Lu apahal pandang-pandang gua?
Tak pernah tengok minah rempit ke?"
-Peah Awek CBR-


Tuesday, July 10, 2012

Tembak Mati

Kalau dah perjanjian antara kau dan Allah di Loh Mahfuz kau mati hari ini. Kena tembak kat mana pun, hatta kat jari kelingking sekalipun. Tetap juga kau mati, kan? 

Kalau ikut fakta sains, kena kelar atau tembak kat mana sekali pun, asalkan darah keluar berlebih dari tempat tembakan itu tanpa bantuan segera boleh menyebabkan kematian. 

Letakkan diri kau sebagai tuan rumah, kena serang dan amuk dengan orang tak dikenali siap bawa pedang samurai, apa yang kau lakukan? 
A - Pujuk dengan suara manja
B - Goda dengan pakaian seksi
C - Lari keluar rumah macam orang gila
D - Buat bodoh, redha dan berserah sebab ajal aku dah sampai
Hah, pilihlah...


Monday, July 2, 2012

Irma & Redza

Ok. Tajuk nak tumpang populariti katanya...

Tapi apa pun... Tahniah kat dua mempelai yang sama cantik sama padan ni. Tak kisahlah dia duda ke bujang teruna ke bujang tapi tak teruna (eh, ada ke?) janji diorang dah selamat pun bernikah. 


Apa, korang nak gambar?


Haihhh... macam tak biasa pula. Pergilah ke Beautiful Nara tu tak pun ohBulan! tak pun Budiey. Kan banyak gambar kat situ.


Thursday, June 28, 2012

Skandal Kasut Merah


Tajuk tak boleh blah, kan?
Nak gempak aje... 
Gambar di ambil di UiTM Dungun, Terengganu ketika program lawatan. 



Wednesday, June 20, 2012

Berasap - I

Sejak kebelakangan ini, Cik Cah tertekan dengan orang-orang keliling di pejabat. Eh, bukan orang-orang. Tapi to that particular person yang entah kenapa dia tak puas hati dengan Cik Cah.

Kalau nak ikutkan, dah lama Cik Cah terasa dengan perangai dia. Seriously, starting from the first day Cik Cah lapor diri. Eh, jap. Masa Cik Cah lapor diri tu, dia ada tak? Hmm, tak ingat. Okey, let me rephrase that. Since the first day we started to chat. Ada saja yang tak kena.

Cik Cah terima masa tu sebab Cik Cah ni budak baru. Dia dah setahun kerja walaupun kalau ikutkan pangkat, Cik Cah lebih tinggi sikit lah dari dia. Tapi sebab Cik Cah tak pernah berkira soal pangkat dan kerja, so what the hell! Lagipun ibu Cik Cah selalu pesan, apalah yang ada pada pangkat dan darjat. Mati kang dok dalam tanah gak.

So, I just let it be sebabnya Cik Cah ni memanglah tak pandai nak bergaduh atau bermasam muka, unless someone is REALLY hurting me. Lagipun kekadang tu dia macam bergurau. Jadi tak ada lah terasa sangatkan. Biarkan. Budak lagi pun. Lelaki pula tu. Memang nature lelaki kan kasar. And I do consider all the factors.

TAPI...

Makin lama, makin melampau. Makin diam, makin menjadi-jadi.

Part dia mengata Cik Cah tu, tak usah ceritalah. I heard so many things and I hurt so many times. But then, still, I let it be. Budak Cik Cah, tak payahlah peduli sangat. Lama-lama nanti bila dia penat, dia senyaplah. Tup-tup dari hari ke hari makin dahsyatlah pula cerita yang dia bawa pada orang-orang tertentu, especially to bosses and to his clan. Yup, kat pejabat tu macam berpuak-puak pun ye gak. Dia ada group/clan yang terdiri dari lelaki-lelaki di pejabat tu yang akan spent time together, holiday and all. Like doing all the men stuff/things.

Yang tak bestnya, dia jaja cerita pada clan dia. Eh, kalau tak puas hati dengan Cik Cah, tell me directly. Tak payah susah-susah cerita kat orang lain and in the end Cik Cah dapat tahu juga. Penat tau! Letih sebab dapat tahu dari orang lain, tak sikit, banyak, mesti ada penambahan cerita. 

