Monday, August 23, 2010

Skill (konon!)

Sila berikan komen anda.

Monday, August 16, 2010

Dungu.

Aku tak paham dengan budak-budak zaman sekarang ini.

Seriously!

Diorang mahu mengajar, tetapi diorang sendiri tidak mahu belajar. Masalah apa sebenarnya dengan budak-budak sekarang ini? Beberapa hari ini, aku layankan sahaja setiap pertanyaan bodoh dan bangang dari mereka-mereka yang tidak mahu mengambil tahu.

Telah jelas dan terang kandungan iklan yang dipaparkan, tapi mereka masih bertanyakan soalan yang sama berulang kali. Soalan yang telah ada jawapan pada iklan tersebut. Borang mahu hantar di mana? Perlukah salinan sijil disahkan? Di mana boleh dapatkan alamat?

Ya. Aku tahu menjawab soalan-soalan mereka adalah sebahagian dari tugas aku. Tapi perlukah bertanyakan soalan yang telah tersedia jawapannya di hadapan mata? Perlukah bertanyakan soalan yang sama berkali-kali sedangkan orang lain telah bertanyakan soalan yang sama? Tidak bolehkah menjadi rajin sedikit dengan melihat dan merujuk kepada posting terdahulu?

Aku pelik. Semakin pelik dengan sikap mereka. Nama sahaja graduate. Ada diploma itu, ada degree ini, ada sijil entah apa-apa, tapi makin bodoh pula jadinya. Adakah sijil tersebut hanya sebahagian daripada koleksi yang beratus-ratus itu? Atau ianya satu peluang untuk menggatal dan bertemu jodoh?

Entah ye. Aku juga belajar di Malaysia. Mendapat pendidikan melalui sistem yang sama. Begitu juga dengan teman-teman yang lain. Tapi, bagaimana sistem persekolahan di Malaysia yang telah kami lalui satu ketika dulu dan pernah melahirkan ramai cendiakawan, tetapi telah melahirkan manusia dungu seperti mereka? Adakah suasana kompetitif ketika ini tidak membuka dan mencelikkan mata mereka?

Kasihan anak-anak masa depan sekiranya mendapat guru-guru seperti mereka ini. Mahu mengajar, tetapi tidak mahu belajar. Samalah seperti MAHU DUIT TAPI TAK MAHU KERJA!

Maaf. Terdapat perkataan yang digunakan adakalanya terlalu kasar untuk diterima. Tapi itulah hakikatnya.

Friday, August 13, 2010

Mata Garfield.

Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati!

Eh, aku bukan nak cerita pasal cinta. Aku nak cerita pasal mata. Bukan mata siapa-siapa. Mata aku sendiri.

Aku merupakan pemilik mata sepet dan kecil. Saban hari, paling kurang aku akan mendapat teguran dan usikan seperti begini:

"Hoi! Nak tidur pergi balik rumah lah..." Cara paling tidak berhemah.

"Cahhhh ooo cahhh *bukan nama sebenar* bangunlah." Cara kakak or makcik yang menegur.

"Eh, kau ni buat kerja ke tidur wei?" Cara budak-budak *makbapak budak pun ada* yang kurang lebih sebaya aku yang menegur.

Aku buat kerja, korang kata aku tidur. Dah sah-sah nampak aku menekan papan kekunci *baku tak?* dan pegang tetikus dengan tekun. Tak kanlah aku tidur kot. Dah memang mata aku ni mata stim. Aku nak buat macam mana lagi, memang besar ni ajelah mata aku.

Bulan puasa ni, lagi parah aku kena. Adoyaiii!

Bos, aku nak tukar tempat! Tak mahu duduk mengadap orang lalu-lalang.

Wednesday, August 11, 2010

I don't need a friend like you!

"Kenapa kau tak keluar dengan office mate lepas office hour?" She ask.

"Eh, keluarlah!"

"Bila?"

"Outstation." Selamba sambil sengih-sengih.

"Selain tu?"

"Certain people."

"Selected, you mean?" Dia sengih.

"I've my own reason."


Ya. Ada sebab kenapa aku tak berapa nak rapat or hang-out dengan office mate after office. Yes. They're my friend; an office friend. Kawan sepejabat.

Masuk pejabat, kenal, borak-borak, buat kerja, cerita hal kerja, kongsi hal peribadi, bergurau, bertepuk tampar. Kadang-kadang kita temui orang yang betul-betul serasi dengan jiwa kita. Be a good friend. A close friend dear to our heart.

Berkawan baik dengan orang satu pejabat, sama je risikonya macam bercinta dengan orang satu pejabat. Kalau gaduh, sure orang keliling tahu. Unless, kalau kau a very good actress or actor or so-called professional. Tapi most of the time, aku rasa perasaan akan melebihi segala-galanya.