Arghhhhhhh!!!!


Thursday, June 14, 2012

Mode: S.E.D.I.H

Aku tak pernah kisah dia nak lajak cuti sampai beberapa hari pun sebab AKU BUKAN BOS DIA.

Aku tak pernah kisah dia bebel-bebel on things that doesn't matters to me at all sebab AKU MALAS NAK AMBIL PORT.

Aku tak pernah kisah dia masuk lambat sebab AKU TAHU KERJA DIA SIAP lagipun AKU BUKAN BOS DIA. Aku tak pernah kisah dia kutuk aku berbakul-bakul sebab AKU TAHU IA TAK MENDATANGKAN KUDIS PUN KAT AKU.

Aku tak pernah kisah dia nak cerita perihal buruk-buruk pasal aku kat orang lain pun sebab AKU TAHU IT TAKE TIMES FOR PEOPLE TO GET ALONG. Lagipun biarlah orang tahu yang buruk-buruk dulu pasal kita dari orang lain dari orang puji-puji lepas tu lain pula yang jadi.

TAPI, kenapa makin aku tak kisah, makin aku diam, makin aku buat dek, makin aku duduk siapkan kerja dalam bilik, makin aku tak berapa nak bercakap, MAKIN DIA MELAMPAU?

Oh, by the way, I HAD apply my annual leave on Friday through HRMIS on Tuesday and HAD inform my supervisor about it on Tuesday itself.

Tuesday, June 12, 2012

Telefon Tangan

Trend orang sekarang pakai telefon tangan yang besar-besar.
Lebih besar lebih canggih. 
Macam-macam ada...
Dah macam zaman telefon analog.

Bezanya, telefon tangan sekarang besar tapi nipis.
Dulu, telefon tangan besar & tebal. Macam botol air. 


Sunday, June 10, 2012

Kahwin Muda


Sekarang ini trend orang kahwin muda-muda.
Baguslah untuk elak dosa dan maksiat. 
Mudah-mudahan.  Insya-Allah.

Thursday, June 7, 2012

Pizza Hut's Ultimate Cheesy 7 - SMS Contest

Akhirnya penantian selama sebulan berbaloi juga! Yeay!!! Lepas ni boleh makan Pizza Hut puas-puas. 

Thank you Pizza Hut for rewarding us with cash voucher worth RM500!

Kisahnya begini, last month adik Cik Cah bagitau ada orang telefon katanya dari syarikat sekian, sekian, sekian yang adik Cik Cah buat tak kisah sebab dia kata dah ramai orang yang buat lawak bangang. Tapi sebab dia pun tak ada kerja nak buat, dia pun melayanlah orang tu. Then bila orang tu kata dia menang hadiah untuk Pizza Hut's Ultimate Cheesy 7 - SMS Contest, dia terdiam jap. Pastu orang tu bagilah nombor telefon dan mohon untuk hubungi semula sebab mungkin dia rasa adik Cik Cah tu macam tak layan je atau adik Cik Cah tu dah speechless. 

Balik kerja hari tu, adik Cik Cah ni pun ceritalah pasal caller ni dan suruh kakak kesayangannya ni untuk telefon. Okaylah. What the heck! Try aje, manalah tau betul ke kan? Lagipun memang kami ada beli pizza masa Ultime Cheesy 7 tu sebab punyalah hebat promo dia kan. 

Disebabkan my brother cakap macam acuh tak acuh, it took 3 days to call them back. Lepas dengar penerangan diorang yang minta kita pos kan resit-yang-dah-tak-nampak-apa tu sebab diorang pakai thermal paper, confirmlah dari bulan Oktober 2011 sampai bulan Mac 2012 ink dah tak nampak apa kan? Letak bawah lampu baru nampak tulisan samar-samar tu.

Tempoh penghantaran resit tu pun ambil masa juga, 7 hari lepas telefon tu baru kitorang hantar sebab dihujung perbualan tu diorang cakap, kalau memang betul dah tak nampak apa-apa, ianya akan bergantung kepada pertimbangan juri. So, kalau tengok dari resit tu memang tak ada harapanlah nak dapat pun!

Lepas sebulan, kami dah berharap apa-apa. Masing-masing dah sedapkan hati sendiri je sebab dah tau dah, konpem pasal resit yang dah tak nampak tu.

Tup-tup, tetiba semalam balik hantar inche suami terchenta, adik kesayangan tu tersengih-sengih & atas meja depan dia tu ada sampul surat logo Pizza Hut. Cik Cah apa lagi, terkam lah macam harimau kelaparan!  Baca-baca, yes! 

Ada 10 keping semuanya siap dengan hologram sticker!

Tak kisahlah consolation prize winner pun, janji menang! Kau ada? Tak ada kan... Hehehehe, sorry geng. Aku tak kisah pun kalau tak menang cabutan bertuah kat opis semalam. *Pehhh, ayat riak weiiii*
I was the one who send the sms using his phone because I didn't bring my phone. Lagipun bila Cik Cah suruh dia buat, dia tak nak. Dia kata, kau buatlah. Kalau dapat, kita share dua. Tapi Cik Cah tau, kalau dapat iPad, confirmlah dia tak nak share punya! Cesss... So, Cik Cah pun tekan-tekan keypad tu dengan harapan dapatlah Grand Prize worth of cash RM100,000. Hehehehe, harapan mestilah tinggi. Mana tau dapatlah kan, confirm perkara pertama Cik Cah nak buat adalah bayar hutang! 
So, balik ni kita pergi melantak PIZZA!

Saturday, May 19, 2012

Terasa

Ada yang terasa dengan status yang aku tulis kat FB. Sampai melenting tak tentu pasal. Eh, kalau kau tak mengata, tak bercakap pasal hal tu, kenapa pula nak melenting? 

Hey, kau nak mengamuk ke nak melenting ke nak meletup ke... aku kisah apa? 

Tuesday, May 15, 2012

Sucks!

Meeting & exhibition & meeting & exhibition & meeting & exhibition & meeting & exhibition... pastu bengang pasal orang yang entah siapa-siapa dok komen pasal tak betul itu & tak betul ini; lebih itu & lebih ini; kurang itu & kurang ini; condemn itu & condemn ini. Tapi tak pernah nak sumbang idea.

 Eh, cakap memanglah senang!

Monday, April 30, 2012

BERSIH sangat ke?

We might argue on a few things, we might agree on certain things. Itu hak masing-masing. Kita tak boleh nak paksa orang lain suka apa yang kita suka dan kita tak perlu suka apa yang orang lain tak suka. 

Aku ada datuk saudara yang pernah bertugas sebagai polis masa zaman perang dulu, bapa saudara yang kerja polis, bapa kawan-kawan aku pun ramai yang kerja polis... jadinya, bila penyokong Bersih panggil polis-polis ini dengan gelaran tak sepatutnya, aku tak rasa kita perlu tengok dan biarkan sahaja. Kau mungkin tak ada semua itu (datuk/bapa saudara/kawan-kawan yang jadi polis) dan aku tak salahkan kau sebab polis bukanlah kerjaya yang jadi pilihan ramai. 

 Cuma, sesekali itu cubalah letakkan diri kau ditempat mereka... 

 Kau mungkin pemandu kereta yang pernah diugut polis. Kau mungkin penunggang motosikal yang pernah disaman polis. Kau mungkin cikgu yang berhadapan dengan anak polis yang bermacam karenah. Kau mungkin doktor yang polis minta MC walau tak sakit. Kau mungkin perempuan yang dingorat polis. Tapi, walau apa pun perangai polis ini, boleh ke kita melabelkan KESEMUA mereka dengan gelaran tak sepatutnya bila kita punya contoh yang baik dalam keluarga sendiri?

Memang betul orang cakap, kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Kerana 1 kesilapan, semua kebaikan hilang entah ke mana.

Jangan ingat pemandu kereta tak langgar mati anak orang. Jangan ingat penunggang motosikal tak merempuh polis yang membuat sekatan jalan raya. Jangan ingat cikgu tak pernah denda anak murid yang tak pernah buat salah. Jangan ingat doktor yang selamatkan nyawa orang itu tak pernah jual MC. Jangan ingat perempuan tak pakai kain singkat dan baju terdedah sampai naikkan nafsu orang keliling. 