Aku tak mahu berkongsi kisah peribadi aku dengan orang yang aku jumpa hari-hari tanpa jaminan kisah itu selamat pada dia. Yes. Sedar atau tidak, we tend to slipped a few words from our lips. Dengan niat atau tanpa niat, kalau dah tercakap tu, boleh ke tarik balik?

Berbual, bergurau, bertepuk tampar, bergossip... aku tak kisah. Kau nak kutuk aku face-to-face pun boleh, tapi ada batasannya. Since we're not closed, senang untuk aku letak batasan yang sepatutnya. Cuma kadang-kadang ada juga umat yang tak faham atau memang sengaja melanggar batasan tersebut. Certain time, aku boleh buat tak kisah. Tapi most of the time, aku sound balik.

Tolong? Cover-up your shit? Ya, aku boleh tolong selagi termampu. Tapi jangan ambil kesempatan. Aku benci!

Hmm, but then again, walaupun aku mengambil langkah begitu. There is still some people yang anggap aku ni ancaman untuk mereka. Tak perlulah korang nak tambah dosa yang sedia ada dengan bercerita buruk pasal aku. Ya, aku sedar diri. Aku ni tak cantik pun. Gemuk. Tapi aku comel!

Kecil hati? Ya, memang aku kecil hati dengan seseorang yang mesejnya begitu mengguris hati. Kalau korang baca mesej tu pun, aku rasa korang mesti sakit hati. Terus-terang ajelah dengan aku, apa masalahnya kan? Well, I don't need a third party to telling me about it. And certainly, you don't have to used a third party since you are an outspoken guy!

To that person, aku tahu kisah kau, apa kau buat, aduan mengenai kau, skandal kau, tapi... do I care? Tidak! No! Ianya tiada kaitan dengan aku melainkan atas urusan kerja dan siasatan yang di arahkan.

That's all. Thank u. But I don't need a friend like you. *Even dalam my list friend pun, sila delete diri sendiri!*

Tuesday, August 10, 2010

Murah.

Nilai harga design logo aku cuma RM300.

Hmm, begitulah kalau berurusan dengan syarikat bumiputera ni. Harga nilai idea kita ini ibarat melukut ditepi gantang... eh, betul ke perumpamaan yang aku gunakan ni? Lantaklah.

Tapi aku cuba ibaratkan yang idea aku tu tak berguna pun pada dia yang dapat projek lebih dari RM40k, ok, 1% pun tak sampai ye. Kedekut gila!

Aku kisah juga. Sedih sebenarnya. Yelah, tapi nak buat macam mana, kita bukan pereka yang dah establish atau ada nama gah. Kalau setakat ada nama gah, tapi tak boleh nak deliver macam designer dia tu, tak guna juga kan?!


Monday, August 9, 2010

Biarlah Rahsia.

Sebenarnya, aku ada kerja urgent yang perlu dilakukan. Secret mission. Masalahnya sekarang, mood aku tak sampai untuk buat kerja tu.

Macam mana ek?

Sunday, August 8, 2010

Good-Bye Jenny!

Nana & Jenny

Jenny is the name of a male-persian-white-cat.
We've lost him a few weeks ago.
Abah found him dead in the well near our late-grandpa's house.
Knowing him so much, he must be struggle 'till death.
Poor him.
Good-bye Jenny.
Rest in Peace.
You'll be missed!

Saturday, August 7, 2010

End.

Ronda Malaysia is officially ended yesterday after a closed meeting with all the panels in Pangkor Island.

Wednesday, August 4, 2010

Pangkor

Pangkor... here I come!

Ok. Aku excited nak pergi Pangkor. Tapi... bencilah! Aku dah tengok jadual, tak sempat nak berpoya-poya. Jadual packed sangat. Kenapalah diorang plan macam ni... kesian betul kat aku, kan?

B.E.N.C.I.

Tuesday, August 3, 2010

Gila

Sibuk gila.

Gambar banyak gila.

Video pun banyak gila.

Gila! Malam Khamis ni nak buat presentation!

Gila. Gila. Gila.

Monday, August 2, 2010

See you in court!

Inche-puan Mim-Alif-Sim,

Korang ni memang cari pasalkan? Hari tu korang cancelled flight from Bintulu to Kuching. Okelah. Kitorang mengalah naik competitors korang yang membuat kitorang jalan bukan main jauh, turun naik tangga dengan beg sebeban. Tapi tu tak apalah. At least we could reached Kuching in time. Thank you to them.

Sekarang ni, korang cancelled pula nama kitorang dari flyback from Kuching to KLIA. Apakejadahnya? Itulah. Aku dah cakap, jangan ambil budak sengal kerja dengan korang. Tapi nak juga ambil budak sengal. Hah, sekarang dah jadi masalah kat korang.

Adoyaiiii. Nasib baiklah dapat juga kitorang balik jumpa family yang telah hampir 11 hari di tinggalkan. Kalau tidak...

SEE YOU IN COURT!