Kalau kau kata polis semua sama; kau pemandu kereta, boleh aku panggil kau pembunuh sebab ramai pemandu yang langgar mati anak orang? Kau penunggang motosikal, boleh aku gelar kau suka langgar peraturan? Kau cikgu, boleh aku panggil kau kejam? Kau doktor, boleh aku panggil kau penipu? Kau perempuan yang sebegitu, boleh aku panggil kau... 

Point aku kat sini, siapa kita kat muka bumi ini, apa tanggungjawab kita kat dunia ini telah membuat kita berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dan pengalaman setiap orang berbeza. Mungkin pendekatan aku kasar dan aku tak harap sesiapa pun faham. 

Kalau kau faham, baguslah. Tapi kalau kau tak faham, aku cuma minta satu, respek. Aku tak terjah wall orang yang tak sependapat dengan aku dan paksa dia untuk tukar pandangan. Aku tak terjah wall orang dan bagi kata-kata yang tak sepatutnya sebab aku percaya there's limit in everything. 

I don't know all of you in person, neither do you. But, just because we chat a few words a year it doesn't makes you & I, a good friend nor makes you knew the whole truth about me. Kau bebas untuk menilai, aku tak halang, tak ada sesiapa pun menghalang... tapi bukan semua penilaian kau betul :) 

Ingat, kita cuma manusia biasa. tapi tak perlu sampai jadi biawak! *pinjam kata-kata Dato' Azizan Osman*

Aku tak tujukan pada sesiapa. tapi, kalau ada yang terasa, aku minta maaf. again, we've different experience, view and understanding... Please do respect mine.


Friday, April 6, 2012

Things to ponder....

K. Selangor (kampung inche suami), tak payahlah nyatakan dengan spesifik. Rasanya banyak tempat terkena perkara yang sama di Selangor ni:

SAMPAH oh SAMPAH!
Susah nak cakap. Bila tanya PBT, diorang salahkan kontraktor yang diberi kontrak. Kontraktor salahkan PBT sebab bajet ciput. Habis tu, rakyat nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri sebab kerajaan negeri sekarang ini adalah pilihan rakyat?

Rakyat juga salah!

Tapi itulah. Sampah merata-rata, menimbun-merimbun kalah jumlah pokok kat Selangor ni.

Kontraktor yang dapat kontrak tu kutip sampah guna lori 3 tan seminggu sekali, sedangkan kat K. Selangor tu kampung seluas alam. 1 kampung besar, ada lebih dari 5 kampung rangkaian. Cukup ke dengan lori 3 tan tu? Otak letak mana? Kepala lutut?

Duit kerajaan negeri yang kononnya negeri terkaya di Selangor dengan jumlah pelaburan asing terbesar di Malaysia tu pergi mana? Support ceramah politik untuk kepentingan diri sendiri ke? Kata negeri berkebajikan. Kebajikan apa kalau timbunan sampah lebih tinggi dari bumbung rumah? Kebanjingan namanya tu!

Inilah bila orang kata, kuman seberang laut nampak. bangkai gajah dah berbau hangit depan mata, buat dek aje. Kerjanya asyik cari salah orang lain. Tolonglah prihatin sikit masalah rakyat kat negeri sendiri.


PARIT oh PARIT!
Kenyataan 1: Masa kerajaan negeri parti dacing tu, paling kurang 2 bulan atau 3 bulan sekali parit tu dikorek. Bila nak musim banjir, seminggu sebelum musim hujan, habis parit dikorek untuk keluarkan pasir-pasir dan sampah-sarap.

Kenyataan 2: Kerajaan negeri semasa sehingga hari ini, April 2012, dia peduli apa dengan parit yang penuh pasir ke sampah-sarap ke sebab katanya tanggungjawab penduduk kampung. Air bertakung penuh dalam parit sampai naik masuk ke kawasan rumah pun dia tak peduli sebab dia kata bukan masalah dia. Masalah tuan rumah tu.

Tempoh hari bila penduduk kampung dah bising-bising dan marah-marah, barulah datang korek pasir. Tapi, perlu ke sebab air pun dah surut. Tak ke bangang tu?! Orang buat langkah prevention supaya tak melarat ke masalah lain.

Susahlah cakap dengan diorang ni. Tunjuk bukti macam mana pun, diorang tetap betul. Tak pernah salah!


LUBANG oh LUBANG!
Nyatakan negeri paling banyak jalan berlubang... SELANGOR!

Peh, ini tak payah pergi jauh. Kat area rumah aku je dah banyak bukti. Lubang jalan lebih besar dari kereta kancil. Eh, tak logik. Lubang jalan lebih besar dari tayar 14 inci.

Alasannya jalan persendirian, bukan bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Tapi yang aku pelik, masa sebelum pilihanraya hari tu, siap punya cantik dia tar jalan tu. Siap amek gambar lagi.

Lepas tu lagi sekali masa kecoh-kecoh cerita TBH (MP ni boss TBH), dia tar lagi sekali. Mungkin sebab masa tu kena siasat dengan SPRM, agaknya terpakai duit peruntukan tar jalan tu, nak tutup cerita, dia tar balik jalan tu sebagai bukti kerja-kerja telah dilaksanakan. Hahahaha, ini andaian aku aje tau. Jangan jadikan sebagai bukti kes pula.

Yelah, logiknya begitulah bagi layman macam aku ni. Gali lubang, tutup lubang.


GEREJA oh GEREJA!
Tolong sebutkan aku agama rasmi bagi Persekutuan.

Habis tu bangunan besar tepi highway berhadapan dengan Menara Mustapha Kamal kat area PJ tu bangunan apa eh? Besar okeh! Apsal tak ada siapa yang kecoh eh? Dengan tak ada tanda nama projek, deskripsi bangunan, siapa kontraktor, tarikh binaan dan siap... boleh diam macam tu aje.

Bukan tu bangunan GEREJA TERBESAR DI ASIA ke? Kawasan tu setahu aku kawasan kampung ramai orang Melayu beragama Islam, kan? Macam mana boleh bina gereja terbesar di asia pula kat situ?

Pastu aku dengar sekarang ni kat Selangor kebanyakan gereja dah buat preach dalam Bahasa Melayu setiap hari Ahad.

Pehhhh, wake up lah wei orang ISLAM. Bersatu!

Tuesday, April 3, 2012

Pergi Belajar Membaca!

ada emel pertanyaan berkenaan cara-cara untuk memohon jawatan kosong oleh budak lulusan DIPLOMA.

aku jawab:
MOHON RUJUK JARINGAN (LINK) F.A.Q BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERTANYAAN SAUDARI *link disertakan*

5 minit lepas tu budak kelulusan DIPLOMA tu balas:
ADAKAH IKLAN & BORANG JAWATAN KOSONG NI HANYA UNTUK ORANG TERTENTU DAN TIDAK DISIARKAN DIMANA-MANA KE SBB BARU2 NI SAYA ADA PERGI PEJABAT NEGERI PUAN TETAPI DIMAKLUMKAN BAHAWA TIADA PENGAMBILAN.

Aku tepuk dahi. Semak balik kot-kot aku terbagi link borang jawatan kosong ke kat budak ni sbb aku copy-paste je dari dokumen SOP ni tapi kalau silap, tak kan budak lulusan DIPLOMA ni aje yang bagi maklumbalas so-called-bengap mcm ni kan... Tapi aku konpiden aku bagi jawapan & link yang sama dgn orang lain yang sama soalan dgn budak ni!

Confirmlah aku bagi jawapan & link yang sama! Buat aku nerbes-brekdance jek!

Wei, adik oiiii... kau punyalah konpiden kau kata kelulusan diploma sekian-sekian kan, tak kan r tak reti nak baca? Kalau tak reti baca, p masuk pra-sekolah balik.

Sakit hati mak!

Monday, March 12, 2012

Melampau!

Aku dah kata, PM baru je umum kenaikan gaji 13% untuk kakitangan awam. Belum lagi rasa lebihan gaji 13% tu, harga makanan dah macam sky rocketing kat cafe pejabat ni.

Gila tau tak? Gila. Makan tengah hari RM7. Ini pecahan harga yang budak tu cakap:

  1. Nasi putih = RM1.20
  2. Ayam Goreng terlebih garing = RM3.00
  3. Tofu Jepun (separuh) Masak Kicap = RM1.00
  4. Soya Bean = RM1.80
Yang aku rasa tak munasabah adalah, nasi putih RM1.2o sepinggan! Dia pakai beras Faezah Taj Mahal ke sampai nak caj RM1.20 sepinggan? Aku tengok nasi tu tak cantik mana pun. Cantik lagi muka Fasha Sendat tu. Eh.. tetiba! Serious lah wei... kalau setakat nasi dia tu, level-level pakai beras guni aje yang kandungan beras hancurnya lebih 20%. Tak usah nak kelentonglah. Beras guni tu... Murah! Murah sangat-sangat.

Ayam tu aku rasa macam ayam recycle je lepas makan. Itu pun sampai RM3.00! Dia ingat dia KFC ke nak jual ayam goreng RM3 seketul? Korang bayangkanlah, kalau seketul RM3, ayam tu aku rasa kerat 12 je. RM3 x 16 = RM48. Seekor katalah RM11, rempah + minyak menggoreng tu setakat RM10 (boleh recycle minyak tu), kos baru RM21. Untung untuk seekor ayam 27. Pehhh, almost 130% untung dia.

So, kalau korang pergi Putrajaya ni tak payahlah nak singgah kat cafe KKLW. Senang cerita, direct je aku cakap ni. Tak ada nak sorok-sorok dah.


Thursday, March 8, 2012

SBPA Batal. Gaji naik 13%

Semua dengar berita gembira yang disiarkan secara live di TV pagi tadi kan?

Confirmlah semua orang teruja pagi tadi. Paling teruja dah tentulah peniaga-peniaga terutamanya peniaga makanan. Gaji naik 13% untuk gred 1 - 54, makanan kat cafe nanti naik lebih dari 13%. Silap-silap kalau pergi pasar, ikan naik 13%, ayam naik 13%... mamposs!

Oh, pelaksanaan SBPA dibatalkan, so apa jadi pada mereka-mereka yang telah menerima gaji SBPA? Hehehehe, silalah pulangkan balik lebihan gaji tu ye. Jangan buat-buat lupa atau hilang ingatan pula. Nasiblah kena tolak sekaligus ke kena tolak ansur-ansur ke, itu semua berdasarkan budi bicara ketua jabatan koranglah.

Gaji Baru oh gaji baru!

Thursday, March 1, 2012

Promosi FB Craft & Shopping

Jom jom jom kita layan FB Craft & Shopping!

Siapa-siapa yang berminat untuk dapatkan kain kapas / cotton untuk buat kraf, silalah ke FB ni. Murah dan banyak pilihan Japanese Cotton. Coraknya pun cantik-cantik.

Jangan lupa ye pergi FB My Chookies ;)


Wednesday, February 29, 2012

Happy Leap Day!


Errr, leap year or leap day?
Leap year for the whole 2012. Leap day is for 29 February 2012, right?

Hey, we meet again after 4 years!

Tuesday, February 28, 2012

Tahniah Yusry-Lisa Surihani & Mawi-Ekin!


Jeng! Jeng!

Ini merupakan salah satu cara untuk naikkan blog trafik!

Sunday, February 26, 2012

Harta & Tanah

Aku tak paham sebenarnya dengan sikap orang-orang yang sanggup berebut harta dan tanah pusaka. Mungkin sebab ibu tak pernah ajar kami adik-beradik untuk mengharapkan hadiah atau harta orang lain untuk teruskan hidup. Thank you to my beloved mum for that.

Kami bukanlah orang susah sangat pun sampai hidup melarat. Atau terlalu senang sampai boleh bermegah-megah dengan harta dunia. Cukuplah makan dan pakai. Walau kadang-kadang ada yang 'ter'miss sana 'ter'miss sini, tapi tak perlulah nak beritahu satu dunia bila saat dan waktunya kami tidak cukup itu dan ini.

Dan ibu ajar supaya kami dua beradik berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang kami mahu. Mungkin sebab itu, bila orang lain sibuk berebut dengan harta pusaka milik datuk dan nenek, kami seolah-olah tidak kisah. Cuma, ayah cakap pertahankan hak sendiri sahaja berdasarkan apa yang diberi. Tak perlulah tuding jari cakap datuk tidak adil, atau jumlahnya terlalu sedikit. Tak perlu semua itu.

Bersyukurlah kalau datuk dan nenek sanggup berikan harta yang sedikit itu untuk dibahagi-bahagikan. Jangan minta lebih dari apa yang diberi. Tak perlu berebut dengan orang lain. Tak perlu cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya sebab kalau Allah nak pulangkan kata-kata nista kita pada orang lain, tidak perlu tunggu esok atau lusa, pada kita atau anak-anak. Kun Fa Ya Kun!

Betullah tu.

Lagipun kita masih muda. Ibu dan ayah sekolahkan kita supaya jadi orang pandai. Cari harta sendiri. Allah berikan kita kudrat dan akal untuk kita berusaha mengubah nasib sendiri. Kalau datuk dan nenek yang setakat sekolah pondok, boleh cari harta yang banyak, kenapa kita yang sekolah tinggi hingga ke universiti, masih muda dengan kudrat yang diberi, perlu pertikaikan harta yang diberikan secara percuma?

Fikir-fikirkanlah.

Jangan sebab tanah pusaka, adik-beradik, sepupu-sepapat, suami-isteri, saudara-mara semuanya bermasam muka, putus saudara, sampai sanggup doakan yang tidak baik. Di mana letaknya hormat? Mana perginya rasional?

Bersyukurlah dengan apa yang diberi.

Terima kasih datuk dan nenek di atas ingatan dan kasih sayang kepada kami sekeluarga!

Sunday, January 29, 2012

Life Lesson #7/2012


Peringatan kepada orang yang suka cerita perkara yang sama berulang kali untuk raih simpati.

Aku rasa tak perlu kot cerita benda yang sama pada orang yang sama berulang-ulang kali. BOSAN! Lagipun kalau dah berulang-ulang kali sangat kau cerita perkara yang sama, orang pun dah boleh hafal dan bila kau buat pertambahan cerita, nampak sangatlah kau tu kaki kelentong, kan?!

Friday, January 20, 2012

Life Lesson #6/2012


Jangan tanya apa-apa berkenaan prosedur kewangan sebab akhirnya kau yang akan dimarahi sebab bagi mereka, kau tanya soalan bodoh. Walaupun niat kau nak belajar, kau cuma kena baca dan fahamkan sahaja. Tapi jangan tanya apa-apa pun.
Beban kerja diorang yang mengadap nombor menjadikan diorang sebagai orang yang paling sibuk dan penuh dengan tekanan. Iyalah kita kena ingat nombor cuma ada 0123456789 dan berulang. Pusing-pusing, cantum-cantum cuma ada banyak itu sahaja.

Kita yang kerja mengadap karenah orang yang pelbagai ni pun tak tertekan macam tu sekali sebab perangai manusia ni bermacam ragam dan tak sama antara satu sama lain.

Seriously, confirm aku kena blacklist kalau diorang tau apa yang aku tulis ni and yet I take the risk!

Thursday, January 19, 2012

Life Lesson #5/2012


Expect the unexpected because life is full of surprises and you never know what you're going to get until you get it.
Kadang-kadang kejutan itu ada baiknya. Ada masa ianya jadi masalah pada kita. Tapi, walau apa pun perkara yang datang dan berlaku, bersedialah untuk laluinya dengan tabah.

Tak semua perancangan kita mendapat kelulusanNya. Ada waktunya Dia tidak meluluskan apa yang kita mahu tetapi memberikan apa yang kita perlu!

Wednesday, January 18, 2012

Life Lesson #4/2012


Walaupun kau tak suka dengan dia, tapi kau kena berbuat baik dengannya untuk memudahkan urusan kerja. Bukan bodek, tapi sekadar berbaik-baik. Tak perlu nak bodek sebab kalau kita buat kerja dengan ikhlas lama-lama orang lain tahu juga.
Working life has taught me how to be a good pretender. So, don't blame me, blame the working life!!


Monday, January 16, 2012

Life Lesson #3/2011


“Peristiwa itu buat saya sedar yang tak semua orang suka tengok kita lebih sikit daripada mereka..." Petikan temubual bersama Abon, Mingguan Malaysia, 14 Januari 2011.
Aku setuju sangat. Ada sesetengah bos / kawan-kawan yang tak suka tengok kejayaan yang kita capai lebih daripada dia. Takut kena overshadow. Dan aku tahu, atas sebab-sebab inilah seseorang yang dengan dengan aku 'terkena' dengan teruk sekali. Bukan dengan kawan-kawan, tapi dengan pegawai yang ada kuasa sebab dia kumpulan Pengurusan & Professional, sebab dia lupa bahawa rezeki itu hak Allah, sebab dia ingat dia paling berkuasa di situ.

Pada dia, istilah 'kawan' hanya apabila dia dalam kesusahan kerana istilah pegawai atasan itu lebih berkuasa dari nilai perikemanusiaan dan persahabatan!

Pesan saya untuk kawan-kawan yang tahu, hati-hatilah sebelum perkara sama berulang ke atas diri kamu. Tidak salah untuk kita sentiasa berwaspada sebab kita tak akan tahu siapa 'kawan' yang berani tikam kita dari depan atau belakang.

Friday, January 13, 2012

Life Lesson #2/2012


"Jangan percaya dengan cakap orang yang baik dengan bos especially bila dia mulakan kutuk-mengutuk bos sendiri sebab bila kita ikut sama mengutuk bos dia, tak pasal je cerita tu sampai kat telinga bos. (Eh, macam ramai je yang dah terkena, kan?)"
Kalau nak bekerja dengan aman damai, jangan cerita apa-apa pun pada sesiapa pun, jangan kutuk sesiapa pun pada sesiapa pun.

Faham?

Lantaklah orang nak kata kau sombong ke nak kata kau kera sumbang ke nak kata kau tak bermasyarakat ke kau tak bersosial ke... tak payah nak kisah sangatlah. Tak ada kawan yang macam tu pun tak apa. Tak semak kepala kau nak melayan kerenah diorang tu!


Thursday, January 12, 2012

Life Lesson #1/2012


"Walau sebaik mana pun kita dengan sesiapa pun (especially bosses) di pejabat, jangan nampak sangat kita pro orang itu, kita pro orang ini sebab in the end, we don't know who will stab us from behind. Sama ada kawan-kawan kita atau sesiapa sahaja."

Take this note seriously kalau kau nak main politik pejabat. Yes, politik pejabat sama kotornya dengan mana-mana politik yang ada di dunia ini. Kalau kau pandai main politik pejabat, no doubt you can be a successful politician. Tapi kalau kau rasa, what you've is enough, jangan berani-berani terjebak sebab sekali kau terjebak, kau kena selalu berhati-hati.

Monday, January 9, 2012

Bosan!

Pagi-pagi dah membebel! Pejabat ni, kau seorang aje ke yang berkuasa, orang lain yang lebih bos daripada kau, tak boleh buat keputusan? Kau aje yang boleh buat keputusan & tanpa bincang dengan orang lain pun kau punya pasal, kan? Kami ni kena ikut je cakap kau, macam tu?

Kau nak tegur, aku tak kisah. Kalau tak suka, buka aje balik. Senang. Tak payahlah nak membebel-bebel. Ini tidak, kalau dah tak kena tak payahlah nak kaitkan dengan orang lain. Siap gunakan nama bos. Apa kau ingat aku kisah ke?

Susah kerja dengan orang tua yang suka susahkan kerja mudah. Sakit hati. Sakit telinga. Sakit kepala!

Arwah nenek aku selalu pesan, bangun awal pagi tu bagus, buka pintu rezeki. Tapi kalau awal-awal pagi dah membebel, confirm, rezeki tu lari ikut tingkap, ikut pintu